Rezeki Terpijak? Hukum Mengambil Wang Di Tepi Jalan, Ini Penjelasan Pejabat Mufti

Pernah tak anda terfikir hukum kutip duit tepi jalan yang bukan milik anda? Ini penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai kejadian yang menimpa sebuah keluarga apabila wang tunai sebanyak hampir RM60,000 jatuh bertaburan di atas jalan akibat terlupa selepas meletakkan beg berisi di atas but keretanya.

Difahamkan, orang awam membantu memungut wang yang berterabur di atas jalan raya dan menyerahkan balik wang kepada mangsa yang berjumlah sekitar RM30,000, namun ada individu yang tidak bertanggungjawab dipercayai mengambil wang itu.

Namun, pernah tak anda terfikir hukum kutip duit tepi jalan yang bukan milik anda? Ini penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Harta yang tercicir ini disebut di dalam bahasa Arab sebagai al-Luqatah. Ini bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain.

Syeikh Mustafa Bugha mengklasifikasikan harta Al-Luqatah kepada dua bahagian :

  • Harta Al-luqatah (haiwan) iaitu menjumpai haiwan peliharaan yang bernilai di sisi syarak. Para ulama membahagikannya kepada beberapa bahagian iaitu haiwan yang boleh menguruskan dirinya sendiri seperti unta dan haiwan yang tidak dapat menguruskan dirinya seperti anak lembu. 
  • Harta Al-Luqatah (selain daripada haiwan) Syeikh Mustafa Bugha mengharuskan mengambil barang itu dan menjaganya. Ia juga tertakluk kepada hukum syariat samada wajib ataupun tidak. 

Hukum Dan Situasi Pengambilan Harta Al-Luqatah

Berkenaan dengan hukum mengambil harta Al-Luqatah fuqaha berbeza pendapat berkenaan dengannya. Mazhab Syafie dan mazhab Hanafi membolehkan kita mengambilnya ini kerana seseorang itu wajib menjaga harta saudaranya. Manakala mazhab Maliki dan mazhab Hanbali melarangnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berkenaan dengan hal ini Syeikh Mustafa Bugha menggariskan beberapa pembahagian:

1. Sunat mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan kemungkinan barang yang dijumpai akan hilang.

2. Harus mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya merasakan barang itu tidak hilang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Wajib mengambilnya bagi seseorang yang beramanah dan mampu menjaganya sekiranya meyakini barang itu akan hilang apabila tidak mengambilnya ini kerana menjaga harta orang islam itu adalah wajib.

4. Makruh mengambilnya sekira ia merasakan tidak dapat menjaga amanah pada masa akan datang.

5. Haram mengambilnya kepada orang yang tidak beramanah dan tidak dapat menjaganya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hebahan Untuk Serahan Harta Al-Luqatah

Hebahan harta Al-luqatah yang mempunyai nilai yang besar mengikut jumhur para fuqaha adalah wajib. Jadi, sekiranya anda terjumpa wang, ini yang boleh dilakukan:

  • Mestilah berazam untuk menjaga dan memulangkan semula wang yang dijumpai tersebut sekiranya dituntut.
  • Membuat hebahan kepada orang ramai di kawasan yang dijumpai selama mana anggaran bahawa pemiliknya tidak akan mencarinya lagi. Kemungkinan selama 3 hari atau kurang mengikut anggaran nilai barang tersebut.
  • Sekiranya di dalam jangka waktu itu tidak ada orang yang menuntut maka ia dibenarkan untuk menggunakannya dan sanggup untuk membayarnya kembali sekiranya ia dituntut.

Sebaiknya duit yang dijumpai dihebahkan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Setelah itu sekiranya masih belum dijumpai pemiliknya dalam tempoh yang tertentu duit itu boleh disedekahkan kepada masjid atau rumah anak yatim.

Namun sekiranya nilai yang besar dan berharga diwajibkan untuk mengiklankannya selama satu tahun atau boleh diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dan badan yang berautoriti bagi menguruskan harta itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Awal Muharram, Jangan Lupa Baca Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun

Baca juga : Sebelum Tidur Lakukan Beberapa Perkara Ini Terlebih Dahulu, Ada Baiknya Untuk Amalkan Cara Tidur Yang Betul Dalam Islam

Baca juga : Pasti Ada Yang Mengambil Wudhu Terus Selepas Mandi Tanpa Pakaian Untuk Memudahkan Kerja, Ini Hukumnya

Penulis

Nursyamimi