Selepas berpisah, ramai ibu bapa cerai berhadapan dengan cabaran untuk terus menjaga anak bersama-sama. Inilah yang dinamakan co-parenting di mana kedua-dua ibu bapa masih terlibat aktif dalam kehidupan anak-anak walaupun sudah tidak tinggal bersama.
Isi Kandungan
Apa Itu Co-Parenting?
Co-parenting ialah apabila kedua-dua ibu bapa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian anak-anak walaupun sudah berpisah.
Tujuannya adalah untuk memastikan anak-anak kekal rapat dengan kedua-dua ibu bapa serta mendapat kasih sayang dan sokongan penuh.
Hubungan ibu bapa yang baik walaupun selepas bercerai membantu anak rasa lebih tenang, kurang risau dan lebih gembira.
Tips Co-Parenting Untuk Ibu Bapa Cerai
1. Utamakan Anak, Bukan Diri Sendiri
Selepas perpisahan, mungkin ada rasa marah atau sakit hati terhadap bekas pasangan. Tapi dalam co-parenting, emosi ini perlu diketepikan.
Fokus utama mestilah pada kesejahteraan anak-anak. Ingat, yang paling penting adalah kebahagiaan dan kestabilan mereka.
Cara Nak Tenangkan Diri:
- Bila marah, jangan lepaskan perasaan pada anak-anak. Luahkan pada kawan, terapi, atau boleh juga meluahkan perasaan pada kucing kesayangan anda!
- Sentiasa ingat kenapa anda perlu buat yang terbaik. Semuanya demi kebahagiaan anak anda. Tengok gambar anak kalau rasa marah datang menyerang.
- Jangan libatkan anak dalam masalah dewasa. Ini bukan masalah mereka, jadi jangan jadikan mereka orang tengah atau tempat untuk melepaskan amarah.
2. Komunikasi Terbuka
Komunikasi adalah kunci utama dalam co-parenting. Cuba untuk selalu berbincang dengan bekas pasangan tentang hal anak-anak dengan cara yang profesional dan penuh hormat.
Tak perlu sentiasa bersetuju, tetapi cukuplah sekadar saling mendengar dan menghormati pandangan satu sama lain. Anda boleh gunakan mesej atau e-mel jika tidak selesa bersemuka.
3. Kekalkan Rutin Yang Sama
Peralihan dari satu rumah ke satu rumah boleh jadi mencabar buat anak-anak. Setiap kali mereka pergi ke satu rumah, mereka terpaksa melupakan rumah yang satu lagi.
Kalau boleh, tetapkan peraturan, masa tidur atau waktu makan yang serupa di kedua-dua rumah.
Cara ini akan membuatkan anak-anak tak mudah keliru dan lebih mudah menyesuaikan diri tanpa rasa tertekan.
Antaranya:
- Sentiasa ingatkan anak-anak beberapa hari sebelum mereka pergi ke rumah ibu atau ayah.
- Bantu mereka berkemas lebih awal supaya tak ada barang yang tertinggal.
- Bila anak-anak pulang, cuba luangkan masa santai dengan mereka, contohnya membaca buku atau menonton TV bersama. Ini akan bantu mereka rasa selesa semula di rumah.
4. Elakkan Letak Anak di Tengah Pertikaian
Anak-anak tak seharusnya jadi orang tengah antara anda dan bekas pasangan.
Jangan gunakan mereka untuk sampaikan mesej atau untuk mengadu tentang bekas pasangan. Ini boleh buat mereka rasa terbeban dan terperangkap dalam konflik.
5. Jangan Paksa Anak
Kadang-kadang, ada situasi di mana anak-anak tak mahu pergi ke rumah bekas pasangan. Ia adalah normal dan selalunya sementara saja.
Cuma pastikan anda bertanya punca mereka rasa begitu dan perbetulkan untuk mengelakkan konflik dibiarkan begitu sahaja.
Kalau perlu, berbincang dengan bekas pasangan untuk cuba selesaikan isu ni dengan lebih baik.
Memang tak dinafikan, bukan mudah untuk mengetepikan isu hubungan selepas berpisah apabila hal melibatkan anak-anak. Dengan merendahkan ego yang ada, dapat memberikan kegembiraan dan kebahagiaan mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Nafkah Isteri Dan Anak Selepas Cerai Mengikut JAKIM, Fahami Demi Kebajikan Diri Dan Keluarga
Baca juga: 8 Tips Untuk Memberitahu Anak-Anak Anda Bahawa Anda Akan Bercerai
Baca juga: Hak Penjagaan Anak Selepas Bercerai, Ibu Atau Ayah? Ini Jawapannya