Dalam melayari bahtera rumahtangga tentunya ada beberapa isu perkahwinan yang mungkin boleh melanda hubungan kalian hingga ada ketikanya takut untuk mempersoalkan perkara tersebut kepada pasangan masing-masing.
Namun, inilah hakikat yang sebenar dalam perkahwinan yang patut anda tahu terutama bagi mereka yang baru berkahwin.
Isu perkahwinan – Soalan yang anda terlalu takut untuk bertanya kepada pasangan
#1. Adakah kita akan berhenti melakukan hubungan seks?
Kadang-kadang wanita yang baru melahirkan anak akan mengalami fasa penurunan dari segi keghairahan untuk melakukan persetubuhan kerana beberapa faktor seperti kepenatan menjaga anak, tiada masa terluang untuk bersama suami, tiada mood untuk bercanda, kitaran hormon yang tidak menentu dan sebagainya.
Malah ada ketikanya anda menolak tatkala suami mengajak untuk ‘bersama’. Namun anda takut untuk suarakan soalan tentang bilakah masa yang sesuai untuk berhenti melakukan hubungan seks ini.
Ini kerana, anda bimbang jika suami kecewa dengan sikap anda yang mungkin sedikit mementingkan diri sendiri itu tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku.
#2. Adakah kita akan bertengkar sepanjang masa?
Setiap rumahtangga tentunya ada pasang surut dan gaduh-gaduh kecil itu dianggap lumrah dalam isu perkahwinan.
Jadi tidak ada salahnya jika sesekali kalian bergaduh, bertengkar dan bermasam muka kerana ia juga penting bagi mengungkap perasaan jiwa yang mungkin tidak berpuas hati dengan pasangan.
Namun, jangan terlalu menyimpan perasaan marah itu kerana ia boleh menyebabkan racun dalam sesebuah perkahwinan.
#3. Adakah kita akan menjadi pasangan yang sangat membosankan?
Tentu ada sesekali terlintas di fikiran anda dengan mengatakan adakah kita merupakan pasangan yang paling bosan?
Namun persoalan itu tidak terluah di bibir kerana ada ketikanya anda juga melalui fasa bahagia seperti bercuti, menikmati makan malam bersama, menyambut ulang tahun perkahwinan dan sebagainya.
Disebabkan itu, anda rasa dilemma untuk mengatakan perasaan bosan itu pada pasangan.
#4. Adakah kita akan rasa bosan antara satu sama lain?
Apabila sudah lama berkahwin dan tinggal sebumbung dengan pasangan tentunya sesekali terlintas di fikiran bahawa anda bosan dengan suami atau isteri itu.
Ia akan lebih membosankan bila anda tidak melakukan aktiviti bersama-sama hingga rasa tiada kualiti lagi antara satu sama lain.
#5. Adakah kita merindui saat bujang seperti dahulu?
Tiada apa yang dapat dibandingkan dengan keseronokan ketika zaman bujang seperti dapat keluar bersama sahabat, ada masa untuk diri sendiri dan tidak terikat dengan sesiapa.
Namun, jika memutuskan untuk berkahwin dan mempunyai anak dalam umur yang lebih awal mungkin anda terlepas beberapa fasa keseronokan ketika umur masih muda.
Walaubagaimanapun, itu bukan bermaksud anda ingin melepaskan tanggungjawab dalam keluarga semata-mata untuk kembali ke masa lampau dan ia tidak akan terjadi sama sekali!
Bahkan, kehidupan anda lebih bahagia kini. Jadi sebaiknya henti berangan untuk kembali ke masa lalu!
#6. Bila sudah ada anak, adakah kita tidak lagi bercakap tentang benda lain?
Kadang-kadang ia akan kelihatan seperti itu di mana anda mungkin sentiasa bercakap tentang perkembangan anak, berkongsi kebimbangan, pencapaian dan lain-lain.
Namun jangan sampai begitu sekali kerana anda juga boleh menyentuh isu-isu lain seperti pekerjaan, makanan, topik melancong dan sebagainya.
Tidaklah nanti pasangan bosan bila selalu mengutarakan topik yang sama setiap hari.
***************
Walaubagaimanapun, dalam perkahwinan mesti ada toleransi, kasih sayang, tolong-menolong dan paling penting adalah kepercayaan serta kesetiaan.
Jika ada sebarang keraguaan atau sesuatu yang mungkin terdetik di hati anda adalah lebih baik diungkapkan dengan kata-kata sebelum ia menjadi duri dalam perkahwinan sekaligus meruntuhkan ikatan kebahagiaan itu.
Sekiranya pasangan anda jenis supporting dan menerima anda seadannya dari segi baik buruk maka pegang hatinya supaya dia tidak mencari cinta yang lain.
Semoga artikel ini bermanfaat
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Martha Stewart Wedding
Baca juga
20 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Perkahwinan & Alam Rumah Tangga