''Anak Aku, Suka Hatilah,'' Ibu Berang Kena Kecam Lepas Share Video Bagi Anak Hisap Vape

Bagi anak hisap vape adalah tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana ibu ayah. Tindakan wanita ini mengundang kecaman ramai

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tabiat hisap vape menjadi trend dalam kalangan masyarakat, khususnya anak remaja dan golongan muda. Sesetengahn menganggapnya sebagai stail apabila dapat menghasilkan kepulan asap banyak. Namun siapa sangka ibu ayah muda hari ini selamba bagi anak hisap vape dengan niat suka-suka.

Penggunaan vape menjadi pilihan ramai dengan alasan dapat ‘menggantikan’ rokok tembakau. Bukan itu sahaja, baunya berasaskan buah-buahan adalah lebih mesra orang sekeliling berbanding rokok.

Bapa bagi anak hisap vape, ibu jadi tukang rakam video

Setiap ibu ayah sepatutnya menjadi pelindung buat anak-anak agar mereka dapat membesar dengan sihat. Namun lain pula yang terjadi, sesetengah ibu ayah muda seakan-akan hilang kewarasan apabila cuba bagi anak hisap vape.

Tidak cukup dengan itu, mereka berasa bangga dapat memuat naik video di media sosial bagi mendapatkan perhatian netizen. 

Apa yang lebih menyakitkan hati apabila video itu menunjukkan ibu bapa si kecil itu sendiri tanpa rasa bersalah memberikan anak mereka hisap vape berkenaan. 

Ibu kanak-kanak itu turut menjelaskan, sudah 3 kali anak kecil mereka menghisap vape. Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter yang mengambil video daripada Instagram ibu bapa anak kecil berkenaan dalam kejadian yang berlaku tahun lalu.

Membidas kecaman netizen

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gara-gara perkongsian video baby hisap vape ini  menjadi tular, ibu kepada kanak-kanak berkenaan tampil membidas kecaman netizen melalui IG story.

Malah dia turut menegaskan bahawa apa yang dikongsikan tiada kena mengena dengan orang luar, dan dia sebagai ibu mempunyai hak untuk melakukan apa saja kepada anaknya. 

Bidasan tersebut serta merta membuat warganet bertambah marah, ada yang menyatakan ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa. Apatah lagi perbuatan bagi baby hisap vape itu sememangnya salah dan membahayakan kesihatan kanak-kanak. 

Dalam yang mengecam, ada juga yang berkongsi rasa kasihan kepada anaknya itu kerana mempunyai ibu bapa yang tidak bertanggungjawab memberikannya cuba hisap rokok elektronik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Susulan kejadian bagi anak hisap vape ini, pihak polis telah melakukan siasatan ke atas ibu ayah kanak-kanak terbabit yang berkongsi video itu.

Menurut laporan Harian Metro, polis telah menahan seorang lelaki dipercayai bapa kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang memberi anaknya menghisap rokok elektronik atau vape yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan di Setapak.

“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak polis ke sebuah rumah di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, Jalan Usahawan Off Jalan Genting Klang, Setapak untuk pemeriksaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“JKM dan PDRM kemudian menyelamatkan kanak-kanak berkenaan dan membawanya bersama ibu untuk pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Kanak-kanak dan ibu ditahan wad HKL,” katanya dalam satu kenyataan.

Arifai berkata, polis kemudian menahan bapa kanak-kanak itu yang berusia 23 tahun kerana dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Kejadian itu dirakam ibu kanak-kanak berkenaan namun sebenarnya si bapa bagi anak hisap vape. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 2 Mei lalu di Taman Sahabat Jaya di Batu Caves, Selangor,” katanya.

Beliau berkata, suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak- Kanak 2001.

Keburukan vape bukan kepada pengguna sahaja

Penggunaan rokok elektronik ataupun vape menjadi alternatif bagi menggantikan rokok tembakau.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Meskipun ada pihak mendakwa ia lebih selamat, namun sebenarnya ramai tidak tahu keburukan vape adalah lebih kurang sama seperti rokok.

#1. Risiko second hand dan third hand vaping

Menurut Dr Iskandar Mirza, first hand vaping ialah perokok elektronik itu sendiri, second hand vaping pula merupakan individu yang menyedut asap atau wap vaping oleh first hand vaping.

Third hand vaping pula adalah individu yang menyentuh atau mendapat kesan daripada asap atau wap vaping yang melekat pada permukaan seperti baju, dinding, permaidani dan permainan kanak-kanak.

Keburukan vape membuatkan golongan second dan third vaping tidak terlepas daripada mendapat kesan sampingan kimia sama ada melalui sedutan (bernafas) dari udara atau melalui kulit (sentuhan).

Kesan vape ini boleh menjadi lebih bahaya sekiranya bayi dan kanak-kanak gemar memasukkan objek seperti permainan ke dalam mulut, seterusnya toksin di permukaan tercemar dengan asap vape itu senang masuk ke dalam badan mereka.

Beliau menjelaskan, apa yang merisaukan mengenai kesan vape ini ialah golongan second hand dan third hand vaping berisiko mendapat kanser, penyakit jantung, kerosakan paru-paru serta asma.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Menjejaskan perkembangan otak dan paru-paru

Berdasarkan laporan kajian oleh pakar dari CDC menjelaskan bahaya vape terhadap kanak-kanak dan bayi walaupun dalam kadar kepekatan rendah.

Bahan kimia di dalam asap vape yang dihidu oleh golongan ini atau jika terdedah kepada permukaan tercemar (oleh asap vape) boleh menjejaskan perkembangan otak dan paru-paru mereka.

Asap di dalam rokok elektronik ini mengandungi sebatian kimia seperti logam dan silika bersifat karsinogen. Bahaya vape turut memberi kesan kepada saluran pernafasan seperti keradangan, kemerosotan fungsi kardiovaskular dan ketoksikan.

#3. Punca kematian mengejut

Seperti yang dilaporkan dalam ’32nd tobacco-related Surgeon General’s report’  mengenai bahaya vape telah menyebabkan lebih daripada 100,000 bayi telah meninggal dunia dalam tempoh 50 tahun.

Hal ini disebabkan oleh sindrom kematian bayi mengejut, komplikasi pramatang, komplikasi berat lahir rendah dan masalah kehamilan lain kesan daripada tabiat merokok ibu bapa.

Bahaya pod voltbar, ramai yang derita paru-paru bocor

Tular baru-baru ini seorang pengguna Tiktok @sxffiinzm berkongsi video suaminya mengalami paru-paru bocor akibat penggunaan vape atau pod voltbar yang berlebihan.

Kongsinya, dada suami terpaksa ditebuk pada bahagian rusuk untuk mengeluarkan asap berlebihan dalam paru-paru akibat penggunaan pod voltbar.

Katanya lagi, penggunaan vape atau pod voltbar sangat berbahaya bagi penghidap asma kerana ia melemahkan sistem paru-paru.

“Tebuk dada ya, bukan tebuk daging dada untuk keluarkan angin. Kalau tidak berjaya, perlu bedah. Nasib baik berjaya,” katanya.

Sue turut berkongsi tanda-tanda paru-paru bocor yang dialami suaminya.

“Apabila bernafas dada akan rasa menyucuk dan berbunyi air. Suami sakit tiga hari sebelum ke Klinik Kesihatan.

“X-RAY MENUNJUKKAN PARU-PARU BOCOR DAN TERUS KE DIBAWA KE ZON MERAH UNTUK PROSEDUR BUANG ANGIN,” KONGSINYA.

Menerusi ruangan komen, warga maya berkongsi pengalaman turut mengalami situasi yang sama selepas menggunakan vape dan pod.

“Abang saya pun macam ini. Ditebuk rusuk kanan, kemudian doktor pasang tiub dan balang besar untuk buang angin. Bila darah mengalir masuk balang, ia berbuih.”

“Saya hampir kena tebuk. Mulanya nafas jadi tidak sampai. Pegi X-ray, nampak penuh asap dan nikotin dalam paru paru.”

Kesilapan ibu ayah muda zaman moden dalam membesarkan anak

#1. Tidak konsisten dalam menetapkan peraturan

Jika anda mempunyai peraturan di rumah, pastikan anak tahu yang anda mahu peraturan tersebut dipatuhi. Sekiranya anda tidak konsisten bertegas dengan peraturan itu, anda sebenarnya memberi petanda yang mereka boleh melanggar peraturan di luar rumah juga.

Jadi, amalkan mengadakan hukuman sekiranya berlaku perlanggaran peraturan. Sekiranya anda tidak bertegas, anak-anak akan berfikir yang mereka boleh memanipulasi anda untuk tidak melaksanakan peraturan itu.

#2. Terlalu memanjakan anak

Semasa anak masih kecil, memang kebiasaannya mereka suka anda bersama-sama melakukan aktiviti. Ibu bapa yang banyak melibatkan diri dengan anak adalah perkara yang bagus, namun apabila anak semakin membesar, tabiat ini tidak sihat untuk perkembangan anak.

Ini tidak hanya bermaksud meluangkan aktiviti sosial bersama, malah membantu anak melakukan perkara lain seperti memakaikan baju atau melakukan kerja rumah dan sebagainya.

Beri mereka ruang untuk belajar dan melakukan sesuatu sendiri kerana ia penting untuk pembelajaran kehidupan dan kemahiran membuat keputusan mereka.

#3. Membuli

Ibu bapa yang membuli anak-anak mungkin tidak akan mempunyai hubungan jangka panjang yang baik dengan mereka apabila anak dewasa kelak.

Anak akan takut merujuk kepada anda untuk bercakap tentang masalah kerana mereka fikir mereka akan diperlekehkan pula.

Jangan melayan anak-anak anda seperti pembuli di taman permainan, dan merendah-rendahkan mereka. Tunjukkan kepada mereka kasih sayang, sokongan, dan tindakbalas yang lebih baik walaupun mereka melakukan kesalahan.

Dan anda sebagai ibu bapa mereka tidak bermaksud anda berhak melakukan apa saja pada mereka, elakkan pemikiran yang begitu!

#4. Tidak memberikan perhatian yang cukup

Kita hidup di zaman teknologi di mana hampir semuanya melibatkan penggunaan gajet dalam kehidupan seharian.

Jangan biarkan telefon anda, kerja anda, atau hobi anda sendiri, mengambil alih hidup  sehingga anda tidak mengambil masa untuk memberi perhatian kepada anak-anak.

Beberapa perkara yang menarik perhatian anak mungkin kelihatan membosankan atau tidak penting kepada anda.

Tetapi jika anda terlalu hanyut dalam kehidupan sendiri, mereka akan beranggapan bahawa anda tidak berminat dalam kehidupan mereka dan kemungkinan besar akan mula menghormati orang lain selain anda.

#5. Malas

Sesetengah ibu bapa gemar mengambil jalan mudah semasa membesarkan anak-anak,. terutama setelah mempunyai anak ramai. Mereka tidak lagi menyediakan makanan berkhasiat, atau kerap memberi gajet kepada anak sebagai pengganti.

Tabiat sebegini membuatkan anak tidak berdikari. mempunyai masalah berkaitan kebersihan dan mungkin bergelut melakukan kerja sekolah kerana tidak pernah mendapat bantuan dari ibu ayah.

Jadi selepas ini, ibu ayah perlu lebih terlibat menguruskan anak ya. dan jangan biarkan mereka rasa disisihkan.

Adakah di antara tabiat buruk ini yang anda lakukan? Jika ya, sama-samalah kita berubah demi masa depan anak-anak.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  6 Tanda Anda Telah Mendidik Anak Dengan Salah

Baca juga: Meskipun Tidak Merokok, Ibu Hamil Ketagih Vape Juga Berisiko Keguguran & Bayi Lahir Cacat!

Baca juga: Anak Makan Banyak Bila Bagi Tengok Skrin, Ibu Jangan Leka Ia Boleh Jadi Punca Anak Mindless Eater