Gara-Gara Tidak Mampu Bayar Hutang, Ibu Sanggup Jodohkan Anak Dengan Ketua Kampung

Hutang dengan orang wajib dibayar meskipun tidak dituntut. Namun lain pula kes ini apabila seorang ibu tergamak 'korbankan' anak perempuannya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam meniti kehidupan sehari-hari, ada kalanya kita berdepan dengan kesuntukan wang sehingga terpaksa hutang dengan orang lain. Lebih sukar lagi apabila perlu menyediakan pelbagai keperluan untuk anak-anak yang masih kecil.

Dengan gaji kecil, agak mustahil dapat membayar semula hutang yang begitu banyak sehingga ada yang buntu memikirkan jalan penyelesaiannya.

Ibu kahwinkan anak perempuan dengan ketua kampung, jalan  shorcut bayar hutang

Sebuah perkongsian telah menjadi tular dalam media sosial Indonesia memaparkan seorang gadis berusia 19 tahun dikahwinkan dengan ketua kampung disebabkan oleh ibunya gagal bayar hutang.

Sebanyak tiga keping gambar telah dimuat naik dalam akaun Twitter @tanyakanrl. Gambar pertamanya menunjukkan seorang ketua kampung bergambar sambil tersenyum bersebelahan dengan gadis. 

Lebih menyedihkan wajahnya muram dan tidak bermaya, seolah-olah tidak gembira dengan keputusan tersebut.

Manakala dalam gambar kedua pula, dia bersama beberapa wanita lain yang dipercayai saudara-mara dan ahli keluarganya terdekat.

Seorang pengguna laman Twitter yang bernama Dewi Shinto mendedahkan kisah sebenar di sebalik perkahwinan itu. Menurutnya, ibu kepada gadis berkenaan telah berhutang dengan ketua kampung.

Disebabkan oleh tidak dapat membayar balik, dia mengambil jalan pintas 'mengorbankan' anaknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Ketua kampung kemudiannya bersetuju mengahwini remaja tersebut sebagai cara menyelesaikan hutang.'' jelas Dewi.

Disebabkan ia menjadi tular, netizen mula membanjiri pelbagai komen yang mengecam tindakan si ibu. Antaranya:

''Kenapa bukan si ibunya saja yang menikah dengan ketua kampung?''

''Tidak kisahlah apa alasannya, agama Islam itu kalau nak nikah sebab lunaskan hutang, itukan tidak boleh.''

''Seriuslah ada juga kes macam ni? Macam mana seorang ibu dan ketua kampung boleh tersenyum bahagia? Langsung tiada rasa simpati pada gadis berkenaan. Mukanya nampak begitu pasrah.''

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

''Ini secara tidak langsung dah macam menjual anak,'' tulis mereka.

Kesan perkahwinan muda atau bawah umur, masa depan anak boleh terjejas

Secara umumnya, Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia (Wilayah Persekutuan 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.

Bagaimanapun ia ditetapkan berbeza mengikut negeri. Meskipun hak untuk mendirikan rumah tangga merupakan hak individu, kesan negatif yang bakal terjadi hendaklah diambil kira.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kebiasaannya, remaja bawah usia 20 tahun tidak mempunyai mental dan fizikal yang kuat untuk menjadi isteri serta ibu. Secara biologinya, mereka belum bersedia menjalani proses kehamilan secara sihat.

Selain itu, mengandung pada usia yang muda meningkatkan risiko bayi lahir cacat dan berdepan dua kali ganda komplikasi sewaktu bersalin yang boleh mengancam nyawa.

Perkahwinan pada usia yang begitu muda turut menyumbang kepada peningkatan kes keganasan rumah tangga atau penderaan. Semakin besar perbezaan usia dengan suami, semakin terdedah kepada keganasan yang mungkin dilakukan oleh pasangan.

Alam rumah tangga zaman dahulu dan kini jauh berbeza

Bagi mereka yang menyokong perkahwinan anak muda dengan mengaitkan budaya masyarakat dahulu dan bagi mengelakkan anak melakukan maksiat perlu lebih membuka mata untuk melihat perkara ini pada kemudian hari.

Adakah perkahwinan pada usia yang begitu muda mampu membuatkan anak benar-benar bahagia ataupun sebaliknya?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila seorang anak perempuan dikahwinkan seawal usia, ini bermakna pendidikannya tidak akan diteruskan dan perlu mengorbankan masa depan mereka demi suami dan anak-anak di rumah.

Kesannya, peluang untuk mereka meningkatkan taraf hidup keluarga juga akan hilang dan perlu meneruskan kehidupan secara sederhana.

Remaja yang berkahwin awal ini bukan sahaja mempunyai pengetahuan terhad, malah kekurangan akses kepada perancangan keluarga yang sihat. Ini sekaligus boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko kesihatan akibat tiada penjarakan kehamilan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Lelaki yang kahwin budak 11 tahun mahukan budak itu sejak dia umur 7 tahun!

Baca juga: Akibat Perkahwinan Bawah Umur, Doktor Dedah Realiti Menyedihkan Dalam Bilik Bersalin

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Hentikan Trend Hadiah Untuk Orang Kahwin Yang Memalukan, Jagalah Adab Sebagai Tetamu