Saat menjadi ibu baru adalah saat terindah dan sudah pasti setiap ibu ingin menikmati sesi ikatan dengan bayi baru mereka.
Disamping memerlukan rehat yang secukupnya, banyak juga perubahan dalam kehidupan harian yang memerlukan penyesuaian.
Jadi, bilakah masa sesuai bagi pelawat yang sudah tidak sabar untuk melihat bayi baru anda?
Ini adalah soalan yang selalu ditanya orang ramai.
Masa peribadi untuk ibu baru bersalin
Kebanyakkan kawan-kawan akan mengucapkan tahniah dengan menghantar mesej dan bertanya bilakah masa yang sesuai untuk datang melawat.
Mereka selalunya menghormati masa peribadi yang diperlukan oleh ibu baru bersalin itu dan hanya akan melawat apabila semua sudah bersedia.
Tetapi hal ini tidak sama dengan ahli keluarga terdekat dan saudara-mara yang pasti akan datang melawat sambil membawa hadiah, sejurus anda melahirkan anak.
Ini bukan soal jika ibu baru itu cukup rehat atau sudah bersedia untuk menerima tetamu ataupun tidak.
Apakan daya, situasi begini tidak dapat dielakkan. Lagipun, ia bukan budaya kita untuk bersikap tidak ramah dan menghalau siapa-siapa yang sudi melawat.
Budaya barat untuk ibu baru bersalin
Walau agaimanapun, kebanyakan ibu barat tidak akan teragak-agak untuk meminta agar semua orang termasuk saudara dan ahli keluarga untuk memberi masa peribadi.
Ada yang menetapkan rakaman mesej automatik untuk mengucap terima kasih dan meminta semua orang untuk bersabar sehingga mereka sedia menerima tetamu.
Ada juga ibu bapa baru yang tidak mengumumkan kelahiran anak mereka sehingga beberapa hari kemudian dan pernah berlaku juga, pelawat yang disuruh pulang kerana datang menziarah tanpa memberitahu terlebih dahulu.
Pada pendapat mereka, minggu pertama bersama anak tidak patut dikongsi dan adalah masa khas untuk keluarga sahaja menjalinkan ikatan.
Tidak semua orang akan bersetuju dengan cara ini
Sudah pasti budaya mereka tidak akan diterima oleh masyarakat Malaysia.
Bayangkan apa yang mungkin berlaku jika ibu baru menghalau ibu mertua!
Pasti ramai yang akan berasa sedih atau tersinggung!
Setiap bayi adalah berita yang menggembirkan. Mereka bagaikan hadiah, berkat dari Tuhan.
Apa salahnya kita berkongsi kegembiraan ini dengan semua orang? Buat apa ibu baru simpan kegembiraan itu?
Adakah anda tidak suka apabila orang lain ingin meraikan bersama anda?
Mengikut pengalaman saya sendiri, minggu pertama mungkin minggu yang paling mencabar untuk ibu baru, terutamanya jika ibu tersebut perlu menjaga anak di samping menerima tetamu tanpa pertolongan orang lain.
Ada yang rasa lemah atau letih disebabkan kekurangan tidur. Ada yang masih rasa sakit selepas melahirkan anak.
Anda mungkin tidak dapat menghalang tetamu dari datang, tetapi ia tidak salah untuk mengingatkan mereka untuk menelefon sebelum datang melawat.
Pada pendapat ibu sekalian, bilakah masa yang sesuai untuk menerima pelawat? Kongsi jawapan anda di ruang komen!
Sumber: Stuff.Nz
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Kajian mengatakan tempoh untuk pulih trauma bersalin adalah setahun