Hukum Memotong Dan Menyimpan Tali Pusat Bayi Selepas Lahir Mengikut Mufti WP

Hukum memotong dan menyimpan tali pusat bayi selepas lahir adalah makruh jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada ibu ayah yang bertindak menyimpan tali pusat bayi sebagai kenangan. Ada juga yang percaya ia boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Namun apakah hukum simpan tali pusat bayi menurut Mufti Wilayah?

Hukum Simpan Tali Pusat Bayi

Tali pusat ialah bahagian usus yang menghubungkan bayi dengan urinya. Ia boleh didapati pada bayi yang baru sahaja dilahirkan pada bahagian perutnya.

Tali pusat inilah yang membekalkan nutrien berkhasiat yang diperlukan bayi semasa hamil yang disalurkan oleh ibunya. Kebiasaannya tali pusat ini akan dipotong sejurus kelahiran.

Tali pusat dianggap sebahagian daripada bahagian tubuh bayi yang baru lahir. Justeru asal hukumnya adalah sunat menanam tali pusat itu sama seperti hukum kuku, rambut dan darah seperti darah bekam sebagai penghormatan kepada tubuh badan manusia.

Menurut Mufti Wilayah Persekutuan hukum menyimpan tali pusat:

  • Makruh – makruh hukumnya menyimpan tali pusat bayi jika tanpa tujuan atau sebagai kenangan

  • Harus – sekiranya bagi tujuan perubatan yang terbukti oleh pakar perubatan, seperti kaedah rawatan stem cell (sel induk) yang boleh digunakan untuk merawat penyakit leukemia, thalassemia dan seumpamanya.

  • Haram – jika disimpan atas tujuan kepercayaan dan khurafat yang tidak ada sandarannya dalam Islam

Tradisi Menyimpan Tali Pusat Bayi

Menjadi sebahagian tradisi masyarakat kita untuk menyimpan tali pusat bayi dengan pelbagai matlamat tertentu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Faedah perubatan – sama ada disimpan bersama dengan uri di makmal ataupun disimpan kering
  2. Kepercayaan – ingin ditanam bersama apabila meninggal dunia atau ditanam bersama-sama dengan adik beradik yang lain atau apa-apa kepercayaan
  3. Kenangan

Tali Pusat Bayi Simpan Atau Tanam? 

Menurut Ustaz Azhar Idrus, semua bahagian yang dipotong dari tubuh manusia adalah sunat ditanam. Hal ini sama seperti rambut, bulu ketiak, darah dari jerawat, tuala wanita yang haid juga adalah sunat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Elak Buat 5 Perkara BAHAYA Ini Semasa Menjaga Tali Pusat Bayi Baru Lahir, Alert Ya Ibu!

Baca juga:  Ini Rupanya Cara Terbaik Untuk Menjaga & Merawat Baki Tali Pusat Bayi Baru Lahi

Baca juga: Berapa Lama Sebelum Baki Tali Pusat Bayi Akan Tertanggal? Ini Ibu Baru Perlu Tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar