Anda pasti tidak akan sangka jururawat hospital melarang ibu ini untuk menyusu di tempat awam. Terutamanya di lokasi seperti hospital yang penuh dengan wakil perubatan yang tahu tentang kebaikan menyusu anak.
Inilah kisah pengalaman seorang ibu baru yang telah dihalau dari hospital kerana menyusu di tempat awam.
Menyusu di tempat awam, ibu dihalau dari hospital!
Pada masa itu Darcie Pennington, seorang ibu berumur 18 tahun melawat neneknya di hospital Royal Liverpool Hospital. Tidak lama kemudian anaknya Vincent menangis kerana lapar dan ingin menyusu.
Tanpa memikir panjang, Darcie terus menyusukan anaknya.
Tidak lama kemudian, seorang jururawat wanita telah mendekatinya sambil memberitahu yang Darcie perlu pindah ke bilik khas kerana pelawat hospital lain akan rasa tidak selesa melihat beliau menyusu.
“Jururawat itu kemudiannya tutup langsir dengan marah sambil memberitahu saya tidak boleh menyusu di tempat awam kerana ini boleh mengganggu pelawat lelaki di hospital.
Saya hairan mengapa jururawat itu marah sedangkan dia sepatutnya menyokong penyusuan susu ibu! Apabila ditanya, jururawat itu berkata dia hanya cuba melindungi maruah saya.
Saya tanya dia kalau saya beri anak susu botol, dia akan rasa tidak selesa ke. Dia kata tidak kerana memberi susu botol “tidak seksi”. Saya betul-betul marah. Apa yang kelihatan seksual apabila bayi menyusu dari ibunya?!”
Isu menyusu di tempat awam mendapat perhatian media
Darcie dan ibunya telah meninggalkan hospital itu selepas didekati jururawat lain. Apabila pengalaman Darcie mendapat perhatian media, pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu menyusu di hospital.
“Kami telah menerima aduan Cik Pennington mengenai lawatannya ke wad pemulihan khas untuk pembedahan payudara dan mata.
Dengan tulus hati kami meminta maaf atas kesulitan yang dialami dan kes ini sedang disiasat oleh pihak hospital. Kami sudi membincangkan perkara ini dengan lebih teliti bersama Cik Pennington.
Hospital ini menyokong penyusuan susu ibu dan pelawat hospital kami dibenarkan untuk menyusu di mana mereka rasa selesa,” kata wakil dari hospital.
Tips menyusu di luar
- Pilih pakaian dan nursing bra yang sesuai.
- Jangan tunggu sehingga anak terlalu lapar.
- Guna nursing cover.
- Cari tempat yang lebih diam dan tidak banyak orang.
- Kalau suami ada, suruh suami tolong “block” kan apabila baru mula menyusu.
- Rileks, kerana ini akan melancarkan susu ibu. Jangan kisah kalau orang lain pandang. Kita buat tak tahu je.
Menyusu di mana-mana tempat pun adalah hak semua wanita. Cuma anda boleh menjadi lebih bijak dengan menutupi dengan kain lampin, yalah kita pun tak mahu tiba-tiba ‘flash’ apa yang tak patut ditunjuk bukan?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: theAsianparent Philippines
Baca juga: Ibu Ini Berkongsi Perjalanan Menyusu di Media Sosial Dikecam Teruk, Anaknya Digelar Hippo