Mengandung Boleh Makan Durian, Ibu Kurang Stres & Tidur Lebih Lena
Kehamilan sering membuatkan ibu takut nak makan sembarangan kerana risau jadi punca keguguran sedangkan ketika mengandung boleh makan durian
Adakah ketika mengandung boleh makan durian? Isu ini sering menjadi persoalan yang diutarakan oleh orang ramai di luar sana.
Ada yang mengeluarkan kenyataan sehingga membuatkan para wanita yang hamil takut untuk mengambil walaupun seulas durian untuk dirasai. Sudahlah si ibu mengidam, ditakut-takutkan pula dengan mitos yang tidak benar. Kasihan.
Isi Kandungan
Mengandung boleh makan durian
Memandangkan kini tibanya musim durian, para peminat buah ini tidak ketinggalan menikmati keenakannya termasuklah ibu mengandung.
Meskipun begitu ramai ibu yang kali pertama berasa takut dan risau kerana ada yang mengatakan bahawa durian merupakan buah yang ‘panas’ sehingga boleh menyebabkan keguguran.
Menjelaskan dengan lebih lanjut, seorang Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr. Nurul Khairiyah Khairuddin mengatakan ia hanyalah mitos yang dibawa dari mulut ke mulut sejak dahulu kala.
Malah, tidak pernah ada satu pun kajian yang dilakukan dapat membuktikan sejauh mana kebenaran tanggapan berkenaan.
Had pengambilan durian ketika hamil
Perkara ini kita semua tahu kan? Kalau ambil terlalu banyak durian, kita yang tak mengandung pun boleh menerima komplikasi dan keadaan kesihatan yang terjejas. Contohnya jika individu tidak mengandung memakan durian terlalu banyak daripada kuantiti yang disarankan, mereka juga akan demam akibat terlalu panas.
Inikan pula ibu mengandung. Jika ambil secara berlebihan, ia secara tidak langsung mengundang komplikasi kepada kehamilan.
Pastikan perlu diambil pada kadar yang disarankan dan dibenarkan sahaja.
Sajian yang ideal disarankan adalah dua ulas sahaja dan ia sudah cukup untuk membekalkan khasiat dan nutrien kepada tubuh.
Tetapi jika menghidapi diabetes, pengambilan perlu lebih dikurangkan.
Mengandung boleh makan durian, ini kebaikan pengambilan durian ketika hamil
Durian kaya dengan kandungan gizi dan nutrisi yang baik seperti Serat, Kalsium, Protein, Kalium, Vitamin C dan Folat untuk kebaikan wanita hamil.
Terdapat beberapa kebaikan makan durian ketika hamil yang ramai tak tahu. Antara manfaatnya ialah:
1. Mengandung boleh makan durian: Menstabilkan aliran darah.
Dalam durian terkandung pelbagai bahan yang boleh membantu ibu hamil. Ada kalium atau nama lainnya potasium yang lebih tinggi berbanding pisang.
Kandungan ini membantu menyeimbangkan aliran darah ibu hamil. Makan durian ketika hamil sekaligus menangani masalah anemia yang berisiko tinggi menyebabkan kecacatan pada bayi.
2. Mengawal pengumpulan air dalam sel.
Kita tahu ibu mengandung selalu kena edema atau keadaan kaki tangan bengkak akibat pengumpulan air waktu mengandung. Makan sedikit durian dapat membantu mengurangkan edema ini.
3. Meningkatkan imun tubuh badan.
Buah durian turut diperkaya Vitamin C dan organo-sulfur bagi membantu mengurangkan jangkitan kuman dan kulat.
Vitamin E serta Beta Caroten pula dapat meningkatkan imunisasi tubuh. Ini membantu menaikkan sistem imuniti ibu hamil yang mudah terkena jangkitan kulat dan kuman.
4. Melancarkan sistem penghadaman
Buah durian tinggi dengan serat, secara tidak langsung ia membantu melancarkan pembuangan najis.
Terutamanya dalam kalangan wanita hamil mereka kerap berdepan dengan masalah sembelit akibat pengambilan tablet zat besi atau akibat kesan hormon mengandung yang bertindak secara tidak langsung pada aktiviti usus.
Kandungan serat yang tinggi membantu sistem pencernaan dengan meningkatkan pergerakan peristaltik usus dan membantu pengeluaran enzim pencernaan serta jus gastrik bagi melancarkan sistem penghadaman.
5. Mengurangkan stress
Untuk rekod, durian sebenarnya mengandungi asid amino tryptophan yang boleh meningkatkan penghasilan hormon serotonin dan melatonin bagi membantu menguruskan fungsi tidur dan mengurangkan stress.
Hormon tryptophan juga membantu untuk seseorang itu tidur lena terutamanya bagi ibu hamil yang sukar untuk tidur pada waktu malam.
Jadi, jikalau ibu hamil ingin merasa makan durian, berilah walaupun seulas dua. Okay?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Hati-Hati Bila Beri Bayi Bawah 2 Tahun Makan Buah Durian, Ini Info Yang Wajib Ibu Tahu!
Baca juga: Terlalu Makan Banyak Buah Durian Hingga Keguguran, Wanita Ini Luah Rasa Menyesal
Baca juga: Ibu Hamil Teringin Makan Durian, Tapi Adakah Raja Buah Ini Selamat Untuk Kandungan?