Bukan semua wanita boleh menerima poligami dengan serta merta. Ada yang berpuluh tahun lamanya menerima hakikat diduakan suami. Ada yang memang boleh pergi meminang sendiri madunya ada yang langsung tak rela. Lain wanita lain penerimaannya terhadap hasrat suami berpoligami.
Lain pula cerita lelaki ini. Punyalah dia kemaruk sangat nak beristeri dua, hingga sanggup menetak kaki isterinya yang mahu menuntut cerai dan tidak mahu membenarkannya berkahwin lain.
Kecewa isterinya menuntut cerai dan marah sangat agaknya tak dibenarkan kahwin sampai sanggup berbuat demikian kepada isteri yang lemah itu.
Tak rela diduakan suami, lelaki tetak isteri tolak poligami
Menurut laporan Harian Metro, isterinya kini dalam keadaan parah di kaki dan kini sedan dirawat di hospital wilayah Sumatera.
Suspek disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Keganasan Rumah Tangga 2004 yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun jika sabit kesalahan.
Dalam siasatan awal, suspek mendakwa menyerang isteri kerana wanita itu enggan mengizinkan dia berkahwin lagi dan menuntut perceraian.
“Saya kecewa dia menuntut cerai. Saya tidak mahu berpisah,” kata suspek seperti dilapor Tribunnews.
Apa nak buat jika suami mahu poligami?
Mungkin rasa nak gugur jantung agaknya. Tapi jika ia berlaku, mahu tidak mahu, anda perlu hadapi juga. Jadi apa yang patut dibuat jika suami tiba-tiba pula suarakan rasa hati mahu kahwin lagi!
#1. Sediakan perbincangan terbuka
Kadang kala, tidak dinafikan sikap isteri sendiri yang menyebabkan suami takut nak berlaku jujur. Wujudkan perbincangan terbuka. Apa yang buat suami anda teringin sangat nak kahwin lain agaknya.
#2. Nasihatkan suami buat permohonan poligami di mahkamah
Ambil tahu segala prosedur kerana inilah satu-satunya peluang anda untuk menuntut hak anda sebagai isteri pertama.
Prosedur untuk memanggil isteri pertama ke mahkamah bukan untuk meminta izin isteri untuk membenarkan suami berpoligami. Melainkan Mahkamah ingin membuat siasatan apakah hak-hak dan keperluan isteri-isteri yang suami perlu lunaskan untuk membolehkan beliau layak berpoligami.
#3. Tahu hak anda!
Isteri perlu tahu tentang hak mereka. Kalau dibiarkan diri bergelut dengan emosi kita akan kalah. Tapi sebaliknya pertahankanlah hak anda dan anak-anak dengan ilmu.
Jika tak boleh terima menangislah sepuasnya tapi jangan kecewa terlalu lama. Banyak yang anda perlu buat.
- Hak nafkah bulanan. Kalau sebelum ini suami memang langsung tak pernah bagi nafkah bulanan, masa inilah nak minta mahkamah rekodkan berapa nafkah yang selayaknya suami peruntukkan untuk isteri pertama dan bakal isteri.
- Hak tempat tinggal. Di mana isteri pertama akan tinggal dan di mana bakal isteri akan tinggal. Jika selama ini, isteri pertama yang bayar duit ansuran rumah sendiri, kali ini beliau boleh minta dengan mahkamah supaya duit ansuran itu dibayar oleh suami melainkan isteri redha nak teruskan bayaran seperti sebelumnya.
- Hak giliran bermalam. Adil bukan sahaja dari segi duit dan keperluan zahir tapi juga dari segi keperluan batin termasuklah perhatian, masa dan kasih sayang terhadap keluarga sedia ada dan bukannya hanya menumpukan kepada isteri baru saja.
- Hak harta sepencarian. Jika suami ada membeli dan menyimpan harta sepanjang tempoh perkahwinan dengan isteri pertama, isteri tersebut boleh menuntut harta-harta itu diisytiharkan sebagai harta sepencarian. Boleh direkodkan sebagai persetujuan bersama semasa permohonan poligami itu. Boleh juga buat pembahagian harta suami secara hibah siap-siap kepada anak-anak isteri pertama. Untuk isteri baru, kenalah cari harta lain yang baru kan? Barulah adil.
- Hak untuk menentukan nafkah anak-anak. Kalau sebelum ini isteri pertama tak kisah pun tanggung nafkah anak sorang-sorang dengan alasan malas nak berkira dengan suami, kali ini isteri pertama boleh mohon supaya mahkamah tetapkan terus nafkah anak setiap bulan. Ini supaya, dalam keghairahan suami nak galas tanggungjawab yang baru, tanggungjawab yang lama dan sedia ada ini tak dilupakan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Harian Metro, OhBulan
Baca juga:
https://my.theasianparent.comsuami-nak-kahwin-lagi
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!