X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

"Isteri asyik bising" Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

6 Jul, 2017
"Isteri asyik bising" Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Suami ini bawa balik patung seks ke rumah untuk dilayan apabila rumah tangganya tak bahagia. Apa pandangan anda, wahai isteri? Mereka amat mementingkan diri, kan?

Rumah tangga tak semesra dulu

Kadang-kadang, tanpa kita sedar… rumah tangga kita sudah tak seperti dulu. Ikatan suami isteri macam tak lagi mesra.

Kenapa? Ada sebab isu seks selepas bersalin. Ada juga sebab keletihan menguruskan rumah tangga dan anak kecil.

Tapi, kalau anda dan pasangan sama-sama berusaha, kemesraan dulu pasti boleh kembali. Cinta lama boleh berputik semula.

Jadi, apa pandangan anda bila suami ini memilih untuk “bercakap” dan “bermesra” dengan anak patung seks, berbanding ingin membaiki hubungan dengan isteri?

Perkara inilah yang dilalui oleh seorang wanita Jepun, Riho Ozaki. Retak hatinya apabila melihat suami tercinta, Masayuki membawa pulang patung seks ke rumah mereka. 

Patung seks itu seakan manusia! Namanya Mayu. Dia berkongsi katil, keluar dating dengan Masayuki, malah memakai pakaian dalam yang seksi!

Isteri asyik bising Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Kredit gambar: Behrouz Mehri/AFP

“Isteri saya bersikap dingin”

Menurut Masayuki menerusi temu bual dengan AFP, semuanya bermula selepas anak tunggal mereka lahir. 

“Selepas anak saya lahir, dia (isteri) tak mahu buat seks lagi. Saya rasa sunyi.“

Jadi, dia melepaskan kesunyiannya pada patung seks ini. Masayuki “jatuh cinta pandang pertama” selepas melihat Mayu. Dia dipetik mengatakan –

“Saya tak mementingkan diri sendiri. Mereka yang mementingkan diri sendiri. Saya nak isteri yang takkan membebel setiap kali saya balik kerja.“

Apa kata isterinya?

Riho amat berang selepas patung seks silikon itu dibawa pulang. Tapi apa yang boleh dia buat? Suami sendiri tak mahu menjaga hatinya!

Isteri asyik bising Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Kredit gambar: Behrouz Mehri/AFP

“Dia terpaksa menerima Mayu, sekarang.” ujarnya sambil mengangkat bahu.

Walaupun kecewa, isteri Masayuki masih melakukan tugas sebagai suri rumah tangga. Dia akan mengemas, memasak dan mencuci baju.

Anak Masayuki dan Riho yang kini sudah dewasa juga tak dapat berkata apa-apa. Sekarang, kebanyakan bajunya diberi pada patung seks itu!

Isteri asyik bising Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Kredit gambar: Behrouz Mehri/AFP

Patung dengan kepala yang boleh dicabut

Masayuki sering membawa “kekasih” silikonnya itu keluar. Mereka akan bergaya untuk gambar, pergi ke hotel mahal, mandi bersama-sama…

Seperti apa yang dilakukan oleh suami isteri! 

Seorang lagi suami, Senji Nakajima yang berusia 62 tahun – sering membawa “kekasih”nya itu keluar meluncur dan berkelah. Dia juga tidur dengan patung silikon itu!

Isteri asyik bising Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Kredit gambar: Behrouz Mehri/AFP

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Menerokai Persekitaran: Memperkenalkan Kanak-Kanak Autistik Kepada Pelbagai Persekitaran Luar
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Patung seks ini mempunyai alat sulit, jari, dan kulit lembut seakan manusia! Harga satu patung dalam US$6,000 dengan kepala yang boleh dicabut.

Hampir 2,000 anak patung dijual di Jepun setiap tahun. Di Singapura, seorang pengedar menjelaskan mereka mempunyai hampir 20 pelanggan tetap!

“Patung ini tak membebel macam wanita”

Tapi, masakan patung sebegini boleh menggantikan figura wanita sebenar, kan? Jadi kenapa semua suami ini memilih “patung” terbabit daripada isteri mereka?

Para suami ini menjelaskan jawapan mereka dengan penuh angkuh –

“Mereka tak membebel seperti wanita. Kami kurang tertekan. Saya takkan keluar dengan wanita sebenar lagi. Mereka kejam.“

Isteri asyik bising Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!

Kredit gambar: Behrouz Mehri/AFP

Nampaknya, para suami ini mahu pasangan yang jinak, tak melawan cakap, tak mengadu pasal keletihan dan tak penat menjaga anak-anak, ya… Pergilah berangan kau di sana!

Hmm… mungkin mereka angkuh menyalahkan wanita, tapi ikatan suci dan pengorbanan dalam rumah tangga takkan setanding dengan patung yang boleh diganti ini. 

Ibu semua, apa pandangan anda? Apa anda rasa jika suami anda bawa balik patung seks ini? Kongsikan pandangan anda dengan kami di ruangan komen di bawah!

Sumber rujukan: Channel News Asia

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Baca juga: 

7 sebab mengapa isteri anda tidak boleh “bertenang”

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • "Isteri asyik bising" Punca Suami Ini Mula Bercinta Dengan Patung Seks!
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

    Cara Atasi Anak Kerap Demam/ Sakit Tanpa Bergantung Pada Ubat Antibiotik

  • 13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

    13 Petua Turunkan Darah Tinggi Dengan Cepat & Berkesan Yang Boleh Anda Cuba Di Rumah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham