X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

3 min bacaan
Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

Baru saja balik dari hospital untuk berpantang, anda pasti akan menerima panggilan dari jururawat yang nak datang ke rumah untuk buat pemeriksaan. Perlu ke?

Selepas berjam-jam di hospital melahirkan anak, mungkin anda sudah fed-up menghidu bau hospital dan melihat jururawat keluar masuk bilik. Jadi mengapa sampai saja di rumah untuk memulakan pantang, ada saja panggilan telefon dari klinik kesihatan (KK) untuk menjadualkan lawatan kerana nurse datang rumah?

Ibu-ibu semua… jangan kecam jururawat yang datang, ya! Bukan mereka sengaja nak mengganggu.

Mereka cuma menjalankan tugas dan prihatin terhadap keadaan anda malah bayi anda. Malah jika ada ibu-ibu baru yang memerlukan pertolongan, mereka sedia membantu dan memberi tunjuk ajar.

Setiap staf bertanggungjawab untuk menjaga kawasan yang ditentukan. Dengan cara ini, setiap ibu di kawasan tersebut akan dikesan dan dihubungi sekiranya tidak menghadiri temu janji.

nurse datang rumah

Lawatan jururawat dan doktor dari KKM. Sumber gambar: Laman Facebook Lutfi Fadil Lokman

Pemeriksaan ibu semasa nurse datang rumah

Setiap klinik kesihatan di Malaysia bertanggungjawab menjaga beberapa kawasan yang berdekatan dengannya.

Pada hari ke- 1,2,3,4,6,8,10,15 & 20 selepas ibu bersalin, mereka akan mengatur lawatan ke mana-mana temujanji yang telah ditetapkan.

Di samping datang untuk menziarahi anda dan bayi, mereka juga akan melakukan pemeriksaan untuk memeriksa tahap kesihatan seperti:

  • Tekanan darah ibu
  • Suhu badan ibu
  • Nadi
  • Pemeriksaan payudara (jika terdapat sebarang jangkitan akibat penyusuan)
  • Lokia perlu diperiksa (pendarahan selepas bersalin) dari segi warna, bau serta kuantiti yang keluar bagi memastikan tidak berlaku sebarang pendarahan yang tidak terkawal seperti tumpah darah atau jangkitan kuman
  • Jururawat akan periksa ketinggian rahim (untuk memastikan penurunan rahim bersesuaian dengan jumlah hari selepas kelahiran)
  • Pemeriksaan perineum (untuk menilai luka serta jahitan selepas episiotomi dan memastikan tiada jangkitan)

Jika anda mempunyai sebarang masalah selepas pemeriksaan, mereka akan merujuk anda ke hospital untuk mendapat rawatan.

Selain memeriksa tahap kesihatan anda, jururawat yang datang ke rumah juga akan memeriksa si manja tercinta.

Pemeriksaan bayi semasa nurse datang rumah

Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

Jururawat dari KKM sedang melakukan pemeriksaan bayi. Sumber gambar: Laman Facebook Lutfi Fadil Lokman

Antara permeriksaan yang dilakukan ke atas bayi ialah:

  • Keadaan jaundice pada bayi (warna kulit dan warna mata)
  • Berat bayi
  • Ukuran tinggi bayi serta lilitan kepala
  • Menilai latching bayi pada payudara ibu, sama ada betul ataupun tidak

Jururawat sebagai penasihat kesihatan

Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?

Kredit: Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk ibu-ibu baru yang segan untuk bertanya semasa di hospital, inilah peluang anda!

Pertanyaan-pertanyaan yang memalukan seperti masalah untuk kencing dan berak selepas melahirkan anak, mahupun gangguan emosi yang dialami – semuanya boleh diluahkan apabila jururawat datang melawat.

Dengan adanya sokongan dan dorongan dari staf KKM, ini sekurang-kurang dapat mengurangkan risiko kemurungan.

Kaedah perancangan keluarga juga akan dibincangkan, terutama bagi ibu yang melahirkan secara pembedahan Caeser serta ibu dengan jarak kelahiran anak yang terlalu dekat.

Disini, ibu-ibu boleh bertanya terus dengan staf KKM, semogan segala keraguan dapat dijawab dan di beri tunjuk ajar serta nasihat.

Sumber: Medical Mythbusters Malaysia, Laman Facebook Lutfi Fadil Lokman

Sumber gambar: Prime Minister’s Office of Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Jururawat Ditemui Dakap 3 Bayi, Tenang Jalankan Tugas Ketika Letupan Beirut Berlaku

Baca juga: Pakai Plastik Sampah Gantikan PPE, 3 Jururawat Ini Telah Disahkan Positif Covid-19

Baca juga: Jururawat sanggup halang ibu ini dari menyusu dengan alasan ia kelihatan terlalu seksi

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Mengapa Baru Lepas Bersalin Pun Kena Jumpa Dengan Jururawat Lagi?
Kongsikan:
  • Saringan Kesihatan & Pemeriksaan Bayi Baru Lahir Amat Penting, Ibu Ayah Perlu Peka!

    Saringan Kesihatan & Pemeriksaan Bayi Baru Lahir Amat Penting, Ibu Ayah Perlu Peka!

  • Jururawat Ditemui Dakap 3 Bayi, Tenang Jalankan Tugas Ketika Letupan Beirut Berlaku

    Jururawat Ditemui Dakap 3 Bayi, Tenang Jalankan Tugas Ketika Letupan Beirut Berlaku

  • Saringan Kesihatan & Pemeriksaan Bayi Baru Lahir Amat Penting, Ibu Ayah Perlu Peka!

    Saringan Kesihatan & Pemeriksaan Bayi Baru Lahir Amat Penting, Ibu Ayah Perlu Peka!

  • Jururawat Ditemui Dakap 3 Bayi, Tenang Jalankan Tugas Ketika Letupan Beirut Berlaku

    Jururawat Ditemui Dakap 3 Bayi, Tenang Jalankan Tugas Ketika Letupan Beirut Berlaku

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.