Inspirasi Nama Bayi Sempena Bulan Ramadhan & Syawal Dengan Maksud Yang Indah

Inspirasi nama bayi bulan Ramadhan & Syawal ini boleh dijadikan sebagai panduan buat para ibu yang bakal bersalin dalam masa terdekat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila due date anda jatuh pada bulan puasa, tentunya ibu ayah  sedang sibuk mencari inspirasi nama bayi yang berkat di bulan Ramadhan. Jangan risau kami akan senaraikan untuk anda, pilih saja mana yang berkenan di hati. 

Tidak ketinggalan juga untuk ibu ayah yang menantikan si kecil di hujung-hujung Ramdhan atau awal Syawal nanti. Lihat saja selebriti seperti Anzalna Nasir disebabkan bayinya lahir di bulan Syawal, Eidrees nama anak diberi, comel betul!

Inspirasi nama bayi bulan Ramadhan

Di bulan penuh rahmat ini, umat Muslim bisa mendapat banyak keberkatan saat melakukan ibadah. Dalam pelbagai riwayat disebutkan bahawa pahala beribadah dilipat gandakan berkali-kali.

Penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT, jadi cukup nikmat kalau dapat inspirasi nama bayi khusus untuk buah hati anda.

1. Aiza

Aiza terdapat dalam surat Al Maidah ayat 54 dan memiliki erti yang perkasa, dihormati, serta mulia.

2. Hilya

Nama Hilya terdapat dalam surat An Nahl ayat 14. Ayat ini menerangkan bahawa Allah telah menundukkan lautan, sehingga kita bisa mengambil ikan dan perhiasan dari dalamnya. Hilya sendiri bermakna perhiasan. Yang sangat serasi dinamakan pada bayi perempuan.

3. Mafaza

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama ini terdapat dalam Al Quran surat Ali Imran ayat 188 dan Az Zumar ayat 61. Bermakna kejayaan besar.

4. Ramadan/Ramadhan

Bulan kesembilan dalam kalender tahun Hijrah yang dihitung berdasarkan pergerakan bulan mengelilingi bumi. Bulan di mana orang-orang muslim diwajibkan berpuasa, penuh barakah dan cukup mulia di sisi Allah swt.

5. Ramadhani

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bentuk feminin dari Ramadhan. Serasi untuk disematkan pada anak perempuan.

6. Qadr/Qadar

Di dalam bulan Ramadhan terdapat sebuah malam yang kemuliaannya melebihi dari 1000 bulan. Disebut lailatul qadr. Pada malam yang sangat istimewa ini, semua doa dikabulkan dan orang yang beribadah waktu malam mendapatkan kemuliaan besar.

Pada malam ini jugalah, malaikat Jibril turun ke bumi dan mewahyukan ayat pertama Al-qur’an kepada Nabi Muhammad SAW. Juga merasmikan pengangkatan beliau sebagai Nabi terakhir di muka bumi.

7. Najma

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dari bahasa Arab yang bermakna bintang. Bila si kecil lahir di malam hari bulan Ramadhan yang penuh bintang, nama ini sesuai benar untuknya.

6. Marzia

Nama untuk anak perempuan ini disebut dalam Al Qur’an surat Al Fajr ayat 28. Bermakna orang yang diredhai Allah dan sentiasa syukur dengan apa yang dimiliki.

Foto: Mamapapa.id

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Azura

Nama salah seorang puteri Nabi Adam dan Hawa yang menikah dengan Nabi Syits as. Nama ini memiliki makna langit biru.

8. Thahir / Tahir

Nama anak lelaki yang bermakna murni, suci, atau berbudi pekerti.

9. Sabir

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Nama bayi laki-laki yang bermakna kesabaran.

Pilihan nama bayi lelaki dan perempuan yang lahir Ramadhan atau Syawal

Berikut adalah pelbagai lagi inspirasi nama bayi yang lahir bulan Ramadhan & Syawal untuk bayi lelaki dan perempuan.

10. Naeem / Na’im

Nama anak lelaki dari Bahasa Arab yang bermakna keberkahan. Serasi betul bagi si kecil yang lahir di bulan penuh berkah.

11. Karima

Nama anak perempuan yang bermakna pemurah dan baik hatinya.

12. Isra

Dari Bahasa Arab yang bermakna perjalanan malam. Nabi Muhammad SAW melakukan Isra Mi’raj, perjalanan malam ke langit untuk menerima perintah solat 5 waktu dari Allah SWT.

13. Rayyan

Nama anak lelaki yang berasal dari Bahasa Arab, maknanya adalah gerbang di syurga.

14. Asif

Bermakna pengampunan atau memaafkan.

15. Eidrees/Idris

Nama Nabi. Dulunya nama ini kurang popular namun sekarang apabila dimodenkan ejaannya, ia cukup terkenal! 

16. Aidil 

Mempunyai pelbagai maksud dalam bahasa Arab, antaranya adalah adil 

17. Fitri

Yang berkmaksud semula jadi

18. Syawal

Bulan Syawal di mana umat Islam menyambut perayaan hari raya puasa, bulan yang penuh keceriaan dan disifatkan kemenangan bagi orang Islam.

Inspirasi nama bayi indah Ramadhan Kareem

1. Kayla Ramadhani Wijana

Bermakna perempuan bermahkota kebangsawanan yang lahir di bulan Ramadhan.

2. Daisha Asla` Ramadhani

Ertinya perempuan manis pemberi kehidupan yang lahir di bulan Ramadhan.

3. Kalita Nasha Ramadhani

Ertinya bayi perempuan harum yang dilahirkan di bulan Ramadhan dan sangat dicintai keluarganya.

4. Ramadhan Kareem Mubarak

Bayi lelaki yang dilahirkan pada bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan.

5. Ramadanish Danial Wijaya

Ertinya merupakan sebuah doa, yakni semoga anak ini memiliki pengetahuan dan kebijaksanaan, dan selalu memperoleh kemenangan

6. Azura Ramadhani

Langit biru di bulan Ramadhan.

7. Nuha Ramadhan

Anak yang cerdas dalam berfikir dan lahir di bulan Ramadhan.

Sumber: Penulis asal Yuniati. Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Nama Bayi Dalam Islam Yang Cukup Puitis Maksudnya

Baca juga: Koleksi Nama Bayi Lelaki Inspirasi Nama Nabi, Tokoh & Sasterawan Islam, Ibu Jom Semak!

Baca juga: Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?