Para Suami Ingatlah, Berkahwin Bukan Sekadar Kenali Pasangan, Tetapi Kenali Diri Sendiri

Ilmu perkahwinan amat penting dalam menjalani hidup sebagai suami isteri. Kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab dan saling memahami

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lumrah hidup berumah tangga pasti penuh dengan cabaran dan dugaan. Namun begitu, ia boleh di atasi jika anda dan pasangan memiliki ilmu perkahwinan yang secukupnya bagi mengecapi kebahagiaan bersama.

Apa yang boleh anda baca daripada artikel ini?

  • Ilmu perkahwinan bahagia, suami isteri perlu mengenali diri sendiri

Dalam membina rumah tangga yang bahagia, kunci utama adalah dengan mengenali pasangan tetapi itu sahaja tidak mencukupi. Anda perlu juga belajar untuk kenali diri sendiri.

Ilmu perkahwinan bahagia, suami isteri perlu mengenali diri sendiri

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zaim Zin, dia mengatakan bahawa berkahwin bukan sekadar kenali pasangan, tapi kenali diri sendiri.

Godek purse isteri, terjumpa kad ni. Kami bernikah tahun 2009. Saya belajar banyak dari acik cantik yang bijak dan baik hati ni.

Ini antara enam pelajaran yang saya boleh kongsikan, mengenai belajar kenal diri sendiri, dari sudut pandang suami.

#1. Keluarga adalah sepenuh masa

Bila sudah berumah tangga, suami kena ingat bahawa keluarga bukan sekadar part time, tetapi ia adalah kerja sepenuh masa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suami yang bekerja selama 12 jam sahaja sudah stress, bayangkan si isteri yang harus menguruskan rumah serta menjaga anak selama 24 jam.

Oleh itu, suami kenalah ringankan tulang untuk membantu isteri. Jika begini, mereka pasti akan lebih menghargai serta menyayangi anda.

#2. Jadi pendengar yang lebih baik

Ada sesetengah suami yang menganggap mereka sudah menjadi pendengar yang baik untuk isteri mereka. Tetapi, menjadi pendengar yang baik bukan sekadar mengulangi semula apa yang dikatakan oleh isteri.

Untuk menjadi pendengar yang baik, anda harus memahami apa yang cuba disampaikan oleh isteri kerana sudah menjadi lumrah bila wanita bercakap, mereka punya banyak lapisan.

Jadi, suami kenalah kupas satu persatu lapisan yang si isteri sampaikan. Itu baru namanya pendengar yang baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. ‘Me time’ isteri lain daripada suami

Lelaki kalau ada masa rehat mesti akan buat hobi yang diminati atau tidur. Namun berbeza dengan masa rehat si isteri. Walaupun sedang berehat, isteri masih tetap bersama dengan anak atau melakukan kerjanya.

Seperti yang dikongsikan menerusi laman Faccebook ini, isteri lebih suka luangkan masanya bersama keluarga. Sebagai contoh, suami tolong jagakan dan uruskan anak ketika isteri ada bersama.

#4. Tidak semua masalah isteri perlukan penyelesaian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila isteri bercerita, suami janganlah cepat nak berkerut muka.

Ada masanya isteri bercerita bukan bermakna dia inginkan anda carikan penyelesaian. Mereka sekadar mahu suami untuk mendengar dan memahami apa yang mereka alami. Itu sahaja.

#5. Tidak boleh selalu menang

Ini yang sering berlaku bila pasangan suami isteri bergaduh. Tidak mahu mengalah dan selalu ingin menang.

Dalam perkahwinan, fokus gaduh bukanlah tentang siapa salah atau betul tetapi lebih kepada tindakan kita yang akan beri kesan kepada perasaan pasangan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menerusi perkongsian laman Facebook ini, bila suami isteri bergaduh, apa yang perlu dilakukan adalah mencari solusi agar tidak lagi bergaduh akan perkara yang sama.

Bergaduh itu sebenarnya buat anda mengenali pasangan dan mereka juga akan mengenali diri anda. Bila bergaduh, tiada siapa salah. Yang penting, anda dan pasangan belajar daripada kesilapan bersama.

#6. Rasa selfish? Zoom out!

Ada masanya suami ingin luangkan masa untuk diri sendiri dan anda mungkin tidak mahu diganggu ketika ini.

Tetapi, ada kalanya, isteri mungkin memerlukan bantuan suami, maka, dia terpaksa mengganggu masa anda. Waktu ini, janganlah ditengking isteri tu, sebaliknya cuba faham akan keadaanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Isteri mungkin rasa letih dan stress dan amat memerlukan bantuan suami, Suami kenalah zoom out untuk tengok pandangan yang lebih besar. Elakkan daripada fokus pada diri sendiri sahaja. Tengok keadaan sekeliling.

Sentiasa ingat komunikasi itu penting untuk membina rumah tangga yang lebih bahagia serta aman.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 3 Kesilapan UTAMA Dalam Berumah Tangga, Jom Ubah Sebelum Terlambat!

Baca juga: Suami Isteri Asyik Bergaduh Setiap Hari? Ini 5 Cara Tangani Konflik Rumah Tangga Dengan Aman

Baca juga: 10 Kunci Rumah Tangga Bahagia Pasangan Lama Berkahwin Amalkan, No#7 Paling Penting!

Penulis

Nur Sofea