Gara-Gara Doktor Guna Jarum Suntikan Tak Steril, 900 Kanak-Kanak Ini Terkena Jangkitan HIV!

Seramai 900 kanak-kanak di kota kecil Ratodero, Pakistan menghidap HIV positif. Ini kisah lengkap tentang apa yang berlaku

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kita sendiri sedia maklum bahawa jangkitan HIV merupakan virus nombor satu pembawa maut dan boleh merosakkan keseluruhan organ badan sekiranya antibodi tubuh tidak dapat lagi melawan pembawakan virus ini.

Apatah lagi HIV ini penularannya juga sangat menakutkan kerana ada kaitan dengan masalah aktiviti seksual, perkongsian jarum dan banyak lagi.

Namun, tidak dapat dibayangkan bagaimana rasanya bila hampir 900 kanak-kanak di Pakistan terkena jangkitan HIV disebabkan doktor sengaja mencuba menggunakan kembali jarum suntikan yang sudah dijangkiti berulang kali kepada kanak-kanak tersebut.

900 kanak-kanak terkena jangkitan HIV di Pakistan

Dipetik dari The New York Times, hampir 900 kanak- kanak di Pakistan menghidap HIV positif dan sebahagian besarnya masih berada di bawah umur 12 tahun.

Lebih mengejutkan, perawat kesihatan percaya bahawa angka tersebut mungkin jauh lebih tinggi sebab hanya sebahagian kecil sahaja penduduk yang telah diuji. 

Hal ini kerana, Kota Ratodero ialah bandar yang memiliki 200,000 penduduk dan merupakan rakyat termiskin di Pakistan dengan masalah penduduk yang tinggi berbandang daerah lain. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Doktor masih tidak mengaku bersalah dan tetap bekerja seperti biasa

Semasa mengunjungi kota kecil ini, penyelidik mendapati dan menemui sebahagian besar kanak-kanak yang dijangkiti ini datang berjumpa serta mendapatkan rawatan dari doktor yang sama bernama Muzaffar Ghanghro.

Ghanghro merupakan salah seorang doktor perubatan yang dibayar murah dalam kota tersebut dan pendapatannya sebulan juga hanya mencecah $60.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun begitu, beliau telah ditangkap kerana didakwa melakukan kelalaian terhadap pesakitnya dan menyebabkan pembawakan HIV.

Akan tetapi, dia dilihat masih bekerja sebagai doktor di klinik yang berdekatan dengan kawasan tersebut dan tidak tahu bagaimana dia boleh melepaskan diri dari tahanan pihak polis.

Pengakuan keluarga yang dijangkiti

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang bapa bernama, Imtiaz Jalbani adalah salah satu keluarga yang selalu datang untuk mendapatkan rawatan dengan doktor Ghanghro semasa anaknya sakit.

Malah dia juga pernah melihat doktor tersebut mengambil jarum suntik dari bakul sampah dan digunakan untuk menyuntik anaknya yang kini telah terinfeksi dengan HIV positif.

Apatah lagi, doktor terbabit telah merawat enam orang anak Imtiaz hingga menyebabkan empat daripada anaknya itu menghidap HIV positif.

Lebih menyedihkan, dua daripada anaknya yang bernama Rida 14 bulan dan Sameena 3 tahun telah meninggal dunia gara-gara menerima rawatan dari doktor yang tidak bertanggungjawab itu.

Bapa ini turut mengaku berasa bimbang semasa melihat Ghanghro menggeledah tempat pembuangan sampah untuk mencari jarum suntik yang kemudian digunakan pada anaknya yang bernama Ali berumur enam tahun.

Semasa Jalbani cuba mempersoalkan mengapa Ghanghro menggunakan jarum yang telah dibuang, lantas doktor tersebut mengatakan Jalbani terlalu miskin untuk membayar jarum suntikan yang baru.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Malah doktor tersebut dengan angkuh berkata, jika tidak mahu menggunakan khidmatnya, Jalbani boleh pergi berjumpa dengan doktor yang lain.

Anak terinfeksi HIV bukan disebabkan jarum suntikan sahaja

Pejabat Kesihatan di daerah itu mengatakan perbuatan Muzafar Ghanghro bukan satu-satunya penyebab wabak HIV di sana dan semasa mengunjungi Rotodero, mereka melihat ramai doktor menggunakan jarum suntikan berulang kali dan doktor gigi mencabut gigi pesakit dengan alat yang tidak disterilkan.

Disebabkan aktiviti sebegini meluas berlaku di Pakistan, mungkin ia adalah penyebab utama yang meningkatkan pesakit HIV di negara tersebut.

Kota Ratodero mempunyai penduduk termiskin sehingga terpaksa mempraktiskan penggunaan alat kesihatan yang sama.

Di sana, penduduk bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang makanya mereka harus berusaha untuk berjimat demi mendapatkan sesuap nasi buat keluarga.

Kini, petugas kesihatan antarabangsa yang datang dari pelosok dunia membantu masyarakat di sana dan organisasi kesihatan dunia turut menyumbang ratusan alat uji kepada mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walau bagaimanapun, di harap kerajaan di Pakistan segera menangani wabak HIV ini dan mencegah lebih ramai mangsa yang dijangkiti selepas ini. Bahkan, kita sendiri nak melancong ke negara mereka juga rasa bimbang. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Penulis asal Fadhila Auliya Widia Putri. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

Akibat Kongsi Barang Manicure Dengan Sepupu, Gadis 22 Tahun Ini Terkena Jangkitan HIV!