Idea Snacking Bayi 9 Bulan Ke Atas, Penuh Khasiat & Membantu Naikkan Berat Si Manja

undefined

Snacking yang sedap dan berkhasiat ini sesuai untuk bayi berusia 9 bulan ke atas. Ibu-ibu wajib cuba kerana ia membantu naikkan berat bayi

Menjadi seorang ibu menjadi perkara yang sangat menyeronokkan. Tambahan pula, jika anda gemar memasak. Dengan kehadiran cahaya mata, pasti anda boleh mencuba pelbagai resepi baharu untuk memberi si manja beberapa jenis snacking yang sedap!

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Senarai idea snacking yang sedap untuk anak berusia 9 bulan
  • Kebaikan memperkenalkan anak makanan berperisa

Apabila bayi mula menginjak 6 bulan, maka ibu-ibu boleh memperkenalkan si manja dengan pelbagai jenis makanan, bermula bubur kosong, puri buah-buahan atau sayuran.

Semakin usia bayi meningkat, semakin banyaklah resepi-resepi yang boleh para ibu cuba bagi memperkenalkan si manja dengan makanan pejal yang pelbagai.

Senarai idea snacking yang sedap untuk anak berusia 9 bulan

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa idea dan resepi snacking yang sedap bagi si manja anda, khas untuk mereka yang berusia 9 bulan!

Tetapi, idea-idea ini juga boleh diguna pakai bagi kanak-kanak kecil yang menginjak setahun ke atas juga.

Kadang-kala, sebagai seorang ibu, kita pasti akan berasa risau jika anak enggan makan sehingga kenaikan berat badan juga terjejas.

Ibu akan mula fikir bahawa anak kekurangan zat dan nutrisi, apatah lagi sekiranya si manja tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa badannya mula membesar.

Seorang ibu, Marsya Marissa, telah berkongsi idea snacking yang sedap untuk bayi berusia 9 bulan. Paling penting, ia sangat mudah dan penuh khasiat!

#1) Kuih lapis labu

makanan bayi 9 bulan

Bahan yang diperlukan:

  • Santan
  • Tepung beras
  • Tepung jagung
  • Tepung gandum
  • Labu yang dikukus

Cara penyediaan:

  • Labu yang telah dikukus boleh dikisar atau dilenyekkan sehingga lumat
  • Campurkan tiga jenis tepung ke dalam mangkuk yang besar
  • Panaskan santan sehingga suam-suam kuku sudah mencukupi
  • Bahagikan santan kepada dua bahagian, satu bahagian dicampurkan tepung dan satu bahagian lagi dicampurkan dengan buah labu
  • Kukus selapis demi selapis dengan api sederhana selama 5 minit
  • Untuk lapisan terakhir, pastikan dikukus selama 20-25 minit
  • Tuangkan adunan sehingga menjadi kuih lapis

#2) Bebola kentang berkeju

snacking bayi 9 bulan

Bahan yang diperlukan:

  • Labu
  • Oat
  • Kacang hijau
  • Kentang
  • Lobak
  • Krim keju
  • Serbuk ikan bilis
  • Serbuk ayam
  • Tepung jagung
  • Serbuk roti

Cara penyediaan:

  • Didihkan kentang sehingga lembut, dan lumatkan ia
  • Campurkan kacang hijau, lobak, serbuk ikan bilis, serbuk ayam, krim keju, oat dan labu ke dalam kentang yang telah dilumatkan. Gaulkan.
  • Kemudian, jadikan campuran kentang dan sayur-sayuran tadi dalam bentuk bebola
  • Taburkan sedikit tepung ke atas bebola kentang tersebut dan lumurkan dengan serbuk roti
  • Masak menggunakan penggoreng udara untuk mengelakkan si manja memakan makanan yang terlalu berminyak

#3) Gravy ayam berkrim keju dengan sos labu

makanan bayi 9 bulan

Bahan yang diperlukan:

  • Susu penuh krim
  • Krim keju
  • Mentega
  • Ayam
  • Bawang putih dan merah
  • Labu
  • Brokoli
  • Serbuk ayam
  • Serbuk keju
  • Tepung jagung

Cara penyediaan:

  1. Panaskan kuali menggunakan mentega dan tumiskan bawang-bawang dan masakkan ayam (ayam boleh juga dimasukkan kemudian)
  2. Didihkan susu penuh krim, dan masukkan krim keju setelah susu mendidih
  3. Kemudian anda boleh memasukkan labu dan brokoli yang telah dipotong
  4. Tambahkan sedikit serbuk ayam untuk perasa, dan serbuk keju serta tepung jagung untuk memekatkan kuah. Kuah juga boleh dinikmati bersama kentang putar

#4) Pankek oat dengan avokado

snek bayi 9 bulan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Telur 1 biji
  • Susu full cream
  • Buah avokado
  • Unsalted butter
  • Oat
  • Tepung gandum
  • Susu formula

Cara penyediaan:

  1. Campur dan kisar sehingga sebati semua bahan di atas
  2. Panaskan kuali non stick, kemudian bentukkan adunan menjadi bulat
  3. Terbalikkan pankek dan siap masak bolehlah hidang untuk si manja anda!

Kebaikan memperkenalkan anak makanan berperisa

Ramai para ibu yang risau hendak berikan si manja makanan yang berperisa. Namun, dalam resepi yang dikongsi di atas, terdapat beberapa bahan untuk menambahkan perasa pada makanan seperti serbuk ayam dan serbuk ikan bilis.

Tidak salah untuk memperkenalkan si manja dengan makanan yang mempunyai perasa supaya kelak, apabila si manja membesar, mereka tidak akan berasa kekok dengan makanan-makanan yang penuh perisa.

Si manja anda juga akan lebih berselera apabila makananya berperisa, dan anda pun akan senang hati apabila melihat berat badan dan tubuh si manja mula naik!

Jadi, apa tunggu lagi? Bolehlah anda mencuba idea-idea resepi yang telah dikongsikan di sini hari ini!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Makanan Bayi 8 Bulan Yang Mudah & Sedap Seperti Orang Dewasa, Ibu Jom Cuba!

Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Baca juga: Idea Makanan Bayi 7 Bulan Bergoreng & Tumis, Ibu Jangan Risau Si Manja Pasti Suka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!