X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Aduh, Mulut Isteri Dikatakan Punca Perceraian? Ini 7 Rahsia Suami Yang Anda Kena Sorok!

4 min bacaan
Aduh, Mulut Isteri Dikatakan Punca Perceraian? Ini 7 Rahsia Suami Yang Anda Kena Sorok!

Sebagai isteri anda tidak boleh berkongsi rahsia dan cerita dalam kain tentang suami kepada orang lain meskipun rakan terdekat ataupun keluarga.

Antara lelaki dan perempuan, sudah tentunya orang perempuanlah yang akan menjadi juara bila menyentuh bab cerita dalam kain, gosip dan membawang ni terutama kalau ada geng. Ish kemain seronok lagi bercerita dengan teman sepejabat.

Masa inilah semua benda yang nak diceritakan dan dikongsikan dengan teman mereka, sampai kadang-kadang terlupa benda yang tak sepatutnya dikongsi pun habis terlepas semuanya.

Kalau ada masalah sekalipun carilah orang yang betul-betul boleh dipercayai seperti mak ayah, ibu mentua, rakan baik yang memang boleh dipercayai, kaunselor, orang Pejabat Agama dan lain- lain.

Jadi, berikut ini adalah beberapa perkara tentang rahsia encik suami yang isteri tak boleh ceritakan kepada orang lain. Awas ya kalau suami tahu!

Cerita dalam kain dan rahsia suami yang dilarang berkongsi dengan orang lain

#1. Kisah dalam kain suami isteri

cerita dalam kain

Kredit: iStock

Pertama yang perlu diingatkan adalah hubungan asmara dan keintiman anda dengan suami adalah dilarang sama sekali untuk diceritakan kepada orang lain. Tidak kira ia berkaitan sesuatu yang baik atau sebaliknya.

Jika terdapat masalah dari segi ejakulasi atau ketidakpuasan hati tatkala bersama dan mungkin anda ingin mendapatkan pandangan orang lain maka adalah lebih baik bertanyakan dahulu kepada suami.

Jika suami benarkan untuk bertanyakan kepada orang lain baru lah anda boleh meminta pandangan orang tertentu jika tidak lebih baik diamkan saja.  

#2. Fobia suami

Kadang-kadang kita nampak masalah fobia ini adalah sesuatu yang biasa-biasa saja tapi sebenarnya ia adalah satu kelemahan yang kalau diceritakan kepada orang lain boleh menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan.

Walaupun fobia suami itu mungkin sesuatu yang kelakar dan tak logik jangan diceritakan kepada orang lain kerana kelak suami juga yang mendapat malu.

Menurut Dr Audrey Sherman, ahli psikologi dan pengasas PsychSkills mengatakan wanita selalu tidak kekok mengakui ketakutan mereka namun lelaki adalah sebaliknya.

Walaupun perkara ini nampak macam lawak dan bergurau saja tapi ia boleh menjatuhkan maruah suami kalau dicanang kepada orang lain.

#3. Tabiat buruk suami

Selain itu, perkara lain yang isteri tidak boleh ceritakan kepada orang lain adalah tabiat buruk suami yang juga adalah salah satu kekurangan mereka.

Contohnya suami pemalas buat kerja rumah, suami kaki judi, suami suka pergi kelab malam, suami tak solat dan sebagainya semuanya haruslah dirahsiakan daripada orang lain.

Tapi jika berlaku keganasan rumah tangga atau sebarang bentuk penganiyaan terhadap isteri maka bolehlah anda adukan kepada pihak ketiga untuk mendapatkan penyelesaian.

#4. Bab gaji suami

Aduh, Mulut Isteri Dikatakan Punca Perceraian? Ini 7 Rahsia Suami Yang Anda Kena Sorok!

Gaji suami juga perlu dirahsiakan kepada orang lain kerana ia juga melambangkan status suami tersebut yang mungkin akan dibanding- bandingkan dengan orang lain hingga menjadi satu pergaduhan pula nanti.

