TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

11 Cara Buat Suami Anda Berasa Bahagia & Semakin Sayang, #5 Para Isteri Wajib Cuba!

4 min bacaan
11 Cara Buat Suami Anda Berasa Bahagia & Semakin Sayang, #5 Para Isteri Wajib Cuba!

Membahagiakan suami sebenarnya tidak begitu susah jika anda pandai mengambil hatinya. Justeru semak beberapa perkara ini supaya rumah tangga kekal harmoni

Selepas ada anak, kita selalu mendahulukan anak-anak berbanding pasangan. Namun janganlah kita lupa untuk menjaga rumah tangga kita juga. Sebenarnya, cara membahagiakan suami mudah saja.

Apabila mereka gembira, tak adalah mereka akan buat perangai hingga asyik tengok telefon, mahupun asyik keluar lepak malam.

11 cara membahagiakan suami dengan mudah

Untuk menggembirakan hati pasangan, ia tidak memerlukan wang semata-mata. Cukuplah anda menjadi seorang isteri yang baik dan penyejuk hati buat suami.

Cuba semak, adakah anda sebagai isteri ada melakukan 11 perkara ini pada suami? Kalau ada, baguslah. Cukup kasih sayang suami anda!

#1. Sentiasa berdoa yang baik-baik untuknya

rumah tangga bahagia

Jangan pernah mengambil mudah dengan kuasa doa. Dalam hidup yang penuh pancaroba ini, semua isteri haruslah mendoakan suami masing-masing.

Suami anda mungkin menghadapi kesukaran dalam sesetengah hal. Apa yang dia perlu adalah doa dari anda, isterinya. 

Cara membahagiakan suami #2. Hormati pasangan

Salah satu cara menggembirakan suami yang paling senang adalah dengan menghormati dirinya.

Apabila anda hormat suami, suami akan lebih bersifat gentleman dan ingin melindungi anda.

Percayalah, walaupun ada ketikanya si isteri mungkin sukar untuk menghormati keputusan suami, tapi saat itu, suami anda sebenarnya hanya ingin melindungi anda dan anak-anak.

#3. Tunjuk yang anda bangga dengan suami

Cakap tentang suami apabila dia tiada di rumah. Puji kelebihan suami di hadapan anak, kawan dan keluarganya. Jangan pula anda merendah-rendah dan menghina suami.

Benda kecil seperti  memuji suami yang bersabar dengan anda pun sebenarnya cukup untuk membuatkan suami anda gembira dan rasa dihargai.

#4. Sokong hobi suami

Tunjuklah sedikit minat pada hobi suami. Contohnya kalau suami suka bermain bola, pergi lihat permainannya atau benarkan dia menonton World Cup tanpa diganggu.

Dengar segala perbualan tentang hobinya itu walaupun anda tidak faham. 

#5. Beritahu yang dia seksi

Sama seperti anda yang memerlukan penghargaan dari segi pujian, begitu juga suamimu. Katakan padanya yang dia kelihatan sungguh seksi dengan senyuman dan matanya itu.

Pasti terngiang-ngiang pujian anda itu di telinganya satu hari!

#6. Beri dia masa me-time

cara pikat suami

Selepas 8 jam bekerja (atau lebih), pasti suami anda juga memerlukan sedikit masa untuk berehat dan bertenang. Biarkan dia mengambil masa me-time juga.

#7. Ucap terima kasih apabila suami membantu

Luahkan ucapan terima kasih apabila suami cuba membantu di rumah. Apabila anda memuji usahanya itu, dia akan rasa dihargai.

Jadi, dia pasti akan mahu menolong anda lagi untuk mendapatkan rasa penghargaan tersebut. 

Walaupun bukan selalu suami nak tolong buat kerja rumah, tapi anda janganlah kedekut nak cakap terima kasih, ya!

#8. Cium dirinya setiap hari

Stories Rakan Kongsi
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Teenage Growth Comes from Parental Support!
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Parents, Be in the Know With RSV Knowledge To Protect Your Babies
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Philips Opens Third Brand Store in Malaysia!
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items
Preparing for a Newborn? Don’t Forget to Shop For These 3 Items

Cara menggembirakan suami yang paling senang dan tidak mengeluarkan duit adalah dengan menciumnya setiap hari! 

Cium di tempat yang biasa saja pun cukup. 30 saat. Cium dengan penuh ghairah atau cium yang penuh kasih sayang. Pasti suami akan merindui anda lepas dia pergi kerja!

Cara menggembirakan suami #9 Tunjuk pada anak yang anda menyayangi bapa mereka

Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang suami apabila anak-anaknya turut menghargai dirinya.

Anak-anak akan melihat perbuatan anda setiap hari. Tunjukkan pada mereka betapa anda menghargai suami anda itu.

Cara menambat hati suami #10. Buat benda kecil yang dia suka

cara buat suami sayang

Apabila kita menyayangi seseorang, kita tahu apa cara menggembirakan suami itu. Contohnya seperti kita boleh memasak makanan kegemaran suami.

Ataupun kita tahu pasukan bola mana yang dia suka, jadi kita boleh rakam rakaman permainan bola yang dia terlepas dan sebagainya.

Benda-benda kecil ini membuatkan suami lebih gembira kerana dia tahu anda amat menyayangi dirinya.

Cara buat suami bahagia #11. Menjaga perasaan suami

Sebagai seorang lelaki, mereka dididik untuk tidak menunjukkan emosi. Tapi mereka sebenarnya sungguh sensitif. Setiap isteri hendaklah menjaga hati dan perasaan mereka. 

Hal ini kerana suami adalah ketua keluarga. Meskipun luarannya nampak biasa, namun dialah yang sentiasa berkorban dan membanting tulang demi mencari rezeki.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kunci Perkahwinan Bahagia Ada Pada Suami, Ini Nasihat Berguna Dari Ustaz Don Daniyal 

Baca juga: Retaknya Rumah Tangga Juga Bermula Di Tempat Kerja, Suami Isteri Jagalah Batas Anda!

Baca juga: Suami, Ajak Isteri Solat Tahajjud Bersama, Rezeki Mudah Masuk & Kekal Bahagia

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Suami & Isteri
  • /
  • 11 Cara Buat Suami Anda Berasa Bahagia & Semakin Sayang, #5 Para Isteri Wajib Cuba!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

    Cara Buat Love Bite Yang Betul Agar Pasangan Bertambah Ghairah & Tip Pudarkannya

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham