Sunat Bayi Perempuan/Khitan Bayi Perempuan: Hukum, Cara Berkhatan Dan Kebaikan

Sunat bayi perempuan dan bila ia sesuai dilakukan? Muzakarah memutuskan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu bapa yang mempunyai bayi perempuan, pasti anda tertanya-tanya apakah hukum sunat bayi perempuan dan bilakah masa yang sesuai untuk melakukannya?

Apa Itu Berkhatan?

Berkhatan, khitan adalah amalan biasa bagi masyarakat Melayu Islam di negara ini.

Sama ada ia dilakukan secara tradisional oleh bidan terdahulu atau secara moden oleh pegawai perubatan namun, ia membabitkan cara bayi perempuan yang selamat, tidak menyakitkan serta tidak menjejaskan perkembangan bayi.

Hukum Khitan Bayi Perempuan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 2009 memutuskan hukum khitan bayi perempuan adalah wajib.

Amalan berkhatan bagi wanita adalah sebahagian daripada syiar Islam yang perlu dilaksanakan namun diberi kelonggaran seandainya sunat perempuan mendatangkan kemudaratan. 

Kaedah Sunat Anak Perempuan

Bahagian yang wajib dibuang ketika bayi perempuan sunat adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
  • Bagi perempuan sunat, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
  • Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

Terdapat tiga cara khatan bayi perempuan yang biasa dilakukan pakar perubatan untuk khitan bayi perempuan iaitu menggunakan peralatan tajam seperti pisau, gunting dan jarum disterilkan.

Ketiga-tiga kaedah sunat bayi perempuan ini tidak mencederakan secara keterlaluan. Ia hanya membabitkan pemotongan sebahagian kecil daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing, iaitu pada bahagian kelentit atau klitoris.

Cara sunat baby girl adalah hanya dengan membuang prepuce atau lebihan kulit pada bahagian klitoris saja dan tiada jahitan dilakukan pada kemaluan, malah prosesnya juga sangat ringkas dan sepatutnya tidak menyakitkan.

Proses penyembuhan sunat baby girl mengambil masa dua hingga lima hari saja. Tetapi jika khatan bayi perempuan menggunakan teknik menggunakan pisau dan gunting pemulihan adalah lebih cepat malah tiada kesukaran penjagaan luka yang diwartakan dengan menggunakan kaedah betul setakat ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hukum Sunat Anak Perempuan

Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie.

Menurut Harian Metro, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2013 pula mengambil hukum harus bagi sunat perempuan, manakala Jawatankuasa negeri Perlis 2017 memutuskan hukum berkhitan bagi wanita berdasarkan keperluan yang dinilai pakar. Sekiranya didapati tiada keperluan untuk perempuan sunat , maka tidak perlu untuk anak perempuan bersunat.

Waktu Sesuai Khatan Bayi Perempuan

Menurut Pegawai Perubatan Poliklinik MyNur, Dr Phia Mujer bayi selepas dilahirkan sehingga berusia dua tahun adalah tempoh paling sesuai dikhatankan. Ada juga pendapat mengatakan perempuan sunat sesuai dilakukan selepas bayi berusia tiga bulan.

Apa yang perlu difahami oleh ibu bapa adalah cara sunat bayi perempuan berbeza dengan anak lelaki. Ini kerana prosesnya lebih mudah dan cepat hanya membabitkan pemotongan sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris.

Cara sunat bayi perempuan sepatutnya dilakukan sedikit saja dan tidak mencacatkan mahupun mencederakan bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sama ada proses bayi perempuan sunat boleh dilakukan ketika si manja masih kecil ataupun tidak, ia bergantung kepada pengamal perubatan yang biasa melakukannya.

Limitasi umur sehingga dua tahun juga bergantung kepada mereka dan keadaan anak terbabit kerana ia dipengaruhi faktor fizikal anak perempuan itu.

Bayi perempuan sunat menjadi lebih mudah apabila dilakukan ketika masih kecil kerana proses penyembuhan sangat cepat.
Pada masa sama bayi masih belum mempunyai rasa takut atau malu berbeza sekiranya mereka sudah besar tentu perasaan itu mulai ada untuk menjalani prosedur khatan bayi perempuan ini.

Kebaikan Berkhatan Dari Segi Kesihatan

Dengan menghilangkan kulup (preputium) dari kepala penis, berkhatan dapat mengurangkan kemungkinan penumpukan bakteria dan kotoran di bawah kulup yang dapat menyebabkan jangkitan saluran kencing.

Klinik Sunat Bayi Perempuan

Jika anda mencari-cari klinik sunat bayi perempuan yang berdekatan Kuala Lumpur dan Selangor, kami kongsikan beberapa senarai bagi memudahkan kerja anda.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Antara klinik sunatkan bayi perempuan yang sering dikunjungi oleh ibu ayah lain ialah:

  • Klinik Anda Cheras Balakong
  • Klinik Siti
  • Klinik Ummi
  • Klinik Amani
  • Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ)
  • Klinik Tuah
  • FamFirst Clinic
  • Klinik Al Fatih Wangsa Melawati
  • Klinik Pusrawi

Sebelum anda ingin mendapatkan perkhidmatan di salah satu klinik khitan bayi perempuan yang kami kongsikan di atas, diingatkan supaya menghubungi pihak klinik terlebih dahulu kerana biasanya mereka memerlukan anda menempah tarikh temu janji.

Semoga bermanfaat!

Harian Metro

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Penjagaan Selepas Berkhatan Kena Betul, Ibu Ini Kongsi Tips Agar Luka Cepat Sembuh!

Baca juga: Khitan Bayi Perempuan, Mudah & Cepat Rupanya! Bayi Pun Tak Menangis

Baca juga: 3 kesalahan ibu bapa ketika jaga kebersihan kulit khatan bayi lelaki

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan