50 Cara Dating Dengan Pasangan Dalam Suasana Penuh Romantik, Jom Cuba Hari Ini!

Idea keluar dating dengan pasangan ini perlu dicuba suami isteri. Sekali-sekala kenalah bijak beli jiwa mereka supaya hubungan makin bahagia

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa macam sudah lama tidak keluar dating dan meluangkan masa dengan pasangan? Anda telah sampai ke artikel yang tepat! Kami bawakan kepada anda 50 idea keluar dating yang wajib anda cuba bersama insan tercinta.

Semua idea keluar dating ini bukan saja boleh merapatkan hubungan suami isteri, malah ia juga mampu membuatkan anda lebih menghargai pasangan dan diri sendiri. Yang paling best, 50 idea ini murah, romantik dan mudah saja nak dibuat!

Jom tengok apa yang kalian cara yang boleh anda buat untuk meluangkan masa bersama pasangan.

50 idea keluar dating dengan pasangan, senang saja!

Idea keluar dating #1 – Makan, makan dan makan

1.Buat kek dan makan sama-sama. Berlakon seolah-olah anda sedang “mencuba” kek tersebut sebelum majlis perkahwinan kalian. Jangan risau sangat pasal berat badan anda sekarang!

2. Pergi pasaraya dan beli bahan-bahan untuk masakan kegemaran kalian. Masak sama-sama

3. Buat food trip dan tengok siapa makan paling banyak

4. Makan aiskrim yang anda nak sangat makan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Idea keluar dating #2 – Idea yang menyeronokkan, tapi boleh dibuat di rumah saja!

5. Main Monopoly, tapi jangan main seperti biasa. Apa kata anda cuba Strip Monopoly? 

6. Kumpul gambar dan buat buku scrap. Suami, hobi ini menyeronokkan tau! Belum cuba belum tahu.

7. Beli 2 buku bestseller dan baca sama-sama. Bincang apa pendapat kalian tentang buku itu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Main ujian dalam talian. Lihat siapa dapat markah lebih tinggi.

9. Tulis 10 soalan tentang diri anda. Biar pasangan jawab. Lihat siapa yang lebih mengenali pasangan.

10. Buat jigsaw puzzle sama-sama. Jangan berhenti sampai ia siap.

11. Bawa keluar album keluarga anda. Cuba kenang apa yang terjadi pada hari itu.

Idea keluar dating #3 – Keluar!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

12. Pergi shopping, tapi bukan dengan cara biasa. Cuba cabar pasangan untuk beli sesuatu yang cantik dengan harga murah. Siapa yang dapat beli benda paling cantik dan murah akan menang.

13. Pergi berkelah, yeahhh!

14. Naik bus dan jelajahi satu bandar. Berlakon seperti pelancong sekejap.

15. Sama-sama menjelajahi kehijauan. Anda boleh pergi taman bunga atau zoo.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

16. Pergi lihat bintang sambil makan buah strawberi.

Idea keluar dating #4 – Sesuai dibuat pada hujung minggu

17. Kosongkan jadual hujung minggu anda. Pilih filem yang best dan tengok semuanya sambil cuddling

18. Tempah hotel mewah untuk minggu ini. Tak apa jika sekali-sekala nak “memanjakan diri” kalian.

19. Pergi ke pantai dan berbaring di sana sambil menikmati hembusan angin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

20. Pergi melawat tempat yang di luar bandar.

21. Naik kapal cruise di Penang!

Idea keluar dating #5 – Idea selepas kerja

22. Jalan-jalan di bandar atau pantai sambil berpegangan tangan. Nikmati panorama yang boleh menenangkan.

23. Buat temujanji di spa untuk urutan.

24. Ataupun anda suruh pasangan urut anda. Ambil giliran, nanti anda urut pasangan pula. Boleh jimat duit!

25. Pergi tempat mana anda keluar dating pertama kali dulu.

26. Pergi ke tempat di mana suami melamar isteri.

Idea keluar dating #6 – Spontan!

27. Tempah tiket ke mana-mana negara dalam Asia yang anda nak pergi sangat. Jangan buat rancangan banyak sangat. Biar kreativiti anda berjalan.

Idea keluar dating #7 – Suami isteri buat benda sama-sama

28. Cipta satu hobi sama-sama. Mungkin masuk kelas menari, atau kelas melukis atau main sukan baru?

29. Masuk kelab kesihatan dan work out sama-sama. Jaga kesihatan!

30. Bersihkan rumah sama-sama. Kumpul barang yang boleh diderma.

31. Lawat rumah anak yatim atau rumah orang tua. Derma makanan, duit atau barangan terpakai.

32. Bersembang dengan pasangan menggunakan Skype (ini kalau anda kerja)

Idea keluar dating #8 – Manjakan diri anda dan pasangan

33. Isteri, cipta satu hari sebagai “His Day“. Pada hari itu, anda perlu melayan suami ibarat raja. Ikut semua kehendaknya.

34. Suami, cipta satu hari sebagai “Her Day“. Pada hari itu, anda akan melayan isteri ibarat permaisuri. Pastikan dirinya gembira.

35. Buat kejutan dengan menyediakan breakfast in bed. Masak makanan kegemaran pasangan.

36. Beli sesuatu yang pasangan nak sangat beli, tapi tak beli-beli. Lihat bagaimana dia akan terkejut dan menghargainya.

37. Suami, buat kejutan pada isteri dengan memberinya coklat dan bunga pada hari biasa. Jika dia tanya kenapa, cakap “saja”.

38. Isteri, buat kejutan pada suami dengan memasak hidangan yang banyak dan enak pada hari biasa. Jika dia tanya kenapa, cakap “saja”.

39. Mandi dalam tab mandi dengan kelopak-kelopak bunga.

Idea keluar dating #9 – Aktiviti lasak sikit yang mengujakan!

40. Pergi jogging dengan pasangan.

41. Jangan takut lagi. Cuba sukan lasak seperti bungee jumping, motor racing dan ziplining.

42. Sertai larian untuk mengumpul dana.

43. Pergi taman tema dan naik rides yang anda. Siapa paling berani naik rides yang “gila” akan menang.

44. Main video game sama-sama. Mungkin kalian boleh melawan satu sama lain!

Idea keluar dating #10 – Berpendidikan dan melibatkan budaya

46. Pergi tonton teater atau pergi ke konsert yang anda dan pasangan ingin pergi.

47. Mengejar ilmu itu tiada penghabisannya. Apa kata kalian pergi perpustakaan?

48. Pergi ke pameran seni. Cuba jadi pengkritik seni pada hari itu. Bincang pandangan kalian.

49. Lawat muzium dan belajar tentang budaya.

50. Pergi ke Taman Sains dan belajar sains bersama-sama. Tak salah pun, kan!

Apa pendapat anda? Ingin cuba mana-mana idea keluar dating yang kami senaraikan ini? Kami harap anda akan terhibur dengan aktiviti dating yang anda pilih. Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Karen Mira. Artikel ini telah mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: Suami, Ajaklah Isteri Untuk Berbulan Madu Kedua Bagi Hangatkan Kembali Rasa Cinta

Baca juga: 5 Sebab Kenapa Mekah & Umrah Harus Jadi Pilihan Honeymoon Pasangan Baru Kahwin

Baca juga: 12 Hari Suami Hilangkan Diri, Luluh Hati Bila Jumpa Gambar Bulan Madu Isteri Baharu 

Penulis

Ayu Idris