X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Hebat Ini Kongsi 5 Tips Bagaimana Dia Berjaya Ceraikan Susu Badan Dengan Anak

5 min bacaan
Ibu Hebat Ini Kongsi 5 Tips Bagaimana Dia Berjaya Ceraikan Susu Badan Dengan Anak

Wah, hebatnya ibu ini berkongsi lima tips ceraikan susu badan yang efektif untuk anak-anaknya. Ibu lain yang masih belajar boleh guna tips ini ya!

Baru-baru ini, Nazeem, anak kedua saya sudah mencapai umur 2 tahun. Sampailah sudah masa untuk dia cerai susu badan.

Alhamdulillah, tempoh mengepam susu, menjaga susu, dan menyusu sudah boleh ditamatkan dengan senang hati. Rasa bebas, rasa gembira, rasa puas hati. Pada masa yang sama, rasa rindu pun ada.

Alhamdulillah juga, sepanjang PKP Fasa 1, saya boleh menyusu secara terus dan tidak perlu mengepam susu sebab saya bekerja dari rumah. Saya anggap ia sebagai satu hikmah PKP.

tips cerai susu badan

Bila mula bekerja semula, dia sudah tidak mahu susu dalam botol. Jadi, saya berhenti mengepam susu lebih awal. Saya tidak risau sangat sebab dia sudah makan makanan pejal. Jadi, saya hanya menyusukan dia selepas balik dari tempat kerja.

Mulanya, rasa takut juga untuk cerai susu sebab masa dengan Nazhan, anak pertama saya, prosesnya agak susah. Nazhan bercerai susu semasa berumur setahun sebab saya mengandung.

Setiap kali dia menyusu, saya rasa stress dan marah. Jadi, Nazhan selalu menangis bila saya tidak mahu menyusukan dia. Saya rasa pengaruh hormon. Saya sendiri pada masa itu tiada pengalaman dan panduan.

Nasib baiklah saya dipanggil untuk kursus Program Transformasi Negara selama 5 hari. Suami yang jagakan Nazhan. Lepas balik daripada kursus, kami berjaya untuk cerai susu.

Cerai Susu Badan Bagaikan Satu Kejayaan Terbesar

tips cerai susu badan

Biasa bagi ibu-ibu yang menyusu badan sepenuhnya untuk meletakkan target menyusu badan anak sepenuhnya sekurang-kurangnya selama 2 tahun. Hebatnya, ada yang meneruskan sampai umur anak mencecah 4 tahun.

Jadi, ulangtahun kelahiran anak yang kedua memang ditunggu-tunggu. Rasa puas hati sangat bila dapat menyusu badan selama 2 tahun. Rasanya bagaikan dapat ijazah bidang penyusuan ibu.

Menyebutnya ‘cerai susu’cukup mudah, tapi untuk berjaya cerai susu juga boleh menjadi satu perkara yang rumit apabila anak tidak bersedia untuk cerai susu.

Saya sangat bersyukur kerana proses cerai susu untuk anak kedua berlaku dengan sangat lancar, tanpa linangan air mata sebagaimana yang berlaku dengan anak pertama.

Selepas 2 tahun menyusu badan, ibu-ibu boleh memilih untuk meneruskan penyusuan atau bercerai susu.

Walaupun menyusu badan sepenuhnya amat digalakkan, ia tidak merendahkan martabat ibu-ibu yang memilih cara lain mengikut pilihan, situasi, kesesuaian dan kemampuan masing-masing. Kita kena selalu ingat yang semua ibu sentiasa menginginkan yang terbaik untuk anak masing-masing.

5 Tips Cerai Susu Badan

1# Bawa Anak ‘Bercuti’

Ini merupakan pengalaman ibu saya. Adik saya yang keempat memang tidak mahu cerai susu walaupun sudah berusia 2 tahun. Pelbagai cara digunakan, tapi tak berjaya.

Akhirnya, pengasuhnya membawa adik saya pulang ke rumahnya selama beberapa hari. Akhirnya, ibu berjaya!

2# Tips Cerai Susu Badan Dengan Lakukan Persediaan Awal

tips cerai susu badan

Saya betul-betul target nak berhenti menyusukan Nazeem selepas hari lahirnya yang kedua. Sebulan sebelum itu, suami akan membawa Nazeem ke bilik lain untuk bermain sebelum dia tidur. Biasanya, pukul 10 malam, sampailah dia tidur sendiri di bilik itu.

Jadi, perlahan-lahan dia akan mula tidak memerlukan menyusu untuk tidur seperti kebiasaanya.

3# Pastikan Anak Sentiasa Kenyang

Anak biasanya akan nak menyusu apabila dia lapar dan dahaga. Sediakan makanan-makanan sihat yang disukai oleh anak, yang mudah untuk dia capai dan makan. Contohnya, potongan epal atau pisang, biskut, dan snek.

Jangan lupa air putih di dalam botol. Kalau boleh yang ada straw. Letakkan di atas meja. Bila-bila masa boleh kenyangkan perut dan dapat mengurangkan rasa ingin menyusu.

4# Tips Cerai Susu Badan Dengan Hilangkan Ingatan Tentang Susu

Mendekati masa untuk bercerai susu, usahakan supaya anak-anak lupa untuk menyusu. Elakkan sama sekali menawarkan anak untuk menyusu. Bila dia nak menyusu, cuba alih perhatiannya kepada makanan atau permainan.

Jangan sama sekali menyalin pakaian dengan anak. Kalau dia nampak, mesti dia terus teringat dan nak menyusu. Ini akan menyukarkan proses cerai susu.

5# Tetapkan Masa dan Ikut

Ibu Hebat Ini Kongsi 5 Tips Bagaimana Dia Berjaya Ceraikan Susu Badan Dengan Anak

Walaupun kita dah lakukan semua yang di atas, akan ada masa yang anak tetap nak menyusu. Pada masa kritikal seperti ini, bagitahu anak yang kita akan bagi susu dalam tempoh 10 minit sahaja.

Bila dia bersetuju, kita ikut masa. Pendekkan masa setiap kali menyusu. Lama-lama, 30 saat pun dah cukup. Akhirnya, dia akan berhenti menyusu.

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Indah dan Penuh Suka Duka Dari Awal Hingga Akhir

Menyusukan anak adalah proses yang sangat indah. Saat menyusukan anak, kita tahu kita sedang memberikan makanan dan minuman yang terbaik untuk permata hati kita.

Saat anak di pangkuan, dalam dakapan, kita mencipta hubungan dan ikatan ibu-anak yang begitu kukuh sekali. Namun begitu, perjalanan menyusukan anak juga penuh suka dan duka.

Anak tak mahu menyusu. Puting luka. Bengkak susu. Anak gigit. Itu semua jugalah yang menjadi kenangan indah untuk dikenang selama-lamanya.

Ibu Hebat Ini Kongsi 5 Tips Bagaimana Dia Berjaya Ceraikan Susu Badan Dengan Anak

Artikel ini ditulis oleh VIP Parent, Nurmujahidah binti Ismail untuk theAsianparent Malaysia. Lebih mesra dengan panggilan Muja, ibu kepada dua anak lelaki berusia 4 dan 2 tahun ini juga merupakan seorang guru sekolah rendah di Muar, Johor.

Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

Baca juga: Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?

Baca juga: Selepas berhenti menyusu, apa terjadi pada payudara anda?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu Hebat Ini Kongsi 5 Tips Bagaimana Dia Berjaya Ceraikan Susu Badan Dengan Anak
Kongsikan:
  • Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

    Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

    Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

  • Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

    Bayi Minum Susu Banyak Kali Biasa Berlaku Pada Usia 3 Hingga 6 Minggu, Ibu Jangan Terlalu Risau

  • 8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

    8 Pilihan Minyak Canola Yang Bagus, Malah Menyihatkan & Makanan Pun Lebih Sedap!

  • Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

    Sebelum Sanggup Menderma Atau Menjadi Ibu Susuan, Teliti Dahulu Perkara Penting Ini Ya, Ibu-ibu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.