TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang!

3 min bacaan
Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang!

Kasih dan cinta pada suaminya sendiri membuatkan wanita ini berani menolak ajakan seorang "suami orang" yang mengajaknya berlaku curang!

Seorang isteri yang tak mahu dikenali, telah membuktikan yang curang adalah satu pilihan. Dan dia menolak untuk melakukan pilihan tersebut! Ini kisah perkahwinan yang dikongsi oleh seorang wanita di laman sosial Facebook.

Wanita ini berkongsi gambar screen grab perbualannya dengan seorang “suami orang” yang juga merupakan temannya di Facebook.

Kisah perkahwinan – Dia ajak curang dengan pasangan!

kisah perkahwinan

Kredit: Pexels

Ceritanya begini – Pada mulanya, wanita ini menerima teguran daripada suami orang tersebut menerusi mesej peribadi di Facebook.

Beliau kenal lelaki itu. Mereka pernah berbincang tentang politik sebelum ini. Tapi tiba-tiba, lelaki itu mengajaknya keluar dating!

Baca juga: Lelaki suka curang dengan jenis wanita yang bagaimana?

Dia tolak dengan elok

Daripada gambar yang telah dikongsi, dapat dilihat lelaki itu merupakan ayah kepada dua orang anak. 

“Jom keluar bila-bila?” ajak lelaki itu tanpa rasa malu. Wanita tersebut pada mulanya tidak menghiraukan mesej itu.

Tetapi lelaki ini tak berputus asa! Dia menghantar satu lagi mesej meminta perhatian. 

Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang!

Kredit gambar: Imgur

Akhirnya, isteri ini mengambil keputusan untuk bertindak. Beliau menolak ajakan tersebut dengan lembut. Beliau menulis 

“Saya mempunyai suami… dan saya hargai teguran/ajakan awak.“

Lelaki itu terkejut apabila mengetahui beliau sudah berkahwin. Tapi dia tak kisah langsung! Sebaliknya, dia mahu mendedahkan sesuatu juga! 

Lelaki itu membalas –

“Saya pun sudah berkahwin. Tapi, kita diam-diam cukuplah.“

Amboi, suruh diamkan perbuatan curang ini pula! Wanita itu tidak menghiraukan ajakan lelaki tersebut.

Beliau sengaja membiarkan perbualan tergantung. Tetapi, lelaki itu sekali lagi menghantar pesanan mesej dengan emoji “menangis”.

Berang dengan “muka tak tahu malu” dan keengganan lelaki ini daripada berhenti mengganggunya, beliau membalas mesej itu dengan satu cerita yang penuh inspirasi! 

Anda pasti terkejut membacanya.

Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang!

Kredit gambar: Imgur

Kasih sayang seorang suami pada isterinya

Beliau mendedahkan bagaimana sebelum ini, beliau telah disahkan menghidap penyakit barah. Hatinya berat untuk memberitahu hal ini pada anak-anak.

Tapi, kasih seorang suami sanggup menggalas derita isterinya. Suami beliau menjadi tunjang utama kenapa beliau kuat untuk melawan barah tersebut.

kisah perkahwinan

Kredit: Unsplash

Suaminya tak lekang menjaga isterinya yang keluar masuk hospital kerana pembedahan, mengosongkan beg air kencing, memberikan suntikan mencairkan darah, dan memegang erat tangan si isteri yang kesakitan akibat kimoterapi.

Kasih sayang itu… cukup bernilai buat si isteri hingga dia tak sanggup untuk berlaku curang pada suaminya.

Ketika dalam kesakitan tersebut, beliau teringat akan lirik dari lagu What Sarah Said – “Cinta adalah melihat pasangan anda mati.”

Stories Rakan Kongsi
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Anda Sudah Masuk Trimester Kedua Kehamilan? Ini 5 Perkara Penting Mummy Perlu Lakukan!
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
Malaysian Mum Shares A Secret On Why Her Kid Falls Sick Infrequently
The lazy mom’s guide to raising independent kids
The lazy mom’s guide to raising independent kids
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya
Saat saya menyedari anak saya tidak bernafas dengan baik dan tindakan saya seterusnya telah mengubah hidupnya

Jadi, wanita itu membidas “suami orang” tersebut dengan menyoalnya –

“Siapa akan melihat awak mati? Jaga rumah tangga awak dan berhenti ganggu saya!“

Keberanian dan keuntuhan cinta isteri ini pada suaminya telah menerima pelbagai pujian daripada netizen. Semoga cinta mereka semakin berkembang dari hari ke hari.

Ambillah inspirasi daripada perkongsian ini. Cinta itu suci. Dan anda sebagai suami isteri telah berikrar untuk menjaga kasih suci ini apabila kalian menyatukan dua hati. 

Semoga perkahwinan kalian dilindungi selamanya, amin.

Sumber rujukan: Dailymail.co.uk

Baca juga: Peguam Perjelas 6 Faktor Kenapa SUKAR Heret Isu Pasangan Curang Di Mahkamah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Seorang Isteri Dengan Bijak Menolak Ajakan Suami Orang Untuk Curang!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham