X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ayah STOP Tabiat Suka Takut-Takutkan Anak, Ia Boleh Menganggu Psikologi Mereka

4 min bacaan
Ibu Ayah STOP Tabiat Suka Takut-Takutkan Anak, Ia Boleh Menganggu Psikologi Mereka

Rasa takut anak yang keterlaluan boleh mendatangkan masalah terhadap psikologi mereka. Justeru ibu ayah hendaklah berpada-pada dalam gurauan seharian anda!

Sedar ataupun tidak ramai ibu ayah mendidik anak dengan cara menakut-nakutkan mereka bagi mengelakkan si manja bebas bergerak ke mana sahaja mereka suka. Namun tahukah anda tindakan ini sebenarnya boleh meninggalkan rasa takut yang melampau sehingga si manja enggan bermain seorang diri meskipun di dalam rumah?

Mungkin bagi sesetengah ibu ayah, ia adalah hanya sekadar gurauan. Jika dilakukan dengan kerap, tidak mustahil anak membesar menjadi seorang penakut, memiliki keyakinan diri yang rendah dan enggan mencuba sesuatu perkara baharu.

Rasa takut yang keterlaluan pada anak boleh mendatangkan kesan buruk

takutkan anak

credit to sources

Seorang rakan saya bercerita, dia sering dimomokkan dengan “orang jahat” oleh ibu bapanya.

Oleh sebab dia sering ditakutkan dengan kehadiran “orang jahat”, dia tak mampu untuk berdikari dan tidak boleh jalan seorang diri kerana takut ada sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Pernah satu malam, kami pulang dari universiti dan ketika sampai di rumah, dia ingin menelefon abangnya untuk buka gate rumah kerana takut untuk keluar.

Risau jika ada peragut yang akan meragutnya semasa dia membuka gate!

Ini adalah contoh, kesan dari menakutkan anak dari amalan ibu bapa sendiri. Antara sebab ibu bapa memilih untuk metakutkan anak adalah kerana ia merupakan cara paling berkesan untuk anak dengar cakap.

Cara orang lama mendidik anak dengan cara menakut-nakutkan

ketakutan anak

credit to sources

Ramai antara ibu bapa yang memang dididik dengan cara ditakut-takutkan. Seperti orang dahulu yang takutkan anak mereka dengan pelbagai cara.

Tak dinafikan, orang dahulu takutkan anak mereka kerana mereka mempunyai alasan yang baik di sebaliknya. Tapi, adakah ia masih relevan kini?

Di bawah adalah beberapa contoh perkara yang sering ibu bapa guna untuk takutkan anak-anak:

1. Jangan balik rumah waktu maghrib nanti disorok hantu t***k

2. Jangan nyanyi semasa di dapur nanti kahwin dengan orang tua

3. Jangan makan bersepah. Satu nasi jatuh sama dengan satu anak tiri

4. Jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul

5. Anak dara tak boleh duduk di tangga nanti tak ada orang masuk meminang

Orang tua menggunakan cara ini kerana malas untuk menerangkan dengan panjang-lebar kenapa anak mereka tidak boleh melakukan sesuatu.

Cara ini juga mungkin berkesan kerana orang dahulu mengamalkan “jangan banyak tanya, ikut je cakap orang tua”. 

Kerana ini, mereka hanya hidup dengan tanggapan perkara ini akan berlaku dan takut untuk melakukan perkara-perkara sebegini kerana risau akan kesan yang akan dihadapi.

Rasa takut pada anak menyebabkan masalah psikologi 

Namun sebenarnya, menakut-nakutkan anak boleh menyebabkan mereka mengalami masalah psikologi akibat ketakutan yang berlebihan kepada sesuatu.

anak penakut

credit to sources

Ia dapat dilihat seperti contoh rakan saya di atas, walaupun sudah dewasa, tapi dia tak boleh berdikari kerana masih rasa tidak selamat tidak kira di mana dia berada.

Tentu anda juga pernah berhadapan dengan kawan-kawan yang terlalu takutkan hantu sehingga tidak boleh rumah terlalu gelap atau pergi ke tandas tanpa berteman, kan?

Mereka sebenarnya takutkan imaginasi sendiri. Jadi, para ibu bapa di luar sana jangan takutkan anak. Berhenti lakukannya kerana anak-anak kita sangat curious, mereka mahukan jawapan pada setiap persoalan mereka.

Mereka belum mampu berfikir secara logik, jadi mereka akan menyerap dan ingat segala jawapan anda pada persoalan mereka.

Terangkan pada anak anda dengan cara yang betul dan alasan yang masuk akal kerana pembentukan otak anak juga akan membentuk mental dan peribadi anak pada masa hadapan.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Kita perlu sabar dalam mendidik anak dan beri jawapan yang sebaik mungkin pada setiap persoalan mereka.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bapa Dari Syria Ajar Anak Ketawa Setiap Kali Dengar Bunyi BOM, Kuat Betul Dugaan Mereka

Baca juga: Anak Terlalu Takut Orang? Ibu, Ini Cara Untuk Bantu Anak Hilangkan Ketakutan 

Baca juga: Wajib Tahu! 8 Perkara Yang Buat Anak Takut, Dan Cara Terbaik Menanganinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Ibu Ayah STOP Tabiat Suka Takut-Takutkan Anak, Ia Boleh Menganggu Psikologi Mereka
Kongsikan:
  • Biarkan Anak Anda Nampak Anda Keluar Rumah (Walaupun Dia Menangis), Ia Bagus Untuknya!

    Biarkan Anak Anda Nampak Anda Keluar Rumah (Walaupun Dia Menangis), Ia Bagus Untuknya!

  • Mengapa Anak Saya Terlalu Takut Dengan Orang? Ini Penjelasannya

    Mengapa Anak Saya Terlalu Takut Dengan Orang? Ini Penjelasannya

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Biarkan Anak Anda Nampak Anda Keluar Rumah (Walaupun Dia Menangis), Ia Bagus Untuknya!

    Biarkan Anak Anda Nampak Anda Keluar Rumah (Walaupun Dia Menangis), Ia Bagus Untuknya!

  • Mengapa Anak Saya Terlalu Takut Dengan Orang? Ini Penjelasannya

    Mengapa Anak Saya Terlalu Takut Dengan Orang? Ini Penjelasannya

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.