Ibu hamil melompat – selamat ke?
Semasa dalam tempoh kehamilan, ada pelbagai perkara yang tidak disarankan untuk dibuat kerana bimbang dengan kesihatan si ibu dan bayi. Ini termasuklah harus lebih berhati-hati dalam berseronok, contohnya melompat. Dan itu sebab mengapa foto ibu ini ditegur masyarakat. Seorang ibu hamil melompat.
Ia adalah hari minggu dan ia merupakan hari perkahwinan Anne Curtis dan Erwan Heussaff di Queensland, New Zealand. Dari foto-foto majlis itu yang telah dikongsi, semua orang berseronok.
Namun terdapat satu video yang menjadi viral di Twitter, dan ia bukan mengenai pasangan ini.
Ia adalah video Isabelle Daza, isteri kepada Adrien Semblat yang sedang melompat menari sambil memegang perutnya ketika lagu popular ‘Despacito’ dimainkan. Ramai yang merasakan video itu kelakar namun lebih ramai yang risau dengan bayi dalam kandungan Isabelle.
Video tersebut telah di muat naik melalui aplikasi Instagram story. Video tersebut telah dirakam dan dimuat naik oleh blogger Nicole Anderson yang kedengaran menjerit ‘Hei, anakmu!'”
Sumber: Smart Parenting, Mom Junction, Thebump
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia