X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Pasti Ada Yang Mengambil Wudhu Terus Selepas Mandi Tanpa Pakaian Untuk Memudahkan Kerja, Ini Hukumnya

5 min bacaan
Pasti Ada Yang Mengambil Wudhu Terus Selepas Mandi Tanpa Pakaian Untuk Memudahkan Kerja, Ini Hukumnya

Boleh kata ramai juga yang tertanya akan soal wudhu tanpa pakaian ini. Ini hukumnya berdasarkan hadis bercakap pasal wudhu dan aurat.

Sebaik selesai sahaja mandi, sesetengah orang akan terus ingin mengambil wudhu. Tidak dinafikan yang perkara ini sebenarnya ramai yang melakukannya tetapi apakah hukum mengambil wudhu tanpa memakai pakaian? 

Maksud Wudhu

Wudhu adalah salah satu ibadah yang sangat penting dalam agama Islam. Ibadah ini melibatkan proses membersihkan diri sebelum melakukan solat atau melakukan ibadah kepada Allah SWT.

Wuduk memiliki makna yang lebih mendalam, selain sebagai persyaratan untuk melaksanakan solat, ia juga sebagai saranan untuk mencapai kesucian spiritual dan keharmonian secara mental dan rohani.

Proses mengambil air sembahyang melibatkan beberapa langkah dan tatacara yang harus diikuti dengan betul. Berikut adalah beberapa langkah penting dalam wudhu:

  1. Niat: Seperti dalam setiap ibadah, niat yang tulus harus dibuat sebelum memulakan wudhu. Niat ini harus di baca di dalam hati dan tidak harus diucapkan dengan kata-kata.

  2. Membasuh kedua telapak tangan: Langkah pertama dalam wuduk adalah mencuci kedua telapak tangan hingga pergelangan tangan. Hal ini mencerminkan pentingnya kebersihan fizikal dalam ibadah.

  3. Berkumur: Kemudian, air harus dimasukkan ke dalam mulut untuk berkumur. Ini membantu membersihkan mulut dan gigi dari kotoran dan bau yang tidak menyenangkan.

  4. Membilas hidung: Setelah berkumur, air harus dimasukkan ke dalam hidung dengan tangan dan dibersihkan dengan cara mengeluarkannya. Ini membantu membersihkan hidung dari debu dan kotoran.

  5. Membasuh wajah: Selanjutnya, wajah harus dicuci bermula dari batas rambut pada dahi hingga dagu. Ini melibatkan menggunakan kedua-dua belah tangan untuk memastikan bahawa seluruh wajah terkena air.

  6. Membasuh tangan hingga siku: Setelah mencuci wajah, tangan harus dilalukan di bawah pancuran air dan dibasuh hingga siku. Ini mencerminkan pentingnya membersihkan tangan.

  7. Menyapu kepala: Ambil sedikit air dengan tangan dan di sapukan pada bahagian atas kepala, bermula dari hujung dahi hingga hujung rambut. Hal ini juga mencerminkan pentingnya membersihkan kepala, tempat berfikir dan mengambil keputusan.

  8. Mencuci kaki: Langkah terakhir adalah mencuci kaki, dimulakan dari tumit hingga hujung jari kaki. Pastikan air turut dialirkan pada bahagian buku lali. Ini melibatkan penggunaan kedua-dua belah tangan untuk memastikan air dapat dikenakan pada seluruh permukaan kaki.

Apa hukum wuduk tanpa pakaian?

Pasti Ada Yang Mengambil Wudhu Terus Selepas Mandi Tanpa Pakaian Untuk Memudahkan Kerja, Ini Hukumnya

Merujuk kepada soalan di atas, suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan. Akan tetapi, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat., menurut kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah, muka surat 120.

Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wudhu’ atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW:

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ

Maksudnya: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.

Hadis riwayat Muslim (no. 388)

قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ قَالَ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ قُلْتُ وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا قَالَ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.

Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)

Menurut mazhab Syafie, wajib kepada seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat. Pandangan ini juga disokong oleh ulama’ dari kalangan Hanafi dan Hanbali. Adapun begitu, dari kalangan Ulama’ mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup. Perkara ini merujuk pada rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176.

Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan yang merujuk pada kitab Mughni Muhtaj, muka surat 185.

Justeru, dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wudhu’ adalah sah tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain. Begitu juga sepatutnya seseorang yang beragama Islam hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Walaupun sah wudhu’nya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.

Bahkan Rasulullah SAW bersabda:

الحَيَاءُ مِن الإِيمَان

Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.”

Hadis Riwayat Bukhari (no. 24)

فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ

Maksudnya: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”

Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Walaupun tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib menutup aurat ketika mengambil wuduk, tetapi adalah lebih baik dan utama untuk menutup aurat sepertimana yang disunatkan ketika mandi. 

WallahuA’lam.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Mufti Wilayah Persekutuan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadikan Doa Selepas Wuduk Sebagai Amalan

Baca juga: Panduan Solat Sambil Dukung Anak Yang Betul Dari JAKIM, Ibu Ayah Tak Perlu Was-Was Lagi

Baca juga: Para Ibu WAJIB Tunaikan Solat Walaupun Mengalami Sakit Kontraksi & Turun Tanda Bersalin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Pasti Ada Yang Mengambil Wudhu Terus Selepas Mandi Tanpa Pakaian Untuk Memudahkan Kerja, Ini Hukumnya
Kongsikan:
  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

    Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

  • Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

    Khasiat Daun Kesum Dan Cara Tanam Guna Keratan Pucuk Yang Segar, Jadikan Penyedap Masakan

  • Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

    Dari Lesu Terus Jadi Segar, Air Limau Kasturi Tingkatkan Stamina & Atasi Anemia!

  • Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

    Selesema Buat Anak Susah Bernafas? Ini Cara Mengatasi Hidung Tersumbat Yang Ibu Boleh Cuba

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham