Terpaksa Berputih Mata, Ikan Arowana Berharga RM600 Digoreng Bapa!

Seorang lelaki dari Sukoharjo, Jawa Tengah ini, terpaksa pasrah kerana ikan arowana kesayangannya bernilai lebih RM600 digoreng bapanya!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap individu mempunyai hobi masing-masing. Antaranya termasuk memelihara haiwan eksotik seperti ikan Arowana yang harganya boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit.

Tetapi lain pula cerita lelaki dari Sukoharjo, Jawa Tengah ini, beliau terpaksa pasrah kerana ikan arowana kesayangannya yang dikatakan jenis ‘golden’ bernilai lebih RM600 digoreng bapanya!

Lebih memilukan, ketika kejadian, beliau tiada di rumah, hanya gambar dari adiknya menyampaikan perkhabaran tragedi menimpa ikannya. 

Ikan arowana sudah dijaga 4 tahun

Kredit foto: tribune news

Lelaki berkenaan, Bayu yang memuat naik status di laman Instagramnya berkata beliau sudah memelihara ikan berkenaan sejak empat tahun lalu.

Beliau membelinya pada harga 800,000 rupiah (RM242) ketika itu dan harga ikan arowana itu kini boleh mencecah 2 juta rupiah (RM600).

Disebabkan ikan itu sudah semakin membesar, beliau terpaksa memindahkannya ke akuarium di rumah bapanya di Solo kerana akuarium di rumahnya yang terletak di Cikarang bersaiz kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selama di rumah bapanya, ikan berkenaan juga tidak mendapat ‘layanan’ istimewa seperti ketika tinggal bersama Bayu.

Bapa tak larat jaga ikan arowana

Ikan itu yang sepatutnya diberi makan cengkerik atau cacing burung hanya diberi makan cicak. Ikan itu juga pernah ditimpa sakit sehingga matanya menjadi juling tetapi sudah dibawa menerima rawatan dan pulih seperti sedia kala.

Bapanya memberi alasan, sudah tidak larat menjaga ikan Arowana itu, dan penyelesaiannya adalah goreng saja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayu bagaimanapun berkata beliau pasrah dengan kejadian yang menimpa ikan kesayangannya kerana bukan dia yang menguruskan selama ia berada di Solo. 

Beliau turut memberitahu hanya bapanya saja yang menjamah ikan itu, ahli keluarga yang lain tidak memakannya. 

Spesies arowana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit foto: takmungkinbenar.blogspot

#1. Golden Arowana

Jenis ikan arowana paling bernilai. Jika di Malaysia anak ikan Golden Arowana boleh mencecah sehingga RM1,500 hingga RM2,500 seekor bagi saiz 3-5 inci. Tetapi ia adalah spesies ikan yang dilindungi. 

#2. Silver Arowana

Berwarna perak, spesies berasal dari hutan Amazon, Brazil. Amat tahan lasak, boleh membesar sehingga lebih 20 inci di dalam akuarium.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Green Arowana

Merupakan spesies Arowana tempatan yang paling murah. Ekornya ada sedikit warna kehijauan di sebalik warna perak di badannya. Boleh dibeli dengan harga sekitar RM120 ke bawah.

#4. Yellow-Tail Arowana

Berharga sekitar RM100 hingga RM180 seekor untuk saiz 2 hingga 3 inci.

#5. Pearl Arowana

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Spesies yang hampir sama dengan Green Arowana, cumanya ia berasal dari Australia

Garis panduan sebelum memilih haiwan peliharaan untuk anak 

#1. Bincang dulu dengan anak anda. Ketahui apa yang dia nak daripada seekor haiwan peliharaan ini.

#2. Tetapkan bajet. Untuk penjagaan, makanan dan sebagainya. 

#3. Periksa jika rumah anda sesuai untuk menempatkan haiwan ini. Ada haiwan memerlukan ruang yang kecil saja dan ada sebaliknya.

#4. Mulakan dengan haiwan yang mudah. Kucing atau anjing memerlukan banyak masa dan wang untuk menjaganya. Haiwan yang low-maintenance atau tak perlukan penjagaan sangat, boleh menjadi pengenalan kepada pengalaman menjaga haiwan peliharan.

Manfaat bela haiwan peliharaan kepada kanak-kanak

 

Kredit foto: happy parenting

#1. Ajar anak berdisiplin

Kanak-kanak akan belajar mengenai disiplin sepanjang memelihara haiwan kesayangan mereka. Haiwan ada waktu makan, tidur dan mandi. 

Dengan cara ini dapat membantu mereka mengetahui peraturan yang perlu diikuti sepanjang menjaga haiwan sekaligus dapat diterapkan dalam diri mereka!

#2. Menyemai erti tanggungjawab

Menjaga benda hidup memerlukan tanggungjawab. Perhatian dan penjagaan daripada individu yang membela mereka akan membangkitkan rasa tanggungjawab dalam kalangan kanak-kanak terutama semasa peringkat awal kehidupan mereka.

#3. Rangsang kemahiran motor

Interaksi dengan haiwan peliharaan akan membuatkan kanak-kanak bergerak lebih aktif dan cergas. Jika memelihara haiwan peliharaan, masa anak anda akan terisi dengan perkara lain selain daripada televisyen dan gajet.

Kanak-kanak juga akan terdorong untuk lebih banyak bergerak sekali gus dapat meningkatkan lagi kemahiran motor mereka.

#4. Rangsang kemahiran komunikasi dan interaksi

Ada anak yang suka bercakap sendiri dengan haiwan peliharaan mereka. Ini sedikit sebanyak melatih mereka untuk bercerita dan meluahkan apa yang dirasai. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: tribunenews,lobak merah,hijabnheels,hellodoktor,hasrulhasan

Baca juga: 

Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

Penulis

Lala Annuar