Doktor Pesan Beri Anak Banyak Minum Air Putih, Makan Buah: Elak Simptom Teruk Influenza A

Influenza A dilihat makin mengganas sehingga menimbulkan kerisauan. Doktor pesan beri anak minum air putih & makan buah-buahan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kes jangkitan influenza A yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat kini menimbulkan kebimbangan bukan saja kepada ibu ayah malah juga para doktor.

Doktor antara barisan hadapan yang menerima pertambahan pesakit dijangkiti influenza saban hari meluahkan rasa kerisauan mereka dengan perkembangan yang tidak memberangsangkan ini.

Influenza A dan B bawa simptom teruk, sangat berisiko pada kanak-kanak

Menerusi perkongsian seorang doktor, Dr Hannani Kamarudi, beliau meluahkan rasa risaunya dengan keadaan ketika ini. Perkongsian sedikit sebanyak memberi peringatan serta panduan kepada ibu ayah untuk menghadapi gelombang jangkitan ini. 

Ikuti perkongsiannya: 

Sangat-sangat merisaukan. Keadaan sekarang sangat-sangat merisaukan. Kanak-kanak yang demam, yang datang ke klinik, dengan suhu badan 39 darjah selsius, 40 darjah selsius, dan influenza A positif.

Mungkin wave akibat raya haritu (sebelum ini).

Saya tengok kalau kena Covid-19, simptom tak seteruk influenza. Influenza teruk betul. Bagi ubat demam tak turun-turun suhunya. Panas, kering. Sangat-sangat berisiko.

Bahaya virus influenza, ibu kena beri anak minum air putih, makan buah & sup

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam perkongsian itu juga, difahamkan beliau memaklumkan stok ubat Malaysia ketika ini sangat-sangat genting. Yang mana ubat cecair kebanyakannya tiada stok.

Lebih menyedihkan di Malaysia stok ubat sangat-sangat genting. Ubat cecair kebanyakannya dah takda stok. Even daripada supplier besar sekali pun. Ia sangat merisaukan.

Sama-sama kita jaga anak kita. Kalau boleh, tak perlu pergi ke tempat ramai dulu kalau demam sikit-kita terus bagi ubat demam, pujuk dia minum air putih, buat sup, bagi banyak buah-buahan. jangan bagi ubat aneh yang bukan dari doktor. Saya risau. 

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan supaya elak bawa anak ke tempat ramai ketika ini. Selain itu, sekiranya demam, terus beri ubat demam kepada anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu ayah juga dinasihatkan beri anak minum banyak air putih untuk kekal terhidrat, selain beri mereka makan banyak buah-buahan, serta sup berkhasiat.

Selain itu, harus dielakkan pemberian sebarang ubat yang bukan daripada preksripsi doktor pakar bagi mengelak anak keracunan ubat dan sebagainya.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Air Lemon Madu+Saffron Sebagai Ikhtiar Influenza, Musim Ramai Demam & Tidak Sihat

Baca juga: Lepas HFMD, Doktor Minta Ibu Waspada Musim Demam Influenza, Ramai Anak Jatuh Sakit!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Anak Mudah Penat & Demam Bila Bermain, Doktor Pesan Ibu Waspada Tanda Kekurangan Zat Besi

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar