Akhirnya kali ini kita dapat pulang ke kampung untuk beraya setelah dua tahun tidak dapat berbuat demikian dek kerana pandemik Covid-19. Rindunya pada ibu dan ayah di kampung, kerana kita tidak dapat jaga ibu bapa sakit kerana berada berjauhan.
Bagi anak perantau yang pulang ke kampung halaman untuk berhari raya, kaunselor keluarga, Farina Abdullah telah menitipkan pesanannya.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Pesanan kepada anak ada adik beradik jaga ibu bapa sakit
- Kenapa perlu tanya dulu mereka yang jaga ibu ayah?
Setakat sekali-sekala balik kampung, tak payah banyak sangat nak complaint
Menerusi sebuah video di TikTok, beliau berpesan, agar tidak banyak mengadu dengan cara adik beradik yang jaga ibu bapa sakit di kampung.
“Apabila balik raya nanti, kalau kita setakat balik kampung sekali-sekala, tak payah banyak sangat nak complaint itu ini dengan adik-beradik yang jaga mak atau ayah kita dekat kampung.
“Tak payah kita mengulas itu ini serba tak kena la cara adik-beradik yang jaga mak atau ayah kita dekat kampung itu. Tak payah la tunjuk kita ni bagus sangat, memahami sangat apa kehendak atau kemahuan mak ayah kita.
“Tak payah juga kita nak cakap adik-beradik yang jaga mak ayah kita dekat kampung tu tak bagi apa yang terbaik untuk mak ayah kita,” katanya.
Menurut Farina, hanya mereka yang menjaga ibu dan ayah di kampung sahaja tahu karenah kedua ibu bapa merangkumi aspek apa yang boleh dimakan dan sebaliknya.
Beliau berkata, jangan pula yang balik sekali-sekala hendak tunjuk menjadi anak yang baik serta menurut segala kemahuan ibu dan ayah kerana mereka ini hanya balik dua tiga hari dan selepas raya akan balik meninggalkan ibu dan ayah.
“Kalau apa-apa jadi, macam gula tinggi atau tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi ke sampai kena ulang alik hospital, bukan kita yang bawa tapi adik-beradik di kampung yang akan urus segalanya,” katanya.
Beliau seterusnya berpesan agar tidak memandai-mandai atau hendak menunjuk bagus melayan ibu dan ayah sebaliknya, bertanya terlebih dahulu kepada mereka yang menjaga kedua-dua orang tua tersebut sebelum membuat sebarang tindakan.
Jadi apabila pulang ke kampung untuk berjumpa sanak saudara, ingat jaga mulut dulu ya. Tidak semua perkara yang terlintas di minda perlu diujarkan kepada umum.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:Ibu Ayah Yang Selalu Bagi Layanan ‘Double Standard’ Pada Anak Boleh Rosak Emosi Mereka -Pakar
Baca juga: Anak Tak Mahu Jaga Orangtua: Muliakanlah Ibu Bapa Anda
Baca juga: Lima Gaya Keibubapaan: Manakah Yang Sesuai Untuk Keluarga Anda?