X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ajar Anak Tentang Sentuhan Selamat, Elak Jadi Mangsa Pedofilia & Jenayah Seksual

3 min bacaan
Ajar Anak Tentang Sentuhan Selamat, Elak Jadi Mangsa Pedofilia & Jenayah Seksual

Sentuhan selamat adalah pendidikan sangat penting buat kanak-kanak masa kini agar si manja pandai menjaga diri dan elak jadi mangsa seksual

Jenayah epidemik pedofilia semakin berleluasa di negara kita. Ia telah memberi kesan kepada kanak-kanak di sekolah, tempat awam atau di dunia digital. Individu yang sanggup melakukan perkara yang terkutuk ini patut digelar "hati kering" kerana mereka tiada rasa belas dan kasihan kepada anak-anak kecil. Oleh kerana itu, adalah amat wajar sekiranya diajarkan anak-anak tentang sentuhan selamat seawal usia 7 tahun lagi.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Apa itu sentuhan selamat?
  • Kepentingan mendedahkan kanak-kanak kepada keselamatan diri
  • Peranan ibu bapa dalam memudahkan anak faham tentang isu-isu sensitif

Apa itu sentuhan selamat?

sentuhan selamat

Sentuhan bermaksud perbuatan menyentuh seseorang atau sesuatu. Dua jenis sentuhan yang diketengahkan adalah sentuhan tidak selamat dan sentuhan selamat. Sentuhan selamat boleh didefinisikan sebagai sentuhan yang membuat kita berasa gembira, selesa, dan selamat seperti mana apabila ibu bapa memeluk kita.

Dari perkongsiaan Facebook, Ferdy Cikgu Celebrity, beliau yang juga dikenali sebagai Cikgu Ferdy sempat merakamkan sesi mengajarnya bersama murid-murid di kelas tentang sentuhan selamat. 

Kreativiti dan gaya sempoi beliau dalam mengajar ilmu sensitif itu menarik ramai anak-anak untuk fokus dan lebih faham tentang apa yang diajarkan. Beliau juga menggunakan antonasi yang menarik serta mengetengahkan karakter-karater kartun untuk melakonkan gaya bahasanya. 

Kepentingan mendedahkan kanak-kanak kepada keselamatan diri

Kanak-kanak seumpama sehelai kertas, siapa sahaja yang melintasinya akan meninggalkan bekas. Oleh yang demikian, sangat penting untuk anak-anak diberikan pendedahan awal tentang ilmu ini demi keselamatan diri mereka. Antara kepentingan yang diketengahkan adalah:

  • Mengelakkan jenayah pedofilia dari berleluasa
  • Membina kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak yang baik
  • Mengurangkan risiko bahaya ketika anak berada di luar rumah
  • Membentuk anak menjadi semakin berdisiplin dan bertanggungjawab

Peranan ibu bapa dalam memudahkan anak faham tentang isu-isu sensitif

Ibu bapa adalah individu penting yang memainkan peranan paling efektif untuk pengenalan awal kepada anak-anak. Dalam hal ini, isu sentuhan boleh dikategorikan sebagai ilmu yang patut diajarkan oleh ibu bapa sejak dari kecil. Antara peranan mereka adalah:

  • Beri kepercayaan kepada anak-anak
  • Ajar mereka tentang anggota badan mereka dan gunakan bahasa serta istillah yang sesuai apabila mengajar tentang bahagian-bahagian yang sulit
  • Jangan memaksa atau menekan anak-anak untuk bermesra sewenang-wenangnya walaupun dengan sanak-saudara
  • Ajar dan beritahu anak-anak untuk meluahkan perasaan tidak selesa dengan mengunakan kata-kata
  • Berlatih apa yang harus mereka katakan dan beritahu
  • Sentiasa memberitahu kepada anak-anak yang anda sayang mereka dan jika sesuatu berlaku jangan salahkan anak

Kanak-kanak adalah golongan yang perlu dijaga dan dibela. Hal ini kerana mereka tidak mempunyai daya dan kekuatan untuk melawan orang-orang yang lebih tua dan dewasa darinya. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa, guru, dan masyarakat untuk berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing.

Facebook, xtra

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Sentuhan selamat dan tidak selamat yang WAJIB diajar pada anak seawal 3 tahun

Baca juga:  Mak Ayah Patut Risau Bila Anak Penggeli, Doktor Kongsi Cara Merangsang Deria Sentuhan

Baca juga:  Ini Manfaat Sentuhan Kulit Ke Kulit Selepas Bayi Lahir, No.3 Paling Penting

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Hannani Juhari

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Ajar Anak Tentang Sentuhan Selamat, Elak Jadi Mangsa Pedofilia & Jenayah Seksual
Kongsikan:
  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

  • Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

    Anak Tiba-Tiba Diam & Tiada Suara, Ibu Berteriak Mainan Viral Terbelit Pada Leher

  • Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

    Sifat Pemalu Pada Anak Mula Membimbangkan? Ibu Ayah, Ini Tips Yang Anda Boleh Cuba!

  • Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

    Song Joong Ki Berkahwin Kali Kedua, Bakal Timang Cahaya Mata Dengan Katy Louise Saunders

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.