Isteri Pertama Hadir Perkahwinan Suami, Poligami Tak Salah Namun Jaga Hati Semua Pihak

Wah cekalnya wanita ini! Sebagai isteri pertama, dia hadir ke majlis perkahwinan kedua suami ya. Siap baju sedondon pula dengan pengantin!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baru-baru ini tular di media sosial TikTok mengenai perkongsian seorang wanita iaitu isteri pertama menghadiri perkahwinan kedua suaminya.

Video dikongsikan pemilik akaun Fiena Nasir menunjukkan dia hadir ke perkahwinan suaminya serta memakai pakaian berwarna putih, sedondon bersama suami.

Dalam video tersebut, ibu kepada tiga anak itu yang ditemani rakan hadir ke majlis perkahwinan suami bersama isteri kedua. Pemilik akaun itu juga memaklumkan, tiada persandingan suaminya pada majlis tersebut tetapi kenduri diadakan bersekali dengan majlis perkahwinan kakak pihak perempuan.

Isteri pertama lelaki itu turut bergambar di pelamin, namun tiada sebarang gambar isteri keduanya dikongsikan pada hari tersebut.

Netizen ucap semangat buat isteri pertama

Video yang dimuat naik oleh Fiena Nasir pada 28 Februari itu sehingga kini mendapat lebih 86,000 tanda suka malah kebanyakan netizen menitipkan doa serta kata-kata semangat kepadanya agak terus tabah.

“Semoga puan diberi kebahagian, biar dalam apa bentuk pun. Bahagia itu banyak rupa”. “Yang ini yang paling baik sebab berbakti kepada suami, insya-Allah”.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Moga puan diberi kesabaran serta bimbingan daripada Allah. 10 tahun lamanya bila kita reda, mencurah-curah rahmat Allah kurniakan”.

@fiena_nasir
Doakan semoga diberikan kekuatan…😊 ♬ Aku Tahu – UNGU

Itu antara maklum balas positif yang diterima oleh wanita tersebut. Malah dia turut menghargai ucapan dan maklum balas daripada netizen.

“Terima kasih yang beri kata semangat. Ini kebahagian saya yang Allah uji. Doakan saya diberi kekuatan,” tulis wanita itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Poligami tidak salah, harus jaga hati semua pihak

Poligami di dalam Islam tidak salah asalkan ia dilaksanakan dengan prosedur dan jalan yang betul. Seperti yang telah ditetapkan di dalam Islam serta mengikut undang-undang syariah. Dalam melaksanakan poligami, seharusnya menjaga hati semua pihak agar tidak terguris.

Seorang pemilik akaun Facebook dikenali sebagai Karya Kayra yang aktif menulis di media sosial menjelaskan, sudah menjadi trend isteri pertama bersanding di pelamin disediakan ahli keluarga isteri kedua.

Jagalah hati semua pihak jika mahu berpoligami. Nabi Muhammad SAW tidak pernah berpoligami sepanjang perkahwinan bersama Saidatina Khadijah. Walaupun Khadijah tua lebih 20 tahun daripada Baginda SAW.

Berbeza dengan kita orang Melayu Islam, selagi tangan itu sampai untuk peluk isteri pertama dengan tangan kanan dan isteri kedua dengan tangan kiri, maka mahu ditunjukkan kepada dunia panjangnya tangan itu walaupun kehebatan si lelaki itu tidaklah seberapa dari segi zahirnya dan batinnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambah malang apabila kurangnya ilmu agama sebagai lelaki berpoligami apabila isteri-isteri menanggung diri sendiri dan suami tergamak mengumpul isteri-isteri dalam satu rumah untuk jimat belanja.

Jika tidak mampu sediakan rumah yang berlainan, mengapa berpoligami pada awalnya?

Poligami: isteri pertama dilindungi undang-undang

Mengikut perkongsian pada laman web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), dalam berpoligami, isteri pertama yang dimadukan turut dilindungi undang-undang.

Jika suami mempunyai alasan yang munasabah untuk berkahwin lagi, mahkamah pasti memberi keizinan. Akta Undang-Undang Keluarga Islam 1984 misalnya menetapkan beberapa syarat sebelum lelaki itu dibenarkan oleh mahkamah untuk berbuat demikian.

Seksyen 23 menjelaskan seseorang lelaki itu semasa masih di dalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seksyen 123 menyatakan sekiranya lelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis seperti mana yang diperuntukkan dalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi, dia telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Prosedur Mahkamah

Beberapa tatacara undang-undang telah dilaksanakan di mahkamah syariah untuk permohonan poligami oleh pihak suami. Suami mestilah memfailkan permohonan  di mahkamah Tinggi Syariah di mana suami sebagai plantif manakala isteri sedia ada sebagai defendan.

Bakal isteri dan wali akan dipanggil sebagai saksi. Isteri sedia ada akan dimaklumkan terlebih dahulu dan dipanggil hadir ke mahkamah untuk memberi keterangan.

Sekiranya isteri mempunyai alasan mengapa perkahwinan kali kedua suaminya itu tidak harus diteruskan, mahkamah akan meneliti dan akan membuat keputusan berdasarkan kenyataan kedua suami isteri itu.

Kegagalan isteri selaku pihak defendan untuk hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali menyebabkan hakim akan membuat keputusan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:Walaupun Majoriti Beragama Islam, Negara Ini MENOLAK Suami Yang Ingin Berpoligami

Baca juga: Sukar Terima Hakikat Suami Madukan Aku, Tapi Berdosa Ke Halang Mereka Poligami?

Baca juga:  Kecewa Hasrat Poligami Ditolak, Lelaki Durjana Tergamak Tetak Kaki Isteri!