Labu Boleh Buat Bayi Tidur Lena Tau, 3 Resepi Makanan Berasaskan Labu Ibu Boleh Cuba!

Labu Boleh Buat Bayi Tidur Lena Tau, 3 Resepi Makanan Berasaskan Labu Ibu Boleh Cuba!

Khasiat labu untuk bayi sangat banyak antaranya mengurangkan sembelit bayi. Makanan yang diberikan kepada bayi akan mempengaruhi corak moodnya setiap hari.

Jangan tak tahu ya, makanan yang diberikan kepada bayi akan mempengaruhi corak moodnya setiap hari. Malah lena atau tidak tidurnya pun boleh dipengaruhi oleh makanan. Khasiat labu untuk bayi sangat banyak antaranya mengurangkan sembelit bayi.

Ada yang kata labu ini berangin jika tidak kena dengan perut bayi, tetapi ia adalah sayur berserat yang sangat baik untuk mengubati sembelit bayi yang membuatkannya tidur lena!

Pernahkah anda cuba beri bayi anda makan labu? Dan adakah anda pernah tahu khasiatnya? Tidak salah untuk anda tukar-tukar corak pemakanan bayi anda, supaya mereka terbiasa dengan kepelbagaian makanan.

Khasiat labu untuk bayi, ia boleh buat mereka tidur lena!

Khasiat labu

Menurut Aisya Aziz,banyak khasiat labu yang selama ini mungkin ramai ibu-ibu tidak tahu. Labu adalah antara makanan favourite yang akan tersenarai dalam diet bayi. Ia sesuai dijadikan puri, dilenyek kasar atau dibuat bubur, malah ia juga boleh diberi sebagai finger food untuk bayi yang dah ada gigi.

Selain itu, labu juga boleh diolah dalam pelbagai resepi makanan bayi yang sangat menyelerakan. Jadi, tak hairanlah labu sering menjadi pilihan makanan oleh ibu untuk bayi.

7 khasiat labu untuk bayi

Khasiat labu

Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.

#1. Bayi mudah terima

Kebanyakan bayi mudah menerima labu sebagai makanan pertama mereka. Ini kerana rasanya yang lemak manis dan tidak begitu kuat berbanding buah-buahan atau sayuran lain.

Selain itu, teksturnya amat lembut apabila dikukus atau dijadikan puri. Labu juga jarang menjadi penyebab alahan kepada bayi.

#2. Melancarkan pencernaan

Labu mempunyai kandungan fiber / serat serta karbohidrat kompleks yang bagus untuk melancarkan fungsi penghadaman bayi.
Pengambilan labu secara sederhana dapat membantu bayi membuang air besar dan turut mengelakkan sembelit.

#3. Meningkatkan kesihatan mata bayi

Warna kuning dan oren pada buah labu sebenarnya berasal dari komponen beta-karoten dan vitamin A yang berfungsi menjaga kesihatan mata bayi.

Selain itu, kehadiran lutein dan zeaxanthin pada labu kuning juga berguna untuk melindungi permukaan mata dan membran mata daripada jangkitan.

#4. Bagus untuk sistem pertahanan badan

Labu kaya dengan kandungan zat besi, asid folik, serta vitamin A, vitamin C, dan vitamin E yang merupakan antioksidan. Semua nutrisi ini berfungsi untuk memperkuatkan sistem pertahanan tubuh bayi.

#5. Membantu bayi tidur lena

Menurut The Baby Sleep Site, labu juga memiliki komponen unik yang digelar tryptophan yang membantu tubuh menghasilkan serotonin.

Serotonin berfungsi sebagai neurotransmitter iaitu sejenis bahan kimia yang dikaitkan dengan kegembiraan, rasa tenang dan relaks.
Kehadiran serotonin serta asid amino dalam labu dikatakan boleh menggalakkan bayi untuk tidur lebih lena!

#6. Menggalakkan kesihatan kulit bayi

Selain baik untuk mata, beta-karoten yang terkandung pada labu juga bertindak sebagai pelindung semulajadi pada kulit bayi.
Di samping itu, vitamin A dan vitamin C pada labu juga berperanan dalam proses pembentukan kolagen yang mengekalkan keanjalan dan kesihatan kulit bayi.

#7. Baik untuk pertumbuhan tulang yang kuat

Banyak lagi khasiat labu untuk bayi yang amat sesuai bagi perkembangan bayi. Kalsium dan magnesium menggalakkan tulang yang kuat, zat besi membantu pembentukan sel darah merah, manakala fosforus menggalakkan fungsi otak.

3 resepi berasaskan labu

#1. Puri labu, ayam, brokoli

Bahan-Bahan:

1 cawan isi labu
1/2 cawan brokoli
1 ulas bawang putih
50gm isi ayam
Minyak zaitun

Cara Memasak:

Potong labu bentuk dadu dan brokoli dipotong kecil.
Kukus labu bersama ayam, bawang putih dan brokoli hingga masak.
Kemudian kisar halus. Tuang sedikit minyak zaitun dalam puri sebelum dihidangkan.

#2. Labu panggang

Khasiat labu

Bahan-Bahan:

1 cawan isi labu
1 sudu besar minyak zaitun
Sedikit oregano kering

Cara Memasak:

Labu dipotong dadu, kemudian gaulkan dengan minyak zaitun dan oregano.
Panggang dalam ketuhar selama 5-10 minit.
Siap untuk disediakan sebagai makanan ringan atau snek ringan.

#3. Puri labu, kurma

Bahan-Bahan:

1 cawan isi labu
2 biji kurma

Cara Memasak:

Potong labu bentuk dadu dan hiris kurma.
Kukus labu hingga masak.
Kisar labu dengan kurma.
Sedia untuk dihidang.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Aisya Aziz, bubumcak.my

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Mana-mana pandangan dan pendapat di dalam artikel ini adalah peribadi dan tertakluk hanya pada pengarang, ia tidak mewakili theAsianparent atau klien.
Artikel(Cerita)
app info
get app banner