(Video) Suami Hairan Isteri Mengidam Nak Mandi Hujan & Panjat Pokok Pada Waktu Malam

Ibu mengandung mengidam yang pelik-pelik boleh membuatkan para suami berasa hairan dan kena lebih faham ia berpunca dari pembawakan anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mengandung mengidam adalah perkara yang biasa berlaku disebabkan oleh pembawakan anak. Demi kasih dan sayang kepada isteri, terpaksalah juga si suami melayankan apa sahaja permintaannya agar bayi tidak meleleh air liur nanti.

Tetapi berlainan pula dengan perkongsian video yang tular di Tiktok baru-baru ini, di mana isteri mengidam sesuatu yang bukan makanan!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Kisah ibu mengandung mengidam bermain hujan dan memanjat pokok waktu malam
  • Jenis-jenis permintaan ibu hamil mengidam yang aneh dan pelik

Kisah ibu mengandung mengidam bermain hujan dan memanjat pokok waktu malam

Seorang pengguna Tiktok berkongsi bagaimana isterinya membuat permintaan pelik sewaktu hamil untuk memanjat pokok dan juga bermain hujan. Dengan kapsyen, “Jenis mengidam ape ni,” video ini telahpun mendapat 3 juta tontonan dengan 3 ratus ribu likes! 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terpaksa akur dengan permintaan isterinya, isterinya kelihatan riang dan masih ingin lagi menikmati hujan walaupun telah diajak balik oleh suaminya dalam video tersebut. Tabahlah wahai si suami!

Video ini turut mendapat hampir 8000 komen! Rata-rata pengguna Tiktok memuji kesabaran pengguna Tiktok ini dalam melayan karenah dan permintaan si isteri sewaktu mengandung. Malah, mereka turut mendoakan kesejahteraan isterinya dan dipermudahkan urusan bersalin.

https://www.tiktok.com/@sepohon_kayuu/video/7110094168810196250?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Jenis-jenis permintaan ibu hamil mengidam yang aneh dan pelik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi video tersebut, ramai pengguna Tiktok juga turut berkongsi kisah-kisah mengidam mereka yang amat luar biasa. Daripada ingin memakan sabun Lux sehinggalah ingin makan asap ubat nyamuk, permintaan ibu-ibu mengandung ini memang pelik.

Ada juga kisah isteri mengidam yang ingin makan bunga teratai, mengidam bau tar jalan dan juga nak naik stroller bayi. Malah, ada juga isteri yang mengidam ingin memiliki kereta Lamborghini.

Boleh mati kutu suami nak mencari jalan untuk memenuhi kemahuan isteri tersayang!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila dah mengidam nak makan sesuatu, tidaklah menjadi masalah. Masalah boleh timbul apabila si isteri mengidam nak makan benda bukan-bukan. Itu bahaya! Cuba kawal keinginan anda dengan mencari sesuatu yang boleh mengalihkan perhatian anda. 

Buat si suami, sekiranya boleh menunaikan permintaan isteri, cubalah sedaya upaya untuk membuatnya gembira agar rumah tangga sentiasa dilimpahkan rezeki. InsyaAllah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Elfira Loy Mengidam Lari & Lompat Kolam Renang Pakai Heels, Netizen Luah Rasa Gerun

Baca juga: Rupanya Ini 10 Jenis Makanan Mengidam Ketika Hamil Yang Paling Digemari Oleh Bakal Ibu, Terliurnya!

Baca juga: Isteri Yang Hamil, Tapi Suami Pula Yang Mengidam & Mual! Eh, Lebih-Lebih Ni Kenapa Pula?

Penulis

Nina Osman