Isteri Pelakon Hafidz Roshdi Pengsan Di Hospital Akibat Badan Lemah, Hamil 10 Minggu

Dalam kemelut rumah tangga, rupanya isteri Hafidz Roshdi sedang hamil 10 minggu apabila perkara itu didedahkan di Instagram miliknya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Umum tahu berita kemelut rumah tangga pelakon Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada yang masih lagi belum selesai. Terkini, isteri Hafidz Roshdi berkongsi di laman Instagram menyatakan yang mana dia sedang hamil 10 minggu.

Perkara itu membuatkan pelbagai reaksi daripada netizen yang mengikuti perkembangan semasa pasangan ini sejak kes pergelutan rumah tangga mereka apabila Shuhada mendakwa telah dipukul oleh suaminya itu sehingga menyebabkan kecederaan pada raut wajahnya sebelum ini.

Menerusi hantaran terbaru di akaun Instagram Shuhada, jelas tertulis yang mana dirinya sedang hamil 10 minggu, serta dugaan yang sedang dirinya hadapi sekarang ini nyata membuatkan dirinya mempersoal adakah dia kuat untuk melaluinya berikutan Shuhada sekarang ini mengalami depresi dan tekanan, namun tidak boleh mengambil sebarang ubatan kerana ditakuti berisiko buat kandungannya yang masih awal.

Tulisnya menerusi kapsyen, “Buat zuriat ibu kandung, kuatlah sayang, kuat seperti kuatnya kamu berpaut di dinding rahim ibu, ibu sayang anak anak ibu, maafkan ibu semua, humairah, umar dan baby. Maafkan ibu sayang.” Jelas di situ mengatakan yang Shuhada berharap yang anak di dalam kandungannya itu kuat dan sihat tatkala dugaan berat yang sedang dilaluinya itu.

Dalam posting yang sama, Shuhada turut mendedahkan yang mana dia telah jatuh pengsan ketika di hospital berikutan badannya yang lemah. Berikutan itu doktor menasihatkannya untuk tidak berpuasa kerana khuatir akan memberi kesan buruk terhadap kandungannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ceritanya lagi, Shuhada mengatakan yang air matanya tidak henti mengalir memikirkan nasib yang ditimpanya dan mengenangkan adakah dia mampu untuk menghadapinya? Jelasnya lagi, tunggak utama kekuatannya untuk terus bangun adalah anak-anaknya iaitu Humairah, Umar dan bayi di dalam kandungannya sekarang ini.

“Sekarang ibu kena berjuang tanpa ubat, tak mudah tapi ibu kena kuat untuk anak-anak. Hari ini seharian ibu menangis. Tadi kat hospital ibu jatuh pengsan. Doktor minta ibu buka puasa sebab tak cukup kuat dan boleh bahayakan kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Ibu termenung serabut. Air mata tak henti-henti mengalir. Apa berlaku ini, ibu terima. Walaupun ibu dihina, dimaki, dikhianati, ditipu, dikasari dan kena hadap segala perjalanan dan dugaan yang ada ini,” tulisnya.

Dalam masa yang sama, Shuhada turut menyatakan yang dia bersyukur kerana mempunyai sokongan daripada keluarganya, sahabat serta team legal yang membantu di dalam menyelesaikan kes mahkamah dengan Hafidz.

Dikatakan yang sebutan semula kes Hafidz dan Nurul Shuhada berhubung isu lafaz cerai kali pertama menerusi WhatsApp ditetapkan pada 9 Mei nanti di Mahkamah Rendah Syariah. Hafidz dan Shuhada memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada 27 Februari lalu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bertarikh 22 Februari, Hafidz dikatakan telah melafazkan cerai kepada Shuhada menerusi panggilan telefon di hadapan keluarganya. Kes rumah tangga mereka ini mendapat perhatian ramai apabila Shuhada mendakwa yang mana pelakon itu mempunyai hubungan dengan seorang wanita bernama Athira Yuhada.

Semoga segala urusan pasangan ini dipermudahkan dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya serta pengadilan dapat dituntut.

Instagram Nurul Shuhada

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Suami, Jika Isteri Anda Menunjukkan 10 Tanda-Tanda Ini, Dia Sebenarnya Sedang Stress!

Baca juga: Simptom Depresi Boleh Membahayakan Diri & Keluarga, Sila Waspada 5 Perkara Ini!

Baca juga: Ibu Hamil Yang Mengalami Tekanan Hidup & Didera Punyai Risiko Tinggi Alami Kelahiran Mati

Penulis

Farhana Fuad