9 Indoor Playground Sekitar Lembah Klang Untuk Si Manja Bermain Sepuasnya

Jauh dari panas terik, indoor playground sangat bagus untuk anak-anak memanjat, merangkak dan berlari sepuasnya sambil ibu ayah menemani.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau sebelum ini destinasi hujung minggu anda bersama anak-anak mestilah ke pantai, taman permainan atau zoo namun cuaca yang tidak menentu sekarang yang kadang-kala panas terik, kadang-kala hujan dan ribut membuatkan ada segelentir ibu ayah yang buntu ke mana mereka boleh luangkan masa bersama anak-anak. Pernah tak anda dengar tentang indoor playground?

Ada banyak pilihan indoor playground yang kini muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan kebelakangan ini di sekitar Lembah Klang ekoran permintaan yang tinggi selepas tamatnya musim PKP dan Covid yang melanda negara beberapa tahun yang lalu.

Jauh dari panas terik, indoor playground sangat bagus untuk anak-anak kecil memanjat, merangkak dan berlari sepuas-puasnya, sambil anda duduk dibawah pendingin hawa dan memerhatikan mereka sehingga kehabisan bekalan tenaga.

Terlupa nak bawa payung atau pelindung matahari untuk anak anda? Tiada masalah asalkan anda tidak lupa stokin anak-anak anda!

Bagi anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang, jangan lepaskan peluang untuk pergi ke indoor playground yang terletak di dalam bangunan yang telah kami cadangkan ini.

Jadi, tak perlu risau dengan cuaca yang tidak menentu. Pastikan anda mengikut panduan SOP yang telah ditetapkan sebelum masuk ke dalam.

Indoor Playground Untuk Kanak-Kanak

1. Jungle Gym

Jungle Gym adalah indoor playground yang besar, mungkin salah satu yang terbesar di kawasan itu. Dengan struktur permainan utama yang begitu besar, anak-anak kecil boleh memanjat dan merangkak melalui terowong, meneroka gelongsor yang berbeza, menembak bola span dengan senapang angin, bermain dengan bola melenting dan banyak lagi.

Selain itu terdapat juga sebuah bilik wayang dan kawasan permainan untuk anak-anak yang lebih besar serta turtu menawarkan mini-merry-go-round, gelongsor dan ball-pit.

Kawasan permainan yang berbeza memenuhi kumpulan umur yang berbeza, bukan sahaja menyediakan senaman fizikal yang baik tetapi juga senaman mental untuk si kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lokasi :

  • Atria Shopping Gallery
  • Bangsar Shopping Centre
  • Kl East Mall
  • Sky Avenue Genting

Waktu operasi :

Isnin hingga Ahad : 10 pagi – 7 petang

Harga masuk :

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hari minggu
Bayi (bawah 2 tahun) : RM25
Kanak-kanak (atas 2 tahun) : RM48
Penjaga : RM 10

Hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah
Bayi (bawah 2 tahun) : RM35
Kanak-kanak (atas 2 tahun) : RM66
Penjaga : RM 10

2. Superpark Malaysia

Di SuperPark, anda boleh menyertai keseronokan bersama anak anda. Terdapat tiga ruang bertema, Kawasan Pengembaraan, Kawasan Permainan dan Dewan Gaya Bebas, SuperPark mempunyai pelbagai aktiviti yang memenuhi kumpulan umur dan minat yang berbeza.

Di Kawasan Pengembaraan, terdapat Trek Kereta Pedal, Trek Ninja, Gelongsor Tiub, Gim Kanak-Kanak dan banyak lagi. Tykes kecil yang sporty akan menyukai Kawasan Permainan di mana mereka boleh terlibat dalam permainan seperti boling, bola keranjang, besbol dan bola sepak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dewan Gaya Bebas ialah tempat anda akan menemui lubang buih, dinding panjat, trampolin dan gelanggang luncur ais sintetik. Dengan begitu banyak yang perlu dilakukan, tidak hairanlah masa berlalu begitu saja tanpa anda sedari.

Lokasi :

Avenue K Shopping Mall

Waktu operasi :

Selasa – Ahad (tutup setiap Isnin): 10 pagi – 7.30 petang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Harga masuk :

Hari minggu (Selasa – Khamis): Dari RM53
Hujung minggu (Jumaat – Ahad): Dari RM48

3. Little Pirates Playland

Little Pirates Playland ialah taman permainan dalaman yang direka untuk kanak-kanak meneroka, bermain dan belajar dalam persekitaran yang selamat dan merangsang. Indoor playground ini adalah destinasi yang sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak kecil.

Taman permainan ini menampilkan pelbagai aktiviti interaktif dan pendidikan, termasuk lubang bola, dinding panjat mini, trampolin dan kawasan permainan lembut untuk kanak-kanak.

Taman permainan ini juga menampilkan pelbagai kawasan main peranan, termasuk kapal lanun, pasar raya, dan dapur, yang membolehkan kanak-kanak menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka.

Lokasi :

Pavillion Bukit Jalil

Waktu operasi :

Isnin – Ahad : 10 pagi – 8 malam

Harga masuk :

Hari minggu
Bayi (bawah 1 tahun) : Percuma
Kanak-kanak : RM39
Penjaga : RM 10

Hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah
Bayi (bawah 1 tahun) : Percuma
Kanak-kanak : RM55
Penjaga : RM 10

4. Parenthood Playland

Biarkan putera dan puteri kecil anda menjalani impian fantasi utama mereka semasa mereka melangkah ke alam ajaib istana ini. Ini adalah taman permainan dalaman bertemakan London dengan struktur taman permainan seperti istana, sesuai untuk anak-anak kecil meneroka dan memerintah kerajaan mereka sendiri.

The Parenthood juga direka bentuk untuk menjadi hab sehenti yang menyediakan aktiviti edutainment untuk seisi keluarga. Berehatlah di salah satu daripada banyak kafe mereka sambil anak-anak meneroka gelongsor berwarna-warni, lubang bola, trampolin mini dan banyak lagi. Kanak-kanak yang lebih besar juga boleh beraksi dengan flying fox dan dinding panjat, atau bermain beberapa permainan video di zon konsol Xbox.

Lokasi :

Sunway Pyramid West,  Sunway Putra Mall, MyTOWN Shopping Centre, Melawati Mall, Central i-City dan Toppen Shopping Centre 

Waktu operasi :

Isnin – Ahad : 10 pagi – 10 malam

Harga masuk untuk cawangan MyTOWN Shopping Centre, Melawati Mall, Central i-City  :

Hari minggu

Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : RM19.50
Kanak-kanak (2 – 12 tahun) : RM19.50
Penjaga : Percuma untuk seorang, tambahan penjaga RM5

Hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah

Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : RM19.50
Kanak-kanak (2 – 12 tahun) : RM39
Penjaga : Percuma untuk seorang, tambahan penjaga RM5

5. Dreamworld Playland

Indoor playground Putrajaya menawarkan kepada bayi dan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun dalam persekitaran yang menyeronokkan, sihat dan selamat. Ia adalah ruang yang disertai orang dewasa di mana kanak-kanak boleh belajar melalui bermain, penerokaan, melihat dan berfikir. Menggabungkan pendidikan dan hiburan mempunyai kesan yang mendalam terhadap perkembangan motor, kemahiran sosial dan interaksi kanak-kanak.

Lokasi :

IOI City Mall, Putrajaya

Waktu operasi :

Harga masuk :

Hari minggu

Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : RM20
Kanak-kanak (2 – 12 tahun) : RM45
Penjaga : Percuma untuk seorang, tambahan penjaga RM5

Hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah

Kanak-kanak (bawah 2 tahun) : RM25
Kanak-kanak (2 – 12 tahun) : RM55
Penjaga : Percuma untuk seorang, tambahan penjaga RM5

6. Starship Galatica

Jika anda sering berkunjung ke 1 Utama Shopping Centre, jangan lupa singgah di One Utama playground yang terbesar, Starship Galatica. Taman permainan 3 tingkat ini adalah tempat yang paling sesuai untuk kanak-kanak meneroka dan bermain dengan pelbagai permainan dari yang kecil sehingga permainan ball pits yang menyeronokkan!

Yang paling menarik, di sini turut disediakan kafe untuk ibu bapa duduk berehat dan bersantai melihat anak-anak riang bermain sambil menikmati secangkir kopi. 

Lokasi :

1 Utama Shopping Centre, City Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

Waktu Operasi:

Ahad – Khamis: 10.00 pagi – 10.00 malam

Jumaat & Sabtu: 10.00 pagi – 10.30 malam

Harga masuk:

Hari minggu

Kanak-kanak (1-6 tahun) : RM39

Hujung minggu/cuti umum/cuti sekolah

Kanak-kanak (1-6 tahun) : RM33

Tiket Dewasa/Penjaga (17 tahun ke atas): Hanya boleh didapati di kaunter tiket pada harga RM8.

7. Kiddytopia Playground

Berikan anak anda bermain sepuasnya di Kiddytopia, taman permainan mesra keluarga yang pasti mereka suka! Dengan konsep ruang terbuka yang luas dan dipenuhi dengan mainan, ini juga merupakan salah satu pilihan IOI City Mall playground yang sesuai untuk bermain bersama dengan ibu bapa atau penjaga. 

Usah risau tentang keselamatan kerana kakitangan disini sangatlah mesra dan sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan, memantau peraturan keselamatan dan memastikan persekitaran sentiasa bersih sepanjang masa. 

Pas kemasukan ke Kiddytopia adalah One Day Pass ataupun Pas Sehari yang mana anak-anak anda boleh keluar dan masuk tanpa had dalam masa sehari.

Lokasi :

IOI City Mall, Putrajaya

Waktu Operasi:

Setiap hari: 10 pagi-10 malam

Harga masuk:

Hari Minggu 

2 Tahun Ke Atas – RM45

2 Tahun Ke Bawah – RM20

Hujung Minggu

2 Tahun Ke Atas – RM55

2 Tahun Ke Bawah – RM25

8. AJ Wonderland Cyberjaya

AJ Wonderland yang terletak di Tamarind Square, Cyberjaya menjanjikan kepuasan yang maksimum. Ada pelbagai jenis mainan seperti slide, zipline, trampoline, wall climbing dan banyak lagi. 

Taman permainan ini turut disediakan fasiliti lengkap seperti surau, tandas dan kemudahan wifi. Jika anda mahu mengadakan sebarang acara istimewa untuk si manja, datanglah ke AJ Wonderland Cyberjaya beramai-ramai.

Jangan lupa bawa sekali stokin masing-masing sebelum melakukan sebarang aktiviti.

Lokasi :

Tamarind Square, Cyberjaya

Waktu Operasi:

Isnin: Tutup

Selasa-Khamis: 2 – 7 petang

Jumaat: 2 petang – 9 malam

Sabtu & Ahad: 10 pagi – 10 malam

Harga masuk:

Hari Minggu 

1-2 tahun: RM15

3-12 tahun: RM 20

Hujung Minggu

1-2 tahun: RM 20

3-12 tahun: RM 25

9. Paradigm playground

Anak sukakan aktiviti lasak? Datanglah ke Paradigm playground untuk menguji ketahanan mental dan fizikal kanak-kanak. Taman permainan dalaman ini berbeza dengan yang lain kerana sarat dengan aktiviti yang direka khas untuk pertumbuhan dan perkembangan si kecil. Mereka boleh bermain sambil belajar.

Ia menawarkan permainan yang sesuai untuk mereka yang berusia 3 hingga 15 tahun. Mereka boleh pilih antara aktiviti aktif seperti Tiger Cub Road, Puzzle Land yang mengasyikkan atau interaktif DI dalam Milky Way PlaySpace..

Atau ketiga-tiganya sekali!

Manakala, bagi kanak-kanak yang lebih besar dan orang dewasa pula boleh menikmati teknologi seperti 9D VR Coaster yang membawa anda mengembara ke dunia lain. 

Lokasi :

First Cube, First Floor, Paradigm mall PJ.

Waktu Operasi:

Isnin- Ahad: 10 pagi – 10 malam

Harga masuk:

Tertakluk kepada jenis permainan yang dipilih

Tambahan RM5 untuk stokin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Anak Suka Bermain Sambil Belajar, Ibu Berilah Kebebasan Supaya Otak Berkembang!

Baca juga : 10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

Baca juga : Jangan Marah Anak Kuat Bermain! Ia Membantu Pembesaran & Pembelajaran Mereka – Kajian

Penulis

Nursyamimi