Jadi sebagai isteri bersyukurlah jika suami memiliki gaji yang tinggi tapi jika sebaliknya jangan mengeluh atau memandang rendah mereka.

Asalkan segala keperluan isteri dan anak-anak telah disediakan itu sudah melambangkan satu kejayaan buatnya. Anda pun pasti gembira, kan?

#5. Suami tak pandai bertukang

Kalau nak tahu suami juga cukup sensitif kalau orang gelar dia tak pandai bertukang.

Menurut Dr Lombardo, dalam satu artikelnya yang menekankan bahawa meskipun perkara ini nampak biasa-biasa tapi ia boleh berubah menjadi satu yang sensitif kerana boleh bertukang adalah lambang kepada kelakian sebenar. 

#6. Lontaran kata-kata suami semasa marah

Setiap orang mesti pernah berada dalam kewarasan akal yang tak normal bila tengah marah. Jadi sebaiknya kalau bergaduh dengan suami jangan ceritakan dahulu kepada orang lain meskipun kawan baik anda.

Kalau boleh berbincang dahulu dengan suami walapun mungkin kata-kata kesatnya itu telah pun menguris hati dan perasaan anda. 

#7. Jangan cerita hal buruk suami pada keluarga

cerita dalam kain

Kredit: iStock

Terakhir ini paling tak boleh buat. Jadi kalau boleh elakkan bercerita perkara buruk tentang suami kepada keluarga anda atau keluarga mentua. 

Sedangkan suami itu masih kekok dengan keluarga anda jadi dengan cerita dalam kain yang kurang enak ini mungkin menambahkan rasa malu pada dirinya nanti. 

Sama la juga bila bersama dengan keluarga suami, jangan buka aib suami itu dan tidak menceritakan keburukan dia kepada keluarganya. Mungkin anda nampak itu biasa saja tapi ia boleh menjatuhkan maruah suami di hadapan ibu, ayah dan kaum keluarganya.

Jadi kalau rasa hilang sabar dengan perangai suami sekalipun, bawa-bawalah bersabar dan berbincanglah bersama.

Ingat ya, salah satu punca keretakan rumah tangga adalah bila suami tak tahan dengan mulut isterinya yang kadang kala suka bercerita yang bukan-bukan tentang rumah tangganya. 

Sebab itu ciri-ciri wanita yang disanjung dalam Islam adalah wanita yang dapat menjaga segala aib suami dan rumah tangganya.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ada Sebab Isteri Marah Selalu, Dalam Diam Mereka Simpan 3 Benda Ini Seorang Diri…

Baca juga:  Isteri Selalu Marah Anak Sebenarnya Dia Geram Dengan Suami Dalam Diam!

Baca juga: Isteri Garang Macam Singa Sebab Tekanan Hidup, Suami Kena Lebih Faham Jiwa Wanita!

Stories Rakan Kongsi
Mums: We Want Resilient Children
Mums: We Want Resilient Children
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
Connect with Your Children: 4 Fun Activities You Can Do at Home to Encourage Learning
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics
The Foundation Of Resilient Children: A Simple Guide To Understanding Pre- And Probiotics

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Aduh, Mulut Isteri Dikatakan Punca Perceraian? Ini 7 Rahsia Suami Yang Anda Kena Sorok!
Kongsikan:
  • Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

    Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

  • Jangan Tunding Jari Di Sebelah Pihak Sahaja, Setiap Perkahwinan Memang Selalu Diuji

    Jangan Tunding Jari Di Sebelah Pihak Sahaja, Setiap Perkahwinan Memang Selalu Diuji

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

    Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

  • Jangan Tunding Jari Di Sebelah Pihak Sahaja, Setiap Perkahwinan Memang Selalu Diuji

    Jangan Tunding Jari Di Sebelah Pihak Sahaja, Setiap Perkahwinan Memang Selalu Diuji

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.