Ibu Ini Mengurung Anak Di Dalam Kereta Dan Membakarnya

Apabila tiba di tempat kejadian, pihak polis menemui sebuah kereta Ford Focus dengan asap yang keluar dari bahagian penumpang. Apa yang telah berlaku? Ini kisah seorang ibu yang mengalami masalah depresi. Ia bukan perkara main-main!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang ibu telah memandu ke tanah perkuburan dan mengurung anaknya di dalam kereta.

Wanita itu kemudiannya membakar keretanya sementara anaknya masih di dalam kereta. Kejadian ini telah berlaku di Michigan, Amerika Syarikat. 

Suami wanita tersebut telah menelefon pihak berkuasa dan memaklumkan yang isterinya mungkin akan mencederakan anaknya.

Apabila tiba ditempat kejadian, pihak polis menemui sebuah kereta Ford Focus dengan asap yang keluar dari bahagian penumpang.

Walaubagaimanapun, tiada sesiapa di dalam atau berdekatan dengan kereta tersebut.

Kemudian, pihak berkuasa telah menemui wanita tersebut yang dikenali sebagai Sherrie Richter, 48 dan anak lelakinya, 11 bersama pekerja tanah perkuburan tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut sumber, kanak-kanak lelaki itu telah dilepaskan oleh ibunya sendiri selepas membakar kereta.

Pekerja perkuburan tersebut yang melepaskan ikatan tangan kanak-kanak tersebut. Sherrie Richter kemudiannya telah dibawa ke hospital bagi tujuan penilaian.

Manakala anaknya dibawa ke hospital untuk pemeriksaan sebarang kecederaan. Motif utama kejadian ini masih belum dapat dikenal pasti.

Apa yang dapat dilihat di sini ialah si ibu umpama hilang pertimbangan dan telah mengambil tindakan yang di luar kawalan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin juga akibat tersedar dengan apa yang telah dilakukannya, dia melepaskan semula anaknya. Ini jelas menunjukan si ibu seperti terganggu.

Kesihatan mental

Ia mungkin kedengaran kasar namun inilah realiti. Satu cabang kesihatan yang sering dipandang remeh. Kesihatan mental.

Sebenarnya, lelaki dan wanita sama-sama boleh mengalami kesihatan mental.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun ianya lebih banyak terjadi kepada wanita terutamanya yang telah melalui trauma seperti pengalaman hamil atau bersalin yang teruk atau kes lebih teruk seperti didera atau rogol.

Kesan kesihatan mental bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh.

Salah satu kesan utama kesihatan mental yang sering dipandang ringan malah dijadikan bahan lawak ialah meroyan atau post partum depression.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sedangkan sebenarnya ianya adalah satu masalah yang harus dipandang berat dan dibantu.

Ia bukan sahaja boleh membawa kepada bunuh diri, malah boleh menyebabkan seseorang itu membunuh.

Maklumat lebih lanjut mengenai post partum depression boleh di baca di Tiga Jenis Masalah Kemurungan Selepas Bersalin

Selain daripada ini, ada tiga lagi jenis masalah kesihatan mental yang utamanya dialami oleh wanita;

  • Keresahan (anxiety) : wanita mempunyai risiko dua kali ganda lebih daripada lelaki untuk mengalami keresahan yang melampau. Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah ini, antaranya ialah dibesarkan di dalam suasana sentiasa ditakut-takutkan. Keadaan ini akan meningkatkan rasa resah, gelisah, risau dan tidak senang duduk hingga boleh menyebabkan mereka bertindak diluar kawalan.
  • Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) : satu keadaan di mana seseorang itu akan mengalami gangguan hingga menyebabkan selalu sakit atau lebih ekstrem bertindak diluar kawalan. Puncanya ialah kejadian yang memberi impak, kejutan atau trauma yang besar. Contohnya selepas melihat kejadian yang meragut nyawa di depan mata.
  • Masalah pemakanan (eating disorder) : kesan utama dari masalah ini ialah kurus yang terlampau atau sebaliknya. Namun kebanyakan kes yang dapat dilihat sekarang ialah kurus yang melampau hingga terpaksa dimasukan ke hospital. Ini biasanya terjadi kepada yang sering mengutamakan penampilan dan sering membandingkan diri dengan orang lain.

Kesan masalah mental sememangnya sangat serius.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lihat sahaja kes yang berlaku di negara kita awal tahun ini, Wanita kelar anak direman 7 hari. Di sebabkan inilah kesihatan mental juga wajar dipandang berat. 

Anda mungkin juga berminat dengan artikel ini:

my.theasianparent.com/kesihatan-mental-dapatkan-bantuan-di-peringkat-awal/

Sumber: nypost

Penulis

Aqma