Semalam, akhbar tempatan, Utusan telah melaporkan berita tentang yang dipercayai mengelar bayinya sehingga mati di kuarters kem Desa Pahlawan Kok Lanas semalam direman tujuh hari bermula 5 Februari 2017.
Perintah tahanan reman terhadap wanita berusia 32 tahun itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Rusli Ahmad bermula 5 Februari sehingga 11 Febuari depan bagi membolehkan dia disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Perintah tahanan reman tersebut terpaksa dikeluarkan di Wad Psikiatri Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) kira-kira pukul 9 pagi ini selepas suspek masih menerima rawatan di wad itu.
Berita asal telah melaporkan seorang ibu bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila tergamak membunuh anak sendiri yang baru berusia dua bulan dengan mengelar lehernya menggunakan sebilah pisau pemotong sayur di kuarters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas.
Nur Areesa Sofea Jiry ditemui di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah akibat kesan kecederaan di leher pada kira-kira jam 2.45 petang. Mayatnya kemudian dibawa ke HRPZII untuk bedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Mukim Jal Kechik, Tumpat, jam 3.15 pagi.
Ianya jelas, apa yang terjadi pada wanita di dalam berita di atas ialah meroyan atau kemurungan selepas bersalin. Meroyan atau kemurungan selepas bersalin bukanlah sesuatu yang wajar di pandang ringan. Apabila sudah melibatkan nyawa yang tidak berdosa terkorban ditangan ibu, barulah masyarakat mula memandang serius akan perkara ini.
Apakah itu meroyan atau kemurungan selepas bersalin?
Meroyan atau kemurungan selepas bersalin di bahagikan kepada dua:
- “Postpartum blues” yang agak normal terjadi kepada hampir 80% ibu baru bersalin. Ianya selalunya terjadi pada satu jangka masa yang singkat. Semasa mengalami “postpartum blues” ibu-ibu akan mengalami bertukaran mood yang kerap, menangis, keresahan dan sukar tidur.
- “Postpartum depression”. Ianya lebih teruk dan lama. Keadaan yang biasa kita dengar. Mudah menangis, tertekan, marah, cepat panik, letih, sukat tidur malam dan boleh jadi meracau. tetapi belum mengganas. Mudah dikesan, perlukan rawatan.
- “Postpartum psychosis” adalah keadaan yang sangat jarang terjadi. Namun boleh terjadi sekiranya “postpartum depression” dibiarkan melarat menjadi lebih teruk. Ibu yang mengalami “postpartum psychosis” mengikut kajian, mempunyai 5% lebih risiko membunuh diri dan 4% lebih risiko membunuh bayi mereka akibat keadaan ini.
Ini kerana, mereka yang mengalami “postpartum psychosis” akan merasakan yang mereka seolah ‘terpisah’ dari realiti. Di dalam keadaan ini, khayalan dan kepercayaan akal untuk mereka sangat mendalam sehingga kelihatan nyata untuk mereka dan selalunya beperwatakan seperti orang yang kuat agama. Rawatan segera bagi seorang wanita melalui psikosis adalah sangat penting.
Punca-punca meroyan atau kemurungan selepas bersalin?
Punca “Postpartum depression” adalah tidak jelas. Namun, antara faktor yang dikaitkan ialah:
- mempunyai sejarah masalah mental terutamanya kemurungan
- tidak mempunyai rakan atau keluarga rapat untuk memberi sokongan
- mempunyai masalah dengan pasangan
- stress
- pernah mengalami “Postpartum blues”
- tidak berjaya membaik pulih diri dari kesakitan bersalin (tidak berpantang dengan betul)
- tidak kuat secara spiritual
Punca “Postpartum psychosis” adalah tidak dapat diterangkan dengan tepat. Antara faktor yang dikaitkan ialah:
- hormon yang tidak stabil
- badan yang terlampau penat
- faktor genetik (mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah mental)
- sering dikaitkan dengan gangguan bipolar (bipolar disorder)
Walaupun anda tidak mempunyai sebarang punca di atas, melahirkan bayi serta cuba menyesuaikan diri dengan situasi yang besar dan baru boleh mendatangkan kemurungan.
Tanda-tanda meroyan atau kemurungan selepas bersalin?
Meroyan atau kemurangan boleh memberi kesan yang amat teruk. Jadi, pengesanan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian buruk ini.
Antara tanda-tandanya adalah:
- bercakap seorang diri
- berhalusinasi
- berfikir hal yang tidak rasional
- sentiasa was-was
- dalam keadaan keliru
- gagal menjalankan tanggungjawab sendiri
- ttidak menunjukan minat untuk melakukan apa-apa
- selalu menangis
- sering mengadu
Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas, segera dapatkan bantuan profesional (doktor atau pakar psikologi) bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Rawatan meroyan atau kemurungan selepas bersalin
Sekiranya mengalami “Postpartum psychosis” ianya adalah kecemasan bagi psikiatrik. Ibu yang mengalaminya selalunya akan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan.
Secara umumnya, ibu yang mengalami “Postpartum psychosis” akan diberi salah satu atau lebih daripada ubat. Antaranya:
Antara rawatan kepada para ibu ini yang paling utama adalah sokongan padu kepada mereka. Sokongan moral, emosi dan fizikal amat dibutuhkan oleh para ibu selepas bersalin. Kemudian para ibu juga perlulah sentiasa berdamping dengan zikrullah, bacaan doa serta menambah ilmu agama di saat diri tidak boleh solat.
Bagi yang rasa anda mempunyai tanda meroyan atau kemurungan selepas bersalin, sila dapatkan pertolongan secepat mungkin. Jangan disimpan. Kerana meroyan mampu meragut nyawa.