Mencari keseimbangan antara kerja sambil meluangkan masa yang berkualiti dengan keluarga adalah satu pencapaian yang benar-benar membanggakan.
Berikut adalah beberapa ibu selebriti yang menakjubkan dan berprofil tinggi di Malaysia yang telah berjaya melakukannya.
Aishah Sinclair
Aishah Sinclair (@aishahjennifer) telah menjadi wajah di depan kamera untuk beberapa tahun sebagai pengacara televisyen dan pelakon.
Selain bekerja sebagai seorang DJ radio, kadang-kadang dia juga akan menjadi host untuk acara dan mengambil kerja iklan dari masa ke semasa.
Walaupun dia selalu sibuk, dia mengakui ia adalah sangat susah sebagai seorang ibu yang bekerja, “Ia tidak pernah mudah. Saya pasti ramai ibu faham. Saya selalu rasa bersalah dan seperti saya tidak melakukan yang secukupnya untuk anak saya.”
“Saya sentiasa berbelah bagi antara mengejar impian saya, kerana mahu menjadi model positif untuk anak saya. Tetapi pada masa yang sama, saya tidak mahu impian itu merampas masa yang berkualiti saya dengan mereka.
Saya akan cuba untuk mengimbang masa berkerja dan masa untuk keluarga. Contohnya jika saya sangat sibuk satu minggu, saya akan kosongkan jadual saya untuk minggu depan untuk bersama dengan mereka.”(ExpatGo)
Rozita Che Wan
Rozita Che Wan (@rozitachewan1) ialah seorang pelawak, pelakon, pengacara dan penerbit yang terkenal di Malaysia. Selain terkenal dengan dunia lakonan, Rozita atau Che Ta, sering mendapat perhatian orang ramai dan di media social disebabkan perhubungan dan perkahwinannya dengan pelakon Zain Saidin.
Jika anda pengikutnya di instagram, pasti anda sudah tahu Che Ta suka berkongsi kemewahannya bersama peminat dan media. Tak kurang juga gambar-gambar yang menunjukkan anak perempuannya Aaisyah Dhia Rana (@aaisyahdiarana) dalam pakaian yang cantik-cantik. Setiap kali pergi melancong, mesti sekeluarga yang pergi. Pakaian sekeluarga pun ikut tema.
Che Ta menegaskan segala kemewahan yang ada itu adalah hasil dari titik peluhnya sendiri. Sebagai seorang ibu dia tidak mahu anak-anaknya merasa susah seperti mana zamannya dulu.
Dia turut memberi kemewahan itu kepada anak-anaknya, walaupun dia sedar segelintir pihak tidak menyenangi caranya. Bagi Che Ta, anak-anaknya orang yang paling layak untuk merasai kesenangan dan kemewahan itu. (Sinar Harian)
Rasanya Che Ta ni seorang wanita yang works hard, “plays” hard. After all, she’s earned it.
Scha Alyahya
Cabaran terbesar untuk selebrity yang seterusnya, adalah untuk menyeimbangkan kerjaya dengan tugasnya sebagai seorang ibu. Terutamanya jika ibu itu seorang pelakon dan pengacara yang aktif.
“Saya percaya kita perlu menghabiskan masa yang bermutu bersama anak semasa mereka membesar. Walaubagaimanapun, ini bukan mudah dilakukan disebabkan oleh komitment kerja.
“Saya sentiasa mencari jalan untuk bersama anak saya pada permulaan dan penghujung setiap hari. Ini memastikan dia sentiasa merasai kehadiran saya dan tidak rasa ditinggalkan,” kata Scha Alyahya(@schaalyahya) (Sirap Limau)
Setelah kian lama, Scha telah mendedahkan kepada Astro Gempak, yang dirinya bersedia untuk hamil sekali lagi.
“Walaupun saya menempuhi dugaan mencabar pada trimester pertama kehamilan ketika mengandungkan Lara (@laraalanaa) dahulu, saya berjaya menempuhinya dengan bantuan suami, Awal Ashaari.”
“Saya bersedia untuk kembali hamil dan menempuhi proses yang sama sekali lagi,” kata Scha kepada Astro Gempak.
Erra Fazira
Kebelakangan ini, Erra Fazira(@errafazira) lebih jarang bernyanyi dan berlakon kerana sibuk menumpukan perhatian kepada usaha perniagaan, serta menjadi seorang ibu kepada anak perempuannya yang berusia tujuh tahun, Engku Aleesya Engku Emran. Kini Erra menjual hijab, selendang, cookies (Rara Cookies), baju raya semasa Hari Raya dan, minyak wangi.
Erra mengambil peranannya sebagai seorang ibu dengan serius. Apabila ditanyakan apakah cara parenting yang digunakan, Erra berkata dia tegas tetapi penyayang.
“Aleesya lebih sama seperti saya,” menurut Erra, “Anda mungkin tidak percaya ini, tetapi saya seorang yang pendiam. Aleesya jenis yang malu, dan lambat untuk bergaul dengan orang ramai. Ia adalah tugas saya untuk mengajarnya untuk menjadi sopan, sosial dan bergaul dengan kanak-kanak lain.”(Star2)
Selain karier seni yang juga periuk nasinya, fokusnya juga untuk membesarkan anak tunggalnya, Engku Aleesya, 6, dengan mendapat pendidikan sempurna.
“Saya pastikan dalam tempoh seminggu bekerja, ada beberapa hari untuk meluangkan kualiti masa bersama anak. Sebagai ibu, anak adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidup kita.
“Justeru, saya pastikan akan memberi sepenuh perhatian kepada Aleesya setiap kali kami meluangkan masa bersama tanpa sebarang gangguan,” katanya. (Metro)
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!