X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Akibat Selalu Nyonyot Botol Susu Masa Tidur, Gigi Budak Ini Dicabut 18 Batang!

7 Oct, 2019
Akibat Selalu Nyonyot Botol Susu Masa Tidur, Gigi Budak Ini Dicabut 18 Batang!

Oleh kerana 18 giginya rosak, seorang kanak-kanak terpaksa membuang kesemua giginya kerana selalu hisap botol susu semasa tidur

Seperti yang kita sedia maklum, kesihatan gigi adalah perkara yang perlu diutamakan kerana ia boleh mengumpul sejumlah bakteria yang berbahaya pada kesihatan manusia. Sebab itu, jika kanak-kanak mempunyai kerosakan gigi, maka anda perlu cabut gigi anak dengan membawanya ke klinik pergigian yang berdekatan. 

Seperti yang berlaku baru-baru ini, perkongsian dari seorang doktor gigi di Thailand apabila seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun hilang 18 dari 20 batang giginya pada April lalu.

Dr Sathian Ken Suravisankul dari Klinik Smile Station Phuket menasihatkan ibu bapa supaya menitikberatkan penjagaan gigi anak-anak dengan memberusnya setiap hari.

Ini kerana kanak-kanak tersebut hanya boleh menggunakan dua batang gigi sahaja yang terletak di belah rahangnya buat masa sekarang.

Sudah tentu insiden tersebut membuatkannya sukar untuk makan atau mengunyah makanan dalam mulut.

  

Terpaksa cabut gigi anak kerana rosak teruk 

gigi anak

Ia berpunca kerana tabiat kanak-kanak itu yang suka tidur dengan botol susu yang masih berada dalam mulutnya dan tidak memberus gigi selepas ambil makanan manis atau setelah minum susu.

Oleh sebab itu Dr Sathian memberi peringatan kepada ibu bapa untuk gosok gigi anak jika mereka masih tidak tahu cara memberus gigi yang betul.

Bila gigi susu pertama tumbuh?

Gigi susu pertama tumbuh sewaktu berumur 6 hingga 8 bulan dan gigi susu yang lengkap akan tumbuh semasa mencecah tiga tahun.

Menurut Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia mengesyorkan lawatan pertama ke klinik gigi harus bermula semasa bayi berumur enam bulan atau selepas gigi susu tumbuh.

Bagaimana kerosakan gigi berlaku? 

kerosakan gigi

Berikut adalah beberapa punca yang menyebabkan kerosakan gigi hingga membuatkan anda perlu cabut gigi anak:

  • Gigi tidak digosak dengan betul
  • Plak berwarna dan melekit akan terbentuk di permukaan gigi.
  • Plak mengandungi kuman bakteria akan melekat pada gigi
  • Jangkitan bakteria yang terbentuk di hujung akar gigi akan membuatkan munculnya abses atau bisul pada gusi.
  • Sekiranya radang merebak ke tisu muka ia boleh menyebabkan  facial cellulitis.

Pakai ubat gigi berfluorida

gigi anak rosak

Sebenarnya, kandungan fluorida dalam ubat gigi yang sedikit adalah baik untuk gigi anak yang sedang membentuk.

Fungsi fluorida ini adalah sejenis bahan mineral yang bantu menghalang kerosakan gigi dengan menguatkan lapisan enamel gigi sekaligus menyebabkan ia tahan daripada serangan asid yang berpunca dari bakteria.

Kalau nak tahu sesetengah negeri di Malaysia ini membekalkan air yang mempunyai kandungan fluorida tapi jika kawasan anda tidak menyediakan bekalan air sebegini jadi anda boleh menggunakan ubat gigi berfluorida pada anak sejak dari awal lagi.

Jika anak berumur kurang dari enam tahun, anda disyorkan menggunakan ubat gigi berfluorida yang tidak melebihi 6000bpj (bahagian per juta) dan guna hanya sedikit sahaja sebesar kacang pis setiap kali memberus gigi mereka.

Hal ini kerana, jika anak tertelan ubat gigi berfluorida dengan banyak ia boleh mengakibatkan fluorosis.

2 kategori fluorosis

Fluorosis  ringan: Garisan tompok atau putih terbentuk pada lapisan enamel tapi tidak berapa kelihatan.

Fluorosis berat: Menyebabkan lekukan pada enamel dan gigi berubah coklat

Kesimpulannya, penjagaan gigi harus dimulakan sejak dari awal kerana gigi yang sihat dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak yang baik.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Akibat Selalu Nyonyot Botol Susu Masa Tidur, Gigi Budak Ini Dicabut 18 Batang!

Sumber: The Reporter, My Health 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Menangi RM25,000 Dana Pendidikan Kanak-Kanak Oleh Dutch Lady, Anak Anda Mungkin Bertuah!
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Jom Ibu Bapa Mula Menabung Untuk Pendidikan Anak Sekarang Dan Berpeluang Menang RM151 Ribu Ringgit!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child
Children Are Suffering From Diarrhoea: Here’s What You Can Do To Help Protect Your Child

Kanak-Kanak Ini Mungkin Masih Hidup Jika Dia Diajar Untuk Jaga Giginya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Akibat Selalu Nyonyot Botol Susu Masa Tidur, Gigi Budak Ini Dicabut 18 Batang!
Kongsikan:
  • Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!

    Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!

  • Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak

    Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!

    Kerana Tak GOSOK Gigi, Budak Ini Hampir Maut Bila Jangkitan Gigi Merebak Ke Otak!

  • Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak

    Kerap Beri Aiskrim & Gula-Gula, Doktor Tegur Ibu Ayah BERHENTI Rosakkan Gigi Anak

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.