Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

Tahukah ibu ayah masalah anak sakit telinga boleh menyebabkan demam yang teruk melebihi 5 hari? Sekiranya diabaikan, si manja berisiko mengalami jangkitan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Proses membesarkan si manja tidak akan sunyi tanpa halangan yang mencabar termasuklah penjagaan kesihatan diri mereka. Sebagai ibu ayah, anda sudah semestinya berusaha memberikan terbaik. Selain demam, batuk dan selesema, masalah anak sakit telinga juga kerap berlaku.

Secara umumnya, jangkitan kuman pada bahagian telinga anak berpotensi menyebabkan demam panas yang teruk. Jika ibu ayah mengambil mudah akan hal ini, si manja boleh berterusan demam sehingga melebihi 5 hari.

Baca juga: Ingatkan Sengaja Buat Mulut Senget, Rupanya Anak Hidap Bell Palsy Akibat Korek Telinga!

Masalah anak sakit telinga, ini yang ibu ayah perlu tahu

Jangkitan telinga kanak-kanak atau Otitis Media (OM) biasa berlaku di tengah-tengah telinga. Ia disebabkan oleh bakteria dari cecair yang berkumpul di belakang gegendang telinga dan boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis, iaitu:

#1. Otitis media akut

Ini adalah jangkitan telinga kanak-kanak yang paling biasa. Apabila bahagian tengah telinga dijangkiti, ia akan jadi bengkak akibat cecair yang terperangkap di belakang gegendang telinga.

Kanak-kanak akan rasa sakit telinga lalu demam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#2. Otitis media berefusi

Keadaan ini boleh berlaku apabila masih ada cecair yang terperangkap di belakang gegendang telinga selepas jangkitan telinga biasa.

Keadaan ini hanya boleh didiagnosis oleh doktor selepas pemeriksaan telinga kerana ia jarang menimbulkan gejala yang boleh dikenalpasti oleh ibu bapa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Otitis media berefusi yang kronik

Keadaan ini hanya akan berlaku jika cecair itu masih terperangkap untuk masa yang lama, atau asyik terperangkap biarpun tidak menyebabkan keradangan. Kanak-kanak akan menghadapi kesukaran melawan jangkitan dan sehingga meninggalkan kesan sampingan atau merosakkan pendengaran mereka. 

Punca jangkitan telinga kanak-kanak

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: kids-ent.com

Selalunya, bakteria dan virus adalah punca. Selepas anak mengalami selesema, sakit tekak atau mana-mana jangkitan yang berkaitan dengan saluran pernafasan, bakteria boleh menyerang ke saluran telinga.

Sebarang cecair yang masuk ke saluran berkenaan akan mengalir dengan cepat melalui tiub eustachian, iaitu menghubungkan telinga ke bahagian belakang hidung dan tekak. Tapi apabila kanak-kanak selesema, ada jangkitan sinus atau alahan, tiub ini boleh tersekat dan akhirnya cecair ini akan terperangkap di saluran telinga.

Jangkitan telinga kanak-kanak juga lebih kerap terjadi daripada jangkitan telinga orang dewasa kerana tiub eustachian mereka lebih kecil dan lebih rata berbanding tiub orang dewasa.

Ini menyebabkan cecair yang terperangkap itu  lebih sukar untuk keluar dari telinga (biarpun kanak-kanak itu sihat).

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sistem imun kanak-kanak juga tidak sekuat imun orang dewasa dan menyebabkan mereka lebih sukar untuk melawan jangkitan.

Risiko penyakit telinga terhadap anak kecil

Risiko utama 

  • Usia (kanak-kanak bawah 3 tahun paling mudah terdedah)
  • Kanak-kanak yang ada sistem imun yang lemah
  • Sejarah keluarga dengan jangkitan telinga
  • Minum susu botol sambil tidur atau berbaring

Risiko sekunder 

  • Selalu selesema dan mendapat jangkitan pernafasan
  • Pendedahan kepada asap rokok
  • Berada di pusat penjagaan kanak-kanak dengan kanak-kanak lain

Tanda-tanda jangkitan telinga kanak-kanak 

credit to sources

  • Sakit telinga
  • Demam
  • Cecair kuning atau putih yang mengalir keluar dari telinga
  • Masalah tidur (sakit ketika berbaring)
  • Kurang selera makan (sakit ketika mengunyah dan menelan)
  • Bau busuk dari telinga
  • Masalah pendengaran
  • Tidak dapat menyeimbangkan diri
  • Meragam dan kerap menangis
  • Anak selalu tarik telinga

Cara merawat jangkitan telinga kanak-kanak

Jika ia melibatkan jangkitan luar, doktor boleh merawatnya dengan titisan telinga. Tapi untuk jangkitan di tengah telinga, doktor mungkin akan memberikan dos antibiotik yang mengambil 7-10 hari.

Ubat sakit demam juga akan diberi tetapi paling penting anak kena habiskan dos antibiotik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk jangkitan yang berulang, doktor mungkin akan mencadangkan pembedahan untuk meletakkan tiub pengudaraan kecil di gegendang telinga. Ini memperbaiki aliran udara dan menghalang pembentukan cecair.

Jangan risau jika doktor melakukan ujian pendengaran. Cecair di telinga boleh menyebabkan anak kehilangan sedikit fungsi pendengarannya. Ini hanya sementara dan akan kembali seperti biasa apabila pulih.

Tips mengelakkan anak sakit telinga

  1. Jauhi kanak-kanak sakit
  2. Dapatkan vaksin Pneumococcal, Haemophilus dan Flu
  3. Kerapkan mencuci tangan
  4. Jauhi anak dari asap rokok
  5. Jangan biar anak tidur sambil minum susu

Kredit foto: Azlinda alin

Sumber: SinghealthNational Institute of Deafness and Other Communication Disorders

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Penulis

Rosanna Chio