TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Isteri Yang Tolak Permintaan Seks Dan Tak Benar Kahwin 2 Sengaja Dera Suami: Ahli Parlimen

3 min bacaan
Isteri Yang Tolak Permintaan Seks Dan Tak Benar Kahwin 2 Sengaja Dera Suami: Ahli Parlimen

Seorang MP Terengganu mengatakan isteri yang menolak permintaan seks dan tak membenarkan suami berkahwin lain sengaja mendera emosi suaminya! Apa kata anda, wahai isteri sekalian?

Ahli Parlimen Keluar Kenyataan Yang Bikin Kecoh

Kuala Lumpur: Kecoh terus Dewan Parlimen rabu tempoh hari (26 Julai 2017) apabila seorang wakil rakyat merangkap ahli parlimen Terengganu telah mengeluarkan kenyataan yang berbaur “kontroversi“.

Masakan tidak, ahli parlimen tersebut – Che Mohamad Zulkifly Jusoh, mengatakan isteri yang menolak permintaan seks dari suaminya sengaja menyebabkan mereka mengalami “penderaan psikologi dan emosi”.

Malah, dalam perdebatan tentang penderaan domestik itu – beliau menjelaskan suami di Malaysia sering mengalami “tekanan emosi” berbanding “tekanan fizikal”. Semuanya kerana si isteri.

“Di Malaysia, suami memang nampak lebih kuat. Tapi suami sering didera secara emosi oleh isterinya.”

isteri yang tolak permintaan seks

Apa yang dibuat si isteri sampai para suami mengalami tekanan emosi ini?

“Biasanya, isteri akan mendera suami mereka dengan perbuatan yang melampau. Contohnya, isteri memaki hamun suami. Itu penderaan emosi. Satu lagi, mereka enggan melakukan seks dan menunaikan keinginan si suami.” jelas ahli UMNO tersebut.

Terkejut dengan perdebatan tersebut, Marina Mahathir pula mula bersuara.

Marina Mahathir Membantah Kenyataan Tersebut!

Siapa tak kenal dengan Marina Mahathir?

Beliau adalah aktivitis yang utuh memperjuangkan hak wanita dan merupakan anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Menurut Marina, kenyataan ahli parlimen itu “berlandaskan kejahilan“.

“Wanita berhak untuk mengatakan TIDAK pada seks. Hanya orang dulu-dulu yang menganggap apabila seorang wanita telah berkahwin, semua tubuh badannya adalah milik si suami,” kata beliau dengan tegas pada AFP. 

Marina menambah –

“Tak logik nak katakan suami “didera” semata-mata kerana isteri menolak permintaan seksnya!”

“Tak benarkan kahwin dua juga satu penderaan!”

Ahli parlimen yang berusia 58 tahun itu juga menambah jika seorang isteri menolak dan tak membenarkan lelaki Muslim (yakni suaminya) berkahwin lain juga merupakan satu penderaan!

Amboi!

isteri yang tolak permintaan seks

Tak benarkan untuk berkahwin dua pun dikira satu penderaan?

Di Malaysia, lelaki Muslim dibenarkan untuk memiliki 4 orang isteri. Namun, mereka perlu meminta kebenaran daripada mahkamah syariah untuk berkahwin lebih daripada satu. 

Kenyataan “panas” yang dikeluarkan oleh ahli parlimen Terengganu ini pada hari Rabu tempoh hari adalah atas perbahasaan untuk pindaan undang-undang keganasan rumah tangga.

Kaitan: Keganasan Rumah Tangga Melampau –

Suami Potong 5 Jari Isteri Kerana Mahu Dia Berhenti Belajar

Apa pandangan anda, wahai ibu-ibu sekalian? Adakah seorang wanita tidak berhak untuk menolak ajakan bersama dengan suami jika mereka terlampau penat dan sebagainya?

Bagaimana pula dengan keengganan isteri untuk membenarkan suami berkahwin lain. Adakah ia juga satu penderaan? 

Bincangkan isu ini di komen di bawah. Kami di theAsianparent sedia mendengarnya.

Sumber rujukan: Channel News Asia

Baca juga:

“Isteri asyik bising” Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Stories Rakan Kongsi
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Why do pregnant and lactating women need DHA supplementation?
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Make Laundry Day Easier…. EVERY DAY!
Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda
Kesan-kesan Positif Nutrisi Menyeluruh Kepada Perkembangan Anak Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Isteri Yang Tolak Permintaan Seks Dan Tak Benar Kahwin 2 Sengaja Dera Suami: Ahli Parlimen
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham