Malas Bersiap & Berat Naik 5 Kg, Intan Najuwa Kongsi Pengalaman Mengidam Dan Alahan Mengandung

Intan Najuwa mengandung dan baru-baru ini dia mengumumkan perkara itu kepada orang ramai menerusi hantaran di media sosial.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Intan Najuwa mengandung! Baru-baru ini pelakon ini telah mendedahkan dia kini berbadan dua namun begitu tidak memberitahu usia kandungannya. Selepas mengumumkan berita gembira itu, Intan mula berkongsi pengalaman mengandungnya kepada umum.

Intan Najuwa Mengandung, Alahan Teruk Sampai Tak Jumpa Kuda Kesayangan

Pada awal kehamilan, Intan berkata dia tidak ke kandang kuda selama empat bulan kerana berasa loya dengan bau persekitaran. Sebelum tahu dia hamil, Intan selalunya akan bertemu dengan kuda kesayangan dan menciumnya.

Bagaimanapun, terdapat satu masa ketika Intan masuk ke kandang kuda dan berasa bau kudanya sangat pelik. Pada masa itu, Intan masih tidak tahu dia telah hamil.

Intan kemudian bertanya kepada suami sama ada pekerja telah menukar makanan kudanya sehingga menyebabkan bau semakin busuk. Seminggu selepas kejadian itu, Intan mendapati dia sebenarnya telah hamil.

Akhirnya, pelakon berusia 27 tahun tahu mengapa dia berasa kurang senang ketika mencium kudanya. Dalam pada itu, Intan juga mengaku dia amat merindui kuda kesayangannya itu sepanjang trimester pertama kandungannya.

@intannajuwaaa
sejak pregnant, i malas nak bersiap pakai sunscreen je 😭 #sunscreen #skintific ♬ Relaxing mornings, Lofi, rain, fashion(1434445) – Tana Music

Bukan Kuda Sahaja, Langsir & Pasu Bunga Rumah Pun Kena!

Tidak cukup dengan itu, Intan juga terpaksa menukar langsir dan kedudukan pasu bunga di rumah selepas disahkan hamil. Kata Intan, emosinya pada trimester pertama sangat tidak stabil.

Sebelum ini, Intan okay saja dengan langsir di rumah. Namun, selepas hamil dia meminta agar langsir ditukar kerana berasa ia menganggu kehidupannya.

Tidak cukup dengan itu, Intan juga mengarahkan pembantu rumah untuk mengalihkan pasu yang dia beli dan susun kerana setiap kali melihat hiasan itu, dia berasa mahu muntah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ada Alahan, Ada Juga Mengidam

Seperti ibu mengandung lain, Intan juga mengidam makanan tertentu. Baru-baru ini, Intan dilihat menggemari minuman teh susu daripada sebuah jenama dari Thailand. Intan berkongsi perkara tersebut kepada pengikutnya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa peminat yang meluahkan rasa risau terhadap minuman tersebut kerana ia mungkin boleh memudaratkan kesihatan Intan. Namun, Intan menjawab dia sangat menitik beratkan pemakanannya sepanjang hamil.

Katanya, minuman tersebut sekadar ingin memenuhi seleranya ketika mengidam. Pada masa yang sama, dia juga selalu mendapatkan nasihat daripada doktor daan keluarga. Intan juga menafikan dia selalu meminum teh tersebut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Intan Najuwa Jadi Malas Bersiap & Berat Naik 5kg!

Dalam pada itu, Intan juga berkongsi dia semakin malas menggunakan solekan di wajahnya sepanjang kehamilannya. Intan hanya akan menggunakan sunscreen, sedikit bedak, blusher dan gincu.

Baru-baru ini juga, Intan terpaksa keluar membeli-belah kerana kebanyakan pakaiannya sudah tidak muat di badannya. Menurut Intan, berat badannya naik sebanyak 5 kg disamping turut perasan wajahnya semakin berminyak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak cukup dengan itu, Intan juga kelihatan sedikit mengah ketika berkongsi tentang perkara itu menerusi satu hantaran di TikTok miliknya. Namun begitu, apa yang sangat pelik buat Intan dan suaminya adalah apabila Intan mengidam untuk melihat roti canai ditebar di hadapan mukanya.

Namun, suami Intan hanya mengikut permintaan isteri tercinta dan membawa Intan ke kedai mamak berdekatan kemudian meminta kebenaran daripada pembuat roti canai untuk membenarkan isterinya menonton roti canai disediakan.

@intannajuwaaa
Guys i malas bersiap you cakap boy, i bersiap cakap girl pulaaa 🤦🏻‍♀️😂 #skintific #mattecushion ♬ original sound – Intannajuwa – Intannajuwa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Wah, macam-macam ya karenah ibu hamil. Tapi ini semua perkara biasa, hampir semua ibu hamil mengalami benda yang sama, malah ada yang lagi teruk! Jangan risau dengan perubahan diri dan badan anda, ini semua salah satu dari proses. Apapun, Intan mengandung memang comel!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tekanan Darah Rendah Ketika Hamil Boleh Jadi Tanda Tubuh Kurang Asid Folic & Punca Komplikasi Lain

Baca juga: 15 Makanan Tambah Darah Ibu Hamil, Atasi Masalah Kurang Zat Besi

Baca juga: Cara Nak Tahu Mengandung Atau Tak, Ini 17 Tanda Awal Kehamilan 1 Minggu Yang Jarang Disedari

Penulis

Anis