Risau Penularan Virus Influenza, Ini 5 Klinik Yang Menyediakan Vaksin Influenza Sekitar KL & Selangor

Penularan wabak influenza yang melanda seluruh Malaysia amat membimbangkan. Ibu ayah, segera dapatkan suntikan influenza di klinik-klinik ini!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini, isu peningkatan kes influenza Malaysia telah melanda kebanyakan negeri di seluruh negara.

Influenza Malaysia adalah jangkitan yang berlaku pada bahagian hidung, tekak dan paru-paru yang disebabkan oleh virus influenza.

Kes influenza paling banyak dikesan membabitkan golongan kanak-kanak kerana sistem imunisasi tubuh kanak-kanak lebih rendah berbanding orang dewasa.

Jumlah pesakit dengan simptom influenza Malaysia ini dikatakan semakin meningkat dan telah mencatatkan kematian dua orang kanak-kanak setakat ini.

Laporan oleh Harian Metro mendapati baru-baru ini beberapa klinik swasta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mula mengalami kekurangan stok bekalan vaksin ekoran permintaan yang berganda dari masyarakat setempat

Hal ini terjadi kerana kesedaran masyarakat yang segera membawa anak mereka apabila kelihatan ada simptom penyakit influenza ini.

Klinik yang menyediakan suntikan influenza Malaysia

foto: Free Malaysia Today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Suntikan vaksin influenza Malaysia perlu diambil bagi mencegah sebarang risiko menyerang wabak yang menjejaskan kesihatan anda dan keluarga.

Pastinya rata-rata ibu ayah sedikit keliru untuk mendapatkan klinik yang membekalkan vaksin influenza ini. Harga bagi setiap suntikan vaksin untuk influenza ini pula adalah sekitar RM60 sehingga RM100 sahaja.

Antara klinik perubatan yang menyediakan keperluan suntikan Influenza adalah:

#1. Klinik Alam Medic (Kelana Jaya)

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

foto: mypositiveparenting

Klinik ini adalah klinik Perubatan Keluarga dan FOMEMA yang terkenal dalam kalangan masyarakat sekitarnya.

Alamat klinik ini ialah No. 13-G, Block 13, PJ21, Jalan SS 3/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor.

Ia mula beroperasi sejak tahun 2014 dan memiliki doktor yang boleh membantu anda kerana kebolehannya bertutur dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Tamil iaitu Dr. Rency Daniel.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Klinik ini boleh diakses dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu terdapat stesen bas di Pangsapuri PKNS hanya 100 meter sahaja.

Bagi anda yang mempunyai kesuntukan masa, jangan risau kerana klinik ini dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam.

Jika anda berminat, anda boleh terus menghubungi di talian 03-7865 8080 bagi butiran lanjut dan sebarang pertanyaan

Antara perkhidmatan yang disediakan berkaitan dengan Influenza ialah Vaksin H3N2 dan Vaksin Selsema Babi H1N1.

#2. Klinik Chew (Chew Clinic)

Ia merupakan klinik Perubatan Keluarga dan FOMEMA. Klinik ini ditubuhkan sejak 6 tahun lepas dan lokasinya terletak di kawasan perumahan Bandar Bukit Raja di Selangor.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Lokasinya adalah No. 11, Jalan Rodat 1 KU/5, Bandar Bukit Raja, 41050 Klang, Selangor. Klinik ini terlteka bertentangan dengan Columbia Asia Klang dan bersebelahan dengan 99 Speedmart.

Pengamal Perubatan Am yang bertugas disini ialah Dr. Chew Siau Hui yang mendapat kelayakan Sarjana Muda Perubatan dari luar negara.

Sekiranya anda mencari vaksin Influenza dengan harga yang berpatutan, anda boleh memilih Klinik ini.

Ia dibuka setiap hari dan pelbagai perkhidmatan Vaksin Influenza tersedia di sini termasuklah H3N2 dan Vaksin Selsema Babi H1N1.

Sebarang pertanyaan ibu ayah boleh terus menghubungi Klinik Chew di talian 03-3359 7290

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Klinik Baiduri

foto: pa&ma

Klinik ini telah dibina sejak tahun 2017. Ia merupakan klinik Perubatan Keluarga dan FOMEMA di pusat bandar Perdana Business Centre.

Lokasinya adalah di 21-1 Jalan PJU 8/5D, Perdana Business Centre, Bandar Damansara Perdana, Petaling Jaya.

Doktor yang bertugas disini ialah Dr. Rajes Babu a/l Sethu Narayanan. Beliau mempunyai kepakaran perubatan hampir 12 tahun.

Klinik Baidura dibuka setiap hari kecuali hari Ahad bermula jam 9 pagi hingga 9 malam.

Antara rawatan khas yang ditawarkan di sini ialah perkhidmatan Vaksin Influenza termasuklah Vaksin H3N2 dan Selsema Babi H1N1.

Ibu ayah juga boleh memeriksa butiran rawatan klinik pada talian 03-7710 5211 dan bertanyakan lebih lanjut mengenai jenis rawatan yang ditawarkan di Klinik Baiduri ini.

#4. Qualitas Health Klinik Keluarga Bandar Botanic

Klinik ini terkenal dengan servis vaksin Influenza dengan harga yang mampu milik. Ia dikendalikan oleh doktor yang berpengalaman hampir 7 tahun dalam bidang perubatan.

Dr. Suresh Rao s/o Rengrama Moorthi memilik kelayakan Sarjana Muda Perubatan, Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Universiti KLE, India.

Klinik ini terletak di 26 Jalan Palma Raja 1, Bandar Botanic, Klang. Ia ditubuhkan sejak tahun 2017 dan menerima pelbagai maklum balas positif dari para pelanggan.

Qualitas Health Klinik Keluarga Bandar Botanic dibuka pada setiap hari seawal jam 9.30 pagi sehingga 9.30 malam (hari biasa) dan 11.30 pagi hingga 7.30 malam pada hujung minggu dan cuti umum.

Ibu ayah yang ingin mendapatkan pengalaman perubatan yang selesa, anda boleh terus menghubungi nombor telefon klinik iaitu 03-3318 1414.

Antara perkhidmatan Vaksin Influenza ialah Vaksin H3N2 dan Vaksin Selsema Babi H1N1.

#5. Klinik Haramain

Klinik Haramain ( Haramain Clinic) adalah klinik Perubatan Keluarga dan FOMEMA yang terletak di salah sebuah bandar di Selangor.

Lokasinya adalah 47 Jalan 2/1, Taman Sri Jaromas, Jenjarom. Ia mula beroperasi sejak 4 tahun yang lalu dan dikendalikan oleh doktor tempatan iaitu Dr. Muhammad Za’im Bin Asniel.

Anda tidak perlu risau ketika mendapat rawatan di klinik ini kerana Dr. Za’im memiliki pengalaman dalam kepakaran bidang perubatan hampir 11 tahun.

Ia dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Namun, sebarang rawatan yang lebih mendalam memerlukan tempahan temu janji terlebih dahulu.

Anda boleh terus menghubungi klinik Haramain di talian 03-3191 3239.

Antara perkhidmatan vaksin Influenza yang disediakan ialah Vaksin Selsema Babi H1N1 dan Vaksin H3N2.

Sebenarnya, banyak klinik perubatan yang lain menyediakan perkhidmatan Vaksin Influenza ini dengan pelbagai jenis rawatan di seluruh negara.

Dalam hal ini ibu ayah boleh anda membuat pilihan yang paling baik untuk seisi keluarga kerana vaksin ini juga perlu diberikan untuk suami, ibu dan anak-anak juga sebagai langkah menangani penularan virus ini.

Sumber: Erufucare

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Baca juga:

https://my.theasianparent.comorang-kelainan-upaya