Hukum Wanita Haid Ke Kubur Menurut Islam, Boleh Atau Tidak?

Menjelang bulan Ramadhan, ramai di antara kita ingin menziarahi pusara keluarga terdekat bagaimana pula hukum wanita haid ke kubur?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isu wanita menziarahi kubur dalam keadaan haid sering menjadi persoalan dalam kalangan masyarakat. Jadi, apakah hukum wanita haid ke kubur menurut islam? Adakah dibenarkan atau dilarang sama sekali?

Hukum Wanita Haid Ke Kubur Menurut Islam

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dalam Maktabah al-Bakri berpendapat bahawa tidak mengapa seorang wanita haid untuk menziarahi perkuburan tetapi dengan syarat dia hendaklah menjaga dirinya dengan adab-adab islam.

Selain itu, dia juga hendaklah menjaga dirinya daripada melakukan apa-apa perkara yang dilarang oleh syarak. Amalan-amalan jahiliyyah yang dilarang adalah seperti meratap dan tangisan teresak-esak yang keterlaluan.

Sekiranya pergi ke kubur untuk berzikir atau memperingati akhirat dan alam barzakh maka diharuskan kerana memberikan kebaikan.

Jika melanggar adab-adab menziarahi kubur seperti tidak menutup aurat, maka itu terlarang dan mendapat dosa.

Mengapa Ada Larangan Tentang Wanita Haid ke Kubur?

Menurut jumhur fuqaha’, ziarah kubur adalah sunat bagi lelaki dan makruh bagi wanita.

Ia dianggap makruh kerana jiwa wanita yang lembut menyebabkan mereka mudah tersentuh dan sedikit beremosi membawa kepada perbuatan yang dilarang seperti di atas.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut ulama mazhab Maliki pula, larangan makruh ini hanyalah kepada wanita muda, tetapi bukan kepada wanita tua yang sudah tiada ‘keinginan’.

Hukum Ziarah Kubur Dalam Ajaran Islam

Ziarah kubur hukumnya sunat yang dituntut dalam islam dan sangat dianjurkan oleh syarak kerana memberi peringatan tentang kematian dan hari akhirat.

Hal ini berdasarkan riwayat Ibn Mas’ud, Rasulullah SAW bersabda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَنْ زِيَارَةِ الْقُبُورِ، فَزُورُوا الْقُبُورَ، فَإِنَّهَا تُزَهِّدُ فِي الدُّنْيَا، وَتُذَكِّرُ الآخِرَةَ

Maksudnya: “Aku dahulunya melarang ke atas kamu ziarah kubur, maka (sekarang) ziarahlah kubur, kerana ia menzuhudkan dirimu dan mengingatkanmu kepada akhirat.”- Riwayat Ibn Majah dan Ibn Hibban

Perbuatan menziarahi kubur tidak termasuk dalam perkara yang diharamkan bagi wanita haid seperti solat, berpuasa, membaca dan memegang al-Quran dan lain-lain. Maka wanita haid ke kubur tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Puasa Sehari Sebelum Ramadhan, Adakah Dibolehkan Dalam Islam?

Baca juga: Hukum Potong Kuku Ketika Haid Dalam Islam, Dibenarkan Atau Tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Hukum Solat Selepas Air Ketuban Pecah, Perlu Solat Atau Tidak? Ini Penjelasan Pejabat Mufti

Penulis

Noorhidayah