Memiliki anak-anak yang comel memang satu anugerah tetapi tindakan mempergunakan anak untuk jana pendapatan bukanlah pilihan yang tepat.
Seperti yang terjadi kepada seorang jurumekap terkenal MUA Bellaz menjadi perhatian warganet kerana mengeluarkan keychain muka anak sendiri namun syukur tindakan itu telah pun dibatalkan.
Lebih membimbangkan apabila isu tersebut terkait dengan pedofilia iaitu golongan yang mempunyai perasaan seksual dan fantasi terhadap kanak-kanak.
Isi Kandungan
Henti Jana Pendapatan Guna Anak Demi Keselamatan
Berdasarkan laporan UNICEF Malaysia pada tahun 2021, sekurang-kurangnya empat peratus daripada kanak-kanak berusia 12 hingga 17 tahun yang melayari internet berdepan dengan ancaman eksploitasi dan penderaan seksual secara maya.
Kalau fikir tentang untung sudah tentu mata kita akan dibutakan dengan kemewahan. Tetapi, ada ke ibu bapa yang tidak bimbang dengan keselamatan dan sayangkan masa depan anak-anak?
Sebaiknya jangan berlebih-lebihan menggunakan anak sebagai objek, sama ada kongsi gambar atau video di media sosial. Cara ini sebenarnya membuka ruang kepada pedofil untuk mencari mangsa dengan mudah.
Apatah lagi tindakan ibu itu sendiri seolah-olah mengekploitasi anak sedangkan mereka juga berhak menentukan kehidupan mereka sendiri.
Elakkan Memuat Naik Gambar Anak
Ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung anak bukan sebaliknya. Justeru, sebagai langkah berjaga-jaga elakkan memuat naik gambar anak yang boleh dimanipulasi seperti berikut:
- Gambar anak tidak berpakaian
- Anak sedang mandi
- Anak sedang tidur dengan pakaian terselak
- Maklumat peribadi seperti nama, umur, alamat dan nama tadika
- Gambar sedang dihukum
- Gambar memalukan
Mungkin bagi kita ia sesuatu yang comel tetapi pada mereka tidak dan apa yang lebih teruk ia dijadikan bahan untuk memuaskan nafsu sendiri. Sekiranya tidak dibendung, ia akan memberi kesan terhadap emosi anak tersebut.
Kesan Gangguan Seksual Kanak-Kanak
1. Privasi Terganggu
Mana-mana mereka pergi pasti akan menjadi tumpuan ramai malah mendatangkan risiko bahaya kepada keselamatan dan nyawa mereka sendiri. Ibu ayah pasti tidak mahu perkara ini terjadi, bukan?
2. Sukar Dikawal Dan Dilupuskan
Tindakan ibu ayah memuat naik gambar anak di media sosial boleh menyebabkan ia tersebar dengan cepat. Ramai yang melihat dan menyimpan dalam galeri.
Mustahil untuk dibendung sekiranya telah disalahguna oleh mana-mana pihak.
3. Kecurian Identiti
Dengan lambakan gambar dan video anak yang dimuat naik merata akan menjadi perhatian golongan tersebut untuk memanfaatkan peluang yang ada.
Jadi, berhati-hatilah dalam berkongsi semua momen tentang anak. Biarlah perkara itu menjadi tatapan kita dan orang terdekat sahaja.
Sinarplus, Buzzkini
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Waspada Jenayah Seks Kanak-Kanak Media Sosial, Jangan Post Gambar Anak Sesuka Hati!
Baca juga: Keselamatan Di Rumah Yang Ada Anak Kecil (Toddler-Proof ), Alert Perkara Ini Elak Insiden Terjadi!
Baca juga: Lindungi Anak Anda Daripada Dicabul: Ajar Mereka Tentang Penderaan Seksual!