Jadual Imunisasi Bayi: Bilakah Waktu Terbaik Untuk Beri Vaksin Pada Bayi

Mengikuti jadual munisasi bayi sangatlah penting untuk memberi perlindungan pada bayi. Sekiranya tidak diikuti dengan betul, bayi akan mudah jatuh sakit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah dan daya imunisasi yang rendah berbanding orang dewasa. Sebab itulah, bayi lebih mudah terdedah kepada pelbagai penyakit dan mudah mendapat sakit. Itu juga sebab mengapa ibu bapa perlu ikuti jadual imunisai bayi, ia penting bagi bayi mendapat vaksin yang diperlukan mengikut usia. 

Bercakap mengenai imunisasi bayi, tahukah anda bahawa adalah amat penting bagi bayi untuk mendapat vaksin bagi membantu bayi membina daya imunisasi yang tinggi untuk melawan penyakit? Penting tau vaksin dan imunisasi bayi ini. Walaupun memang dah ramai sangat golongan anti vaksin cuba menolak vaksin tetapi tolonglah para ibu bapa untuk celik mata dan sedar bahawa vaksin sememangnya membantu bayi. 

Bagi ibu bapa yang tidak yakin dengan vaksin dalam membantu imunisasi bayi, apa kata anda fikirkan keputusan anda sejenak dengan membaca mengenai imunisasi bayi dan vaksin. Ini untuk kebaikan anak anda juga. Mari ketahui mengenai maksud imunisasi dan vaksin.

Jadual imunisasi bayi

Sejak dunia dilanda pandemik dan banyak masalah kesihatan lain, KKM kini mengambil langkah lebih berjaga-jaga dengan memperkenalkan jadual imunisasi bayi terbaharu untuk perlindungan anak-anak kecil. 

Dan bermula Disember lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa vaksin Peumococal adalah wajib diambil semua bayi dan boleh didapati di Klinik Kesihatan KKM seluruh Malaysia. 

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah pelbagai penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae atau pneumokokus yang boleh mengakibatkan penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

Maksud imunisasi dan vaksin yang ibu bapa perlu tahu

Imunisasi tersangatlah penting untuk bayi. Ianya menerangkan maksud proses daya tahan jangkitan terhadap sesuatu penyakit atau virus jangkitan dengan mikro-organisma yang turut disebut sebagai patogen. Bagaimana caranya untuk meningkatkan imunisasi pada diri bayi? Ianya dilakukan menerusi pemberian vaksin.

Vaksin adalah sejenis ubat yang diberikan dengan tujuan untuk menghasilkan kekebalan atau perlindungan antibodi daripada penyakit berjangkit dengan cara merangsang daya imunisasi badan. Ianya terdiri daripada virus yang sudah mati ataupun telah dilemahkan ataupun bakteria daripada bakteria yang telah dilemahkan. Pemberian vaksin boleh diberi melalui suntikan atau mulut. 

Kenapa bayi perlu diberi vaksin dan imunisasi 

Kredit: Pixabay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa perlu mengetahui mengapa bayi perlu menerima vaksin dengan segera untuk melindungi mereka. Antara sebabnya ialah:

  • Perlindungan daripada penyakit

Bayi yang tidak mendapat vaksin dan imunisasi akan mudah terdedah kepada pelbagai penyakit dan jangkitan berbahaya. Ia turut boleh menyelamatkan nyawa anda daripada terkena jangkitan atau penyakit kronik.

  • Vaksin adalah selamat dan berkesan

Walaupun ramai ibu bapa yang takut akan vaksin dan kesannya kepada anak mereka. Ketahuilah bahawa vaksin telahpun diuji keberkesannnya dalam membantu memberikan imunisasi kepada bayi. Benar, pengambilan vaksin boleh memberikan kesan seperti ketidakselesaan dan sakit sementara. Tetapi, ianya tidak berpadanan dengan risiko yang bakal ditanggung anak-anak yang tidak mengambil vaksin apabila mereka mendapat penyakit.

  • Vaksin dan imunisasi dapat melindungi orang lain dan yang tersayang

Dengan mengambil vaksin, anda boleh melindungi, menyelamatkan dan mencegah orang lain daripada terkena jangkitan atau penyakit berbahaya. Ini kerana vaksin dapat mencegah daripada penularan penyakit.

  • Anak yang sihat juga perlu vaksin

Adapun, anda melihat bahawa anak anda sihat, cergas dan boleh aktif bermain tetapi sebenarnya badan anak anda masih tidak kuat untuk melawan penyakit berbahaya dan sebagainya. Hanya dengan melalui vaksin sahaja anak anda boleh dilindungi daripada dijangkiti sebarang jangkitan atau virus. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Jenis-jenis vaksin dan imunisasi untuk bayi

Kredit: Pixabay

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerajaan telah melancarkan satu program berjudul NIP iaitu Program Imunisasi Kebangsaan untuk memberikan suntikan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak. Suntikan ini diberikan secara percuma kepada bayi dan kanak-kanak di Malaysia. 

Vaksin ini termasuklah perlindungan daripada penyakit Hepatitis B, tuberkulosis,, difteria, tetanus, batuk kokol (pertusis), polio, Haemophilus influenza type b, campak, beguk, rubella, ensefalitis Jepun (JE), dan kanser yang disebabkan oleh virus papilloma manusia (HPV).

Bila suntikan vaksin akan diberikan?

Suntikan vaksin akan diberikan kepada bayi pada dua tahun pertama kelahirannya dan kemudiannya akan diberikan secara berperingkat dari bayi sehinggalah kepada kanak-kanak. Untuk remaja perempuan, mereka akan diberikan suntikan HPV.

Untuk imunisasi bayi, anda perlulah mengikut jadual yang diberikan oleh klinik kesihatan untuk membawa bayi sewaktu pemeriksaan dan suntikan vaksin.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca Juga: Jadual Vaksinasi Terkini Untuk Anak-Anak, Parents WAJIB Tahu!

Beberapa fakta mengenai vaksin dan imunisasi bayi

#1 Vaksin tidak memberikan perlindungan 100%: Reaksi tubuh orang berbeza-beza. Ada yang mendapat imuniti penuh dan ada yang mendapat sedikit. Tetapi, mendapat perlindungan sedikit adalah jauh lebih baik daripada tidak mendapat perlindungan langsung.

#2 Vaksin perlu diberikan beberapa kali: Pemberian vaksin sekali sahaja tidak mencukupi kerana antibodi untuk pemberian sekali tidak dapat bertahan lama.

#3 Tempoh perlindungan daripada vaksin adalah berbeza: Ianya bergantung kepada jenis vaksin

#4 Kanak-kanak boleh mendapatkan pelbagai jenis vaksin: Vaksin membantu membina imunisasi badan dalam melawan penyakit. Tidak menjadi satu masalah buat kanak-kanak untuk menerima vaksin kerana kanak-kanak mempunyai daya lawan tahan jangkitan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Parents, Sinar Harian

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 12 Soalan Penting Tentang Suntikan Vaksin Yang Wajib Diketahui Ibu Bapa

Penulis

Nina Osman