TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?

4 min bacaan
Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?

Akar seruntun bukan hanya sekadar tumbuhan biasa tetapi ianya juga bermanfaat untuk ibu-ibu. Jom baca mengenai akar seruntun untuk cerai susu badan!

Anda pernah dengar tak mengenai akar seruntun  untuk cerai susu badan? Bagi yang tidak pernah mendengar mengenai akar ini, mesti ada yang garu kepala berfikir tumbuhan jenis apakah ini. Betul, ia memang sejenis pokok tetapi apa yang membuatkan pokok ini istimewa sebenarnya dalam kalangan ibu-ibu? 

Sebelum kami memberitahu anda apakah kepentingan atau signifikasi akar ini untuk cerai susu badan kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dan bercerai susu, ayuh kita ketahui tentangnya dengan lebih lanjut.

Asal usul akar seruntun

Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?

Kredit: Dave’s Garden

Akar seruntun turut dikenali dengan nama pokok patawali atau akar patawali. Ia turut mempunyai nama saintifik iaitu Tinospora crispa dari kumpulan keluarga Menispermaceae. Nak kenal daun ini senang sahaja. Ianya merupakan tanaman yang menjalar dengan batang jenis berkerutu. Lebarnya lebih kurang seperti daun sirih.

Kalau anda biasa duduk di kampung, anda boleh menjumpai akar seruntun ini kerana ia boleh tumbuh menjalar di pagar-pagar atau di kawasan rumah terbiar. Dekat kampung pun anda boleh jumpa tumbuhan ini.

Tumbuhan ini bukan sahaja berada di Malaysia tau! Malah, anda boleh jumpa tumbuhan ini di Indonesia. Ia dikenali dengan nama pokok bratawali atau daun gadel dan banyak lagi mengikut nama daerah di sana. Anda boleh jumpa akar seruntun  di Filipina dan juga Indo-China. 

Kelebihan akar seruntun

akar seruntun

Kredit: Jabatan Pertanian Malaysia

Kita kategorikannya sebagai pokok atau tumbuhan herba disebabkan ianya merupakan tumbuhan berubat yang mempunyai banyak manfaat dan khasiat dalam kalangan orang Melayu.

Air rebusan akar ini sangat pahit tetapi ianya boleh membantu dalam mengurangkan kencing manis, tahap gula dalam darah, dan panas badan. Dan yang paling penting, ianya boleh membantu ibu untuk proses bercerai susu badan ataupun weaning daripada anak. Malah ini juga antara fakta menarik  yang anda perlu tahu:

  • Dikatakan boleh merawat masalah cacing untuk kanak-kanak. 
  • Boleh menurunkan darah tinggi dan juga meningkatkan selera makan.
  •  Air rebusannya juga boleh merawat kudis

Akar seruntun untuk cerai susu badan

akar seruntun

Kredit: iStock

Kita dah mengetahui banyak manfaatnya dan salah satunya adalah ia juga boleh membantu memudahkan proses bercerai susu. Bagaimana agaknya? Ia dengan cara meletakkan air akar ini pada payudara ibu. Tapi mesti ibu pun tertanya-tanya takkan dengan letakkan ini akar seruntun pada payudara dan bagi anak hisap, anak akan terus tak hisap susu kan? 

Kalau anda nak tahu, air akar seruntun memang amat pahit sehinggakan ramai orang rasa takut nak mencubanya. Rasa yang pahit tersebut pun orang dewasa susah nak minum apatah lagi pada bayi kan? Dan untuk bayi, tidak perlu gunakan air rebusan akar seruntun. Anda hanya perlukan getah akar seruntun sahaja.

Caranya mudah, senang dan gerenti mujarab. Tambahan pula, ianya agak pahit kan. Calit-calit sikit dan anak anda dah boleh berhenti susu badan. Sebab itulah, ramai ibu-ibu patut cuba gunakan akar ini untuk bercerai susu. Teruja tak nak tahu ibu-ibu semua? Jom kita mulakan.

Cara untuk gunakan air akar untuk proses bercerai susu

#1 Tak perlu rebus akar seruntun. Hanya perlu gunakan getah akarnya sahaja dan calitkan pada bahagian puting susu ibu. Ini perlu dilakukan apabila anak minta nak minum susu ibu. Cepat-cepatlah ya calit!

#2 Anak akan menolak sebaik sahaja merasa susu dari puting ibu. Mana taknya, ianya pahit! Jadi anda janganlah terkejut kalau anak anda terus tolak anda dan tak mahu lagi rasa susu. Itu yang anda inginkan kan?

Untuk si ibu yang bercerai susu badan dari anak

akar seruntun

Kredit: iStock

Stories Rakan Kongsi
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Pilihan Utama Ibu-Ibu Di Australia, 5 Sebab Anak Anda Perlu Beralih Kepada Susu Organik Kanak-Kanak Dari Bellamy’s Organic EQUISPIRE
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?

Bercerai susu bukannya mudah buat ibu dan anak. Ada juga ibu yang berasa sedih apabila anak tidak lagi meminum susu badan mereka. Ada juga di antara ibu yang mulalah lembut hati apabila melihat anak mereka menangis mahukan susu. Maka, diturutkanlah kehendak hati anak apabila mereka menangis. 

Sabarlah wahai ibu dan tabahkanlah hati kerana ini untuk kebaikan anak anda juga. Bagi yang mencari cara bercerai susu badan atau weaning, akar seruntun sememangnya merupakan cara terbaik untuk memudahkan anak anda bercerai susu dengan cepat.

Tapi ingat, getah akar seruntun sangat pahit dan boleh tahan lama. Tepuk dada tanya selera. Semoga bermanfaat!

Sumber: Facebook Jabatan Pertanian Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Panduan Menceraikan Anak Daripada Susu Botol

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Akar Seruntun Untuk Cerai Susu Badan? Biar Betul! Berkesan atau Tidak?
Kongsikan:
  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars
    Stories Rakan Kongsi

    The Hidden Sugar Trap: Why Parents Should Choose Growing-Up Milk Free from Added Sugars

  • Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

    Cara Menyusu Bayi Dengan Betul: Panduan Penyusuan Lengkap Untuk Ibu Baharu

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham