Mempunyai lebih daripada seorang anak adalah perkara yang berbeza sama sekali, dan membawa cabaran tersendiri. Lagi-lagi untuk ibu yang bekerja. Cukup hebat cabaran buat ibu yang mempunyai anak ramai ini, dan artikel ini adalah sebagai penghargaan buat anda sempena hari wanita sedunia, secara tidak langsung padat dengan tips buat ibu-ibu yang masih tercari-cari jalan untuk menjaga anak yang ramai.
Jika anak-anak anda bertengkar, cuba jangan terlalu kecewa. Adalah perkara biasa untuk adik-beradik bergaduh dan ia adalah salah satu cara mereka belajar berkongsi, bergilir-gilir dan bergaul dengan orang lain.
Tetapi jika anda sedang mencari cara untuk mewujudkan sedikit lagi kedamaian dalam keluarga, kami mempunyai beberapa tips yang telah dicuba dan diuji daripada ibu bapa lain untuk membantu anda memberikan perhatian yang mereka perlukan.
Hari Wanita Sedunia: Tip Jaga Anak Ramai Daripada Ibu Yang Berpengalaman
Tip #1: Anda hebat bersama
Kadang-kadang kita terlalu fokus pada momen yang mereka tak berapa nak mesra. Beritahu mereka betapa gembiranya anda apabila mereka baik antara satu sama lain. Beberapa perkataan positif beri makna segala-galanya kepada anak-anak anda.
Tip #2: Kongsi perkara yang menyeronokkan secara adil
Membiarkan mereka semua bergilir-gilir melakukan perkara yang menyeronokkan boleh memastikan semua orang gembira. Menekan butang dalam lif, memegang tangan anda dan duduk di tepi tingkap di dalam kereta api atau di dalam bas boleh beri makna besar dalam dunia si kecil anda. Pastika keistimewaan ini dibahagikan sama rata, ia boleh mengelakkan mereka berebut untuk perkara yang mereka inginkan.
Tip #3: Anak tak faham emosi mereka jadi ibu ayah perlu fahami emosi anak
Terdapat banyak emosi yang perlu dikuasai oleh si kecil anda semasa berkongsi. Jika seorang kanak-kanak mempunyai mainan dan tidak mahu melepaskannya, anda memerlukan mereka memahami perasaan kanak-kanak yang lain itu. “Aminah suka teddy bear kepunyaanya, dan dia benar-benar mahu memeluknya pada masa ini.” Itu boleh membantu melonggarkan ‘genggaman maut’ yang mereka ada pada teddy! Beri anak anda banyak pujian apabila mereka melakukannya.
Tip #4: Berlatih bergilir-gilir
Cuba selak satu halaman buku waktu tidur anak anda, dan mereka buka halaman seterusnya. Kemudian anak anda yang lebih tua bertukar yang seterusnya! Lakukan perkara yang sama dengan menyusun blok atau menyusun kepingan teka-teki bersama-sama.
Tip #5 Ruang peribadi
Cuba berikan setiap anak anda tempat peribadi mereka untuk menyimpan barang mereka. Jika anda tidak mempunyai bilik tidur yang berasingan, biarkan mereka mempunyai laci, sudut bilik atau kotak untuk barang-barang mereka. Bantu mereka meletakkan nama mereka padanya supaya mereka tahu nama itu milik mereka.
Tip #6: Luang masa bersama setiap seorang anak anda secara eksklusif
Jika boleh, cuba luangkan masa bersendirian dengan setiap anak anda. Ia mungkin pada waktu tidur, atau apabila yang lebih tua berada di sekolah, atau yang lebih muda dengan nenek selama sejam atau lebih.
Jika mereka agak lebih tua, anda boleh bertanya kepada mereka apa yang mereka mahu lakukan dengan anda untuk kali ini; ia tidak perlu menjadi sesuatu yang anda perlu membelanjakan wang, atau menjadi rumit. Malah membaca dengan mereka selama 15 minit atau melakukan lukisan bersama-sama adalah peluang yang sesuai untuk bersembang dengan mereka dan membuat mereka berasa istimewa.
Tip #7: Bersikap adil
Apabila anda berasa jengkel atau kecewa dengan mereka, cuba jangan bandingkan anak anda atau jadikan salah seorang daripada mereka sebagai contoh. ‘Mengapa kamu tidak boleh menjadi lebih seperti abang/kakak kamu?’ adalah perkara yang sukar untuk dikatakan kepada mana-mana kanak-kanak.
Tip #8: Hentikan keganasan
Jika mereka cuba mencederakan satu sama lain secara fizikal, nyatakan sejelas mungkin bahawa anda tidak akan tahan dengan menumbuk, menendang, menggigit dan sebagainya. Apabila keadaan menjadi buruk, pisahkan anak anda setenang yang anda boleh dan minta mereka menghabiskan masa di bilik berasingan untuk bertenang.
Tip #9: Pastikan anda tenang
Cuba bertenang. Jangan berikan perhatian yang tidak perlu kepada anak-anak anda untuk tingkah laku buruk – mereka akan terus bertindak jika anda berbuat demikian. Fokus pada tingkah laku baik orang lain dan berikan perhatian anda kepada mereka.
Tip #10: Jangan terlalu mengharap anak berbaik setiap masa
Beritahu anak-anak anda bahawa walaupun anda tidak mengharapkan mereka menjadi kawan baik sepanjang masa, anda mengharapkan mereka menghormati perbezaan antara satu sama lain. Bantu mereka memahami bahawa adalah lebih baik untuk berkongsi dan membincangkan perkara ini daripada bergaduh!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Terharu lihat 25 gambar ibu teman anak perempuan bersalin ini, terima kasih ibu!
Baca juga : Kasih Seorang Ibu, Sanggup Bonceng Motor Sejauh 50 KM Hantar Anak Masuk Universiti
Baca juga : Sebenarnya, Wanita Lebih Bercita-cita Tinggi Selepas Mempunyai Anak
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!