Wanita Ini Marah Ibu Mentua Curi Masuk Bilik Bersalin Untuk Dukung Bayi Dulu!

Ibu mentua ini menyinggung perasaan menantunya sendiri apabila dia curi-curi masuk ke bilik bersalin dan tanpa kebenaran mendukung cucunya. Adakah ibu-ibu akan marah jika ini berlaku pada anda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah ibu mentua yang melampaui batas…

Kehidupan sebagai menantu perempuan, tidak selalunya indah kerana ada ibu mentua yang baik namun ada juga yang sangat cerewet. 

Akan tapi… ada yang lebih parah sehingga melampaui batas seperti kisah ibu ini.

Selepas mengalami bersalin yang penuh dengan trauma dan rasa sakit, setiap ibu pasti mahu menjadi orang pertama untuk mendukung bayi mereka sendiri. 

Bayangkan kalau ibu mentua yang jadi orang pertama!

Tapi bayangkan keinginan dan hak anda itu telah dirampas oleh orang lain. Bukan jururawat bertugas, bukan suami sendiri, tetapi ibu mentua anda!

Seorang ibu telah mengadu di Mumsnet tentang kisahnya ini. Mari ikuti perkongsian beliau seperti di bawah:

“Saya baru lahirkan anak perempuan saya 6 minggu lalu dan telah mengalami proses bersalin yang cukup trauma dan iaberakhir dengan pembedahan kecemasan. bang dan takut telah menelefon ibunya untuk mendapat sokongan.” 

Semasa mereka bergegas menyediakan saya untuk pembedahan, suami saya yang sangat bimbang dan takut telah menelefon ibunya untuk mendapatkan sokongan.” 

“Ibu mentua saya adalah seorang doktor yang bekerja di hospital yang sama, tapi bukanlah doktor di bahagian wad bersalin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akan tetapi, tanpa kebenaran, dia tiba-tiba berjaya masuk ke bilik bersalin dengan kad aksesnya!”

Ibu baru ini berasa marah dan kecewa

“Tak ada seorang pun yang beritahu saya, ibu mentua saya itu telah masuk ke bilik bersalin.

Tak ada seorang pun yang meminta kebenaran dari saya kalau mereka boleh mendukung anak saya dulu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Saya masih terbaring dengan perut yang sedang dijahit dan ibu mentua saya telah jadi orang pertama mendukung anak saya!”

“Saya sangat marah. “

“Sebelum ini saya sudah memberitahu suami yang saya tidak mahu ada pelawat untuk hari pertama dan kedua.”

Tapi ibu tersebut bukan marah dengan ibu mentuanya sahaja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dia marah dengan suami, serta bidan-bidan yang bertugas di hospital pada hari itu. 

Lebih-lebih lagi apabila doktornya telah masuk ke bilik bersalin untuk menjelaskan beberapa perkara yang dianggap sulit, di depan ibu mentuanya sendiri.

Walaupun beberapa hari telah berlalu, ibu tersebut masih marah dan berasa sedih.

Pentingnya menjalinkan ikatan dengan bayi baru

Ikatan antara ibu dan anak adalah sangat penting dan ia boleh memberi ketenangan dan rasa selamat kepada bayi baru lahir.

Ikatan atau “bonding” ini juga boleh membantu menjalinkan hubungan dengan ahli keluarga barunya. Ia juga membantu penghasilan susu ibu walaupun ibu itu telah melahirkan anak melalui pembedahan.

Ikatan antara ibu dan anak boleh berlaku dalam banyak cara.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila anda melihat bayi baru anda, menyentuh kulitnya, menyusukannya, dan mencium bau kepalanya, anda sedang membina ikatan.

Apabila bayi dapat mencium bau ibunya ini juga membina ikatan. 

Ibu mentua dengan tugasnya sebagai seorang doktor, sepatutnya tahu semua ini. Tapi kadang-kadang seorang doktor juga boleh terlupa sehingga mampu menyinggung perasaan menantu sendiri.

Ibu yang baru melahirkan anak akan mengalami perubahan hormon yang banyak. Jadi jangan lupa ya, lain kali jangan buat ibu baru marah!

Sumber: Mirror dan WebMD

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Salah Ke Kalau Ibu Baru Bersalin Tidak Mahu Menerima Pelawat?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Rosanna Chio