Perkahwinan bukanlah satu kerja mudah. Untuk golongan wanita, kita perlu menjadi isteri dan ibu pada masa yang sama. Kadangkala, kita tertanya-tanya: adakah kita isteri solehah dan terbaik buat suami?
Jika anda memerlukan sedikit kata-kata semangat dan kepastian sama ada anda isteri terbaik buat suami, kami sediakan untuk anda beberapa senarai.
Baca juga: Bila Perkahwinan Tidak Bahagia, Usahlah Menyalahkan Diri & Belajar Untuk Redha
11 sebab anda isteri solehah dan terbaik buat suami
#1. Anda menghormati suami
Antara ciri-ciri isteri yang baik buat suami adalah anda menghormati pasangan sebagai ketua rumah tangga.
Sifat menghormati suami ini termasuklah sikap anda yang sering meminta pendapat suami dalam apa jua perkara, melakukan perkara yang digemarinya dan mengelak dari melakukan perkara yang tidak disukainya.
Anda faham seorang lelaki itu ingin rasa dihormati dan seorang wanita itu pula ingin rasa disayangi.
#2. Berkomunikasi dengan baik
Anda pernah tak dengar “Men are from Mar, Women are from Venus”? Ia adalah tentang sikap berbeza yang ada pada lelaki dan wanita.
Cara komunikasi adalah salah satu perbezaan antara dua jantina ini. Namun, jika anda sering berusaha untuk berkomunikasi secara baik, itu menunjukkan yang anda adalah isteri solehah buat suami.
Ia meliputi nada suara yang lembut, perkongsian maklumat yang jelas, dan berkata perkara yang baik serta positif saja.
#3. Kejayaan suami menggembirakan anda
Seorang isteri yang baik akan sentiasa gembira di atas setiap pencapaian si suami, sama ada secara peribadi mahupun dalam karier.
Anda tidak lokek untuk memberikannya penghargaan atau ucapan tahniah. Malah, turut menyediakan hadiah istimewa untuk menggembirakan hatinya.
#4. Anda sanggup bertolak ansur
Pasti ramai para suami yang bersetuju tentang hal ini. Apabila menonton TV bersama, anda tidak kisah membiarkannya menonton perlawanan bola sepak atau rancangan suka kegemarannya.
Tidak cukup dengan itu, anda turut berusaha untuk menyukai apa yang disukainya juga. Wah, bertuah siapa yang dapat anda!
#5. Anda sering memasak makanan kegemarannya
Apabila kita menyayangi seseorang, kita tidak kisah untuk melakukan perkara sweet untuknya. Antara sikap seorang isteri solehah buat suami adalah rajin memasak hidangan kegemarannya.
Yang paling menyeronokkan bagi isteri yang baik adalah melihat senyuman dan keterujaan suami ketika mengambil makanan lazat di depannya!
#6. Tidak berkira dengan suami
Bagi isteri solehah, rumah tangga itu adalah lubuk pahala. Walaupun ada banyak tanggungjawab di bahu suami, anda tidak kisah untuk memikul sebahagian daripadanya.
Bagi anda, suami isteri umpama satu team. Anda tidak berkira untuk melakukan lebih tugasan rumah atau berbelanja wang lebih untuk keluarga dengan niat bersedekah.
Kalau anda lakukan semua perkara ini, itulah tandanya anda isteri terbaik untuk suami. Rugi siapa yang melepaskan atau mensia-siakan anda tau!
#7. Anda seorang yang kelakar
Bukan semua orang boleh jadi kelakar. Kalau ini bakat semulajadi anda, suami sangat bertuah kerana menjadikan anda sebagai isteri.
Kenapa? Kerana anda mampu memeriahkan suasan di rumah, walaupun kadangkala masalah dan tekanan menjelma.
#8. Tidak bercerita tentang hal rumah tangga pada orang lain
Anda juga isteri terbaik buat suami kerana pandai menyimpan rahsia dan boleh dipercayai. Anda tidak suka mengadu domba dan berkata hal buruk tentang suami di belakangnya.
#9. Berkawan dengan rakan suami
Sikap anda yang peramah dan mudah mesra membuatkan diri anda rapat dengan rakan suami.
Anda percaya dengan berbaik dengan rakan-rakannya, anda akan menggembirakan hati suami. Bukan semua wanita boleh melakukan hal ini!
#10. Anda biarkan suami anda membantu dalam hal rumah
Ada sesetengah isteri sanggup melakukan semua tugasan rumah. Tetapi, anda sebagai wanita yang bijak dan isteri yang terbaik masih mengizinkan suami melakukan beberapa kerja rumah yang lain.
Anda mahu kalian berdua menjadi satu pasukan yang sering berkerjasama dan masih mampu bertolak-ansur pada masa yang sama.
#11. Anda berusaha sentiasa berbaik dan kurang bergaduh
Bukan mudah untuk mencari isteri yang kurang mencari kesalahan orang lain. Bagi anda, sifat mudah memaafkan dan berkompromi penting untuk memastikan keharmonian rumah tangga.
Dengan sikap yang ada pada anda ini, anda sememangnya boleh dianggap sebagai isteri terbaik buat suami anda!
Ha… bagaimana? Ada tak ciri-ciri ini pada diri anda? Kalau inginkan lebih kepastian, cuba tag suami dan tanya terus padanya 😛
Sumber: theAsianparent Singapore
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 9 Sikap Suami Ini Ternyata Menyakiti Hati Istri & Merosakkan Hubungan Rumah Tangga