Lumrah wanita sering berkata-kata, malah kajian juga terbukti kaum perempuan ini lebih banyak bercakap berbanding kaum lelaki. Sekiranya seorang isteri memilih untuk berdiam diri, pastinya ada sesuatu yang tidak kena.
Fitrah Perempuan Memang Gemar Berbicara
Selalunya, kaum perempuan ini akan cuba meluahkan perasaan yang terpendam kepada pasangan, terutamanya jika dia ingin mengatakan sesuatu. Tetapi apabila suara si isteri seolah-olah tidak diendahkan lagi dan tidak diberi perhatian, ini petanda bahaya buat pasangan.
Hakikatnya, seorang isteri itu rasa perlu menyembunyikan apa yang dirasai demi menjaga hati suami. Dia tidak mahu keruhkan keadaan dengan berkata-kata dan dia masih mampu untuk memendam rasa.
Diam Seorang Isteri, Dari Mata Seorang Lelaki
Kerapkali isteri yang berdiam diri ini hanya mampu meneruskan kehidupan seolah tiada apa yang berlaku, selalunya kerana hormatkan suami. Namun sebenarnya, isteri yang berdiam diri ini umpama bom jangka yang tunggu untuk meletup sahaja.
Mungkin sebahagian para suami tidak memahami keadaan ini, namun mujur ada sebahagian lelaki yang memahami dan faham keadaan si isteri. Inilah yang penting dalam kebahagian rumah tangga.
Sebuah status oleh saudara Firdaus Shakirin di laman Facebooknya menarik perhatian kami. Berikut perkongsiannya:
Diam seorang isteri… Wanita sememangnya lebih banyak ‘suara’ berbanding lelaki, dia akan bercakap ttg apa saja yg terlintas difikirannya… Hampir pasti akan ada sesuatu yg akan menjadi modal atau point utk seorang wanita itu berckp, berbicara, bersuara….susah utk seorang wanita itu utk kekal berdiam diri, sbb wanita yg normal akan berckp puluhan ribu perkataan dlm masa sehari…
Berbeza dgn lelaki, ada lelaki hanya bercakap bila perlu sahaja dan kebiasaannya lelaki bercakap direct to the point… Namun, sekiranya seorang wanita terutamanya seorang isteri memilih utk berdiam diri, maka itu BAHAYA…Pasti ada sesuatu disebalik “diamnya” itu…dia mgkin sudah penat bercakap hal yg sama, perkara yg sama setiap hari, tp masih tiada perubahan dari hari ke hari drpd insan yg mendengarinya, lalu dia memilih utk berdiam diri setelah “suaranya” tidak didengari pasangannya… Adakalanya juga seorang isteri memilih utk berdiam disebabkan ingin menahan diri…jika disuruh bercakap, mgkin dia akan meletup dan dia tidak akan dpt mengawal diri lalu dia mgkin akn menyakiti hati org lain dgn kata2 yg keluar dr mulutnya… Diam seorang isteri tu sebenarnya dia sedang berusaha menenangkan dirinya sendiri…menjadikan dirinya sabar… Fikirannya boleh jadi bercelaru, jiwanya boleh jadi berkecamuk…dia sedang cuba mengawal perasaannya utk elokkan kembali mood dia… Jgn biar seorang isteri berdiam diri utk tempoh yg lama, sekiranya kita sedar dia tidak seperti kebiasaannya, maka terus dekati dia dan tnya, kenapa dan apa yg menyebabkan dia berdiam diri, lalu cubalah utk perbaiki…sekiranya tiada usaha utk mengetahui kenapa isteri memilih utk berdiam diri, maka jgn hairan jika satu hari nnt dia “meletup” dan akan mengeluarkan kata2 yg bukan2… Dia juga seorang manusia yg ada hati dan perasaan…jgn menidakkan kemahuannya utk bersuara…kata2nya juga layak utk didengari dan difahami…✌️
Penjelasan oleh saudara Firdaus ini ada benarnya.
Jadi sekiranya isteri banyak bercakap atau membebel, itu sebenarnya lebih baik dari isteri yang mendiamkan diri ya. Sesungguhnya wanita yang tidak lagi mampu berkata sebenarnya lebih cenderung untuk tawar hati dalam perhubungan.
Suami, layanlah isteri sebaiknya. Dengarkan bicaranya dan jangan biarkan diamnya berpanjangan.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Facebook Firdaus Shakirin
Baca juga: 13 Cara Melayan Isteri Dengan Baik, Mereka Kan Teman Anda Sehidup Semati